PADANG TERAP: Seorang wanita yang sedang memasak lauk untuk makan tengahari nyaris dibelit ular sawa sepanjang enam meter yang berada di kabinet dapur rumahnya di Kampung Pong Utara, hari ini.
Dalam kejadian jam 12 tengahari itu, wanita terbabit hampir terpijak reptilia berkenaan namun sempat melarikan diri selepas menyedari kehadiran 'tetamu tidak diundang itu'.
Wanita berkenaan berusia 48 tahun kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap meminta bantuan untuk menangkap ular sawa berkenaan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib, berkata sepasukan anggotanya yang tiba di lokasi mendapati ular itu masih berada di kabinet dapur berkenaan.
Beliau berkata, anggotanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap reptilia dianggarkan seberat 60 kilogram (kg) itu.
"Anggota kami berjaya menangkap ular itu walaupun ia bertindak agresif," katanya