Dalam sebuah video yang dikongsikan di Reddit, seorang wanita hamil dilihat merakam pergerakkan perutnya yang sedang sarat dengan bayi.
Pengguna Reddit atas nama malakaijamess yang berkongsikan video tersebut berkata adik perempuannya itu merasakan bayinya bergerak jadi dia pun merakam saat itu melalui aplikasi snapchat dengan kapsyen “My heart is actually breaking“.
Pengguna itu menjelaskan bahawa adiknya telah hampir seminggu menghabiskan masa di rumah bersendirian dengan hanya kucing dan anjing sebagai peneman.
Dalam klip berkenaan juga dapat kedengaran kucingnya mengiau dengan kuat di luar bilik namun kerana rumah itu sunyi wanita berkenaan hanya menganggap bahawa kucingnya itu bising kerana rindukan rakannya yang baru ditidurkan.
Selain daripada itu tiada apa yang kelihatan pelik di dalam video tersebut, sehinggalah di bahagian hujung sebelum video tamat apabila satu bayang seperti bentuk kepala muncul di hujung katil.
Adik pengguna Reddit tersebut berkata dia tidak perasan bayangan itu ketika merakam, hanya apabila dia menonton semula rakaman itu dia terkejut dan ketakutan.
Wanita itu juga mengadu sepanjang dia berada d situ rumah tersebut terasa berat dan dia merasa seolah-olah ada orang memerhatikannya.
Pengguna Reddit berkenaan menekankan bahawa anjing dan kucing di rumah itu berwarna putih jadi jika mereka muncul di hujung katil mereka akan jelas kelihatan. Namun dia tidak menolak kemungkinan kehadiran kucing lamanya yang terpaksa ditidurkan kerana kucing tersebut berwarna hitam.
Rata-rata netizen juga gagal mengenal pasti bayang lembaga tersebut dan mengaku berasa seram menonton klip tersebut.
Post time 5-7-2020 05:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
naina replied at 5-7-2020 04:11 PM
maksudnya apa
Biasanya kalau sakit teruk.. Vet akan nasihatkan utk dimatikan ayat sedap dengar "put to sleep". Vet akan bagi peluang kepada owner pet tu utk kali terakhir dan sedactive ubat mematikan pet tu
Post time 5-7-2020 11:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
missbigrockstar replied at 5-7-2020 04:05 PM
Ju On!
kau jangan.. aku trauma. ju on ni.. tgok first time cd dia aku beli pasar. mlm tahun 2004...habis tgok tu aku takleh tido.. cerita tak seram.. tp creepy.. teringat2
baru aja minggu lepas.. aku. mimpi... menyorok bawah katil sebab ju on nak mai bunuh aku
masa ju on merangkak.. dia masuk bawah katil sekali... aku apa lagi.. tumbuk dia... tergolek golek ju on tu