Jika anda pernah tertanya-tanya bunyi sebenar musang, persoalan anda bakal terjawab hari ini.
Biarpun wajahnya agak garang, ternyata haiwan liar ini mempunyai suara yang comel ketika ‘ketawa’.
Dalam video dikongsikan Mollyfprince di laman Twitter, kelihatan beberapa ekor musang ‘terhibur ketawa’ apabila digeletek seorang individu dipercayai tuan mereka
Haiwan-haiwan ini juga kelihatan manja dan seolah-olah minta dibelai oleh wanita itu.
Video berkenaan telah mendapat lebih 12 juta tontonan dengan lebih 400 ribu tanda suka.
Video itu membuatkan orang ramai terhibur dan berharap agar dapat memiliki haiwan itu sebagai peneman
Bagi salah seorang netizen pula, dia menyamakan ketawa musang itu seperti bunyi ayam
Jika ini benar, mungkin juga inilah sebabnya pepatah Inggeris mengatakan, sly like a fox yang bermaksud licik seperti musang.
Cute je aksinya tu dah macam kucing manjanya apa pun ia masih haiwan liar masih nak kena berjaga2. Bab suaranya tu patut ler kalau dah masuk reban ayam orang tak perasan dah suara pun macam suara ayam. Tau2 habis ayam dah kena ngap.