CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: I.am.PH

[Tempatan] Locked Up in Malaysia's Lockdown. Video laporan Al-Jazeera mengenai nasib migran

  [Copy link]
 Author| Post time 5-7-2020 04:50 PM | Show all posts
[twitter]https://twitter.com/AJEnglish/status/1279263677573664769[/twitter]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuan2 puan2 boleh tolong melawat laman FB Al-Jazeera ni ye. Boleh komen byk2 sebab ruangan komen x off. https://www.facebook.com/115795798453909/posts/3333853379981452/
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kalau malaysia layan buruk warga asing jgn lah dtg.
Amik iktibar (mcm dorang faham maksud ni) lah dr berlaku skg.
Tp ni tak...berebut2 nak dtg juga.berebut2 nak citer pasal malaysia juga dalam yt masing2.
Boikot aje malaysia...habis citer.
Sakit hati kan dgn malaysia..termasuk tt ni.x habis2 nak provok.
Ni salah satu penyakit juga tt ni..x leh terima malaysia tp sibuk nak duk malaysia ..nak amik alih malaysia.cari mkn pn kat malaysia.

#doneleter
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 05:00 PM | Show all posts
Nampaknya anggota tentera bawang Malaysia dah berkampung & serang Al-Jazeera............
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ler yang memburukkan malaysia adalah rakyat malaysia sendiri atas kepentingan parti politik
Memang jahat ler manusia tersebut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2020 05:01 PM | Show all posts
Dalang yang mempermudahkan PATI masuk Malaysia adalah mereka-mereka di bawah ini:

Thread dari saya dan warga forum sendiri...

Penolong pengarah imigresen wanita, 50, Johor ditahan kerana terlibat sindiket seludup PATI
https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1206315

18 penguatkuasa ditahan seludup PATI
https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1204275


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 5-7-2020 05:00 PM
Nampaknya anggota tentera bawang Malaysia dah berkampung & serang Al-Jazeera............

Serangan dah bermula meh? Yezaaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ni... kalau dekat... aku cili2.kan mulut tu....dgn cili api... syaiton nirrijim betul bodoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 05:38 PM | Show all posts
sarah82 replied at 5-7-2020 05:14 PM
Serangan dah bermula meh? Yezaaaaa..

Sila singgah Sarah....... Kasi serang barang sedas dua...............

KLIK DI SINI

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ayam pengkianat negara.demi party DAP sanggup kianat negara.JIJIK.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 5-7-2020 05:38 PM
Sila singgah Sarah....... Kasi serang barang sedas dua...............

KLIK DI SINI

Hahaha.. X ada fb.. Makan popcorn saja baca komen bawang rangers.. Kesian al jazeera... Bakal kalahkan dgn bawang rangers
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jugak berita camnih... Semoga semua pati taubat nasuha xhinggjn dtg malaysia... Dah cukuplah buat baik...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
done serang page lahanat tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 07:26 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 5-7-2020 05:01 PM
Dalang yang mempermudahkan PATI masuk Malaysia adalah mereka-mereka di bawah ini:

Thread dari say ...
Alhamdulillah ...

Semoga ramai lagi tertangkap.

Semoga Malaysia bersih dari PATI.

Aamiin...


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
good. biar seluruh dunia tau Malaysia ni sombong, bias dan racist dan tak kose dh nk layan elok2 pati haram tak sedar diri...pegi negara lain kalau kau nk lari dan masuk secara haram.

lantak korg la nk pk buruk2 psl Msia...susah payah Msia ni bukan korg tlg..sudahnye marhein Msia jugak yg hadap prangai jijik pati ni sume..dr perabih berjuta utk pati haram ni baik tlg rakyat Msia yg tgh susah.

skrg bgtau negara mane yg terlalu baik hati dgn isu PATI HARAM ni?

dan bgtau ape jd dgn duit derma juta2 utk pati rohingyuck tu..kalau dana berjuta, knp kau gigih lg tadah tgn mtk derma??
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
aqissa replied at 5-7-2020 05:27 PM
Dorang ni... kalau dekat... aku cili2.kan mulut tu....dgn cili api... syaiton nirrijim betul bodoh : ...

cili kan ayam pengkhianat negara ni dlu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 5-7-2020 12:37 PM
Tidaklah perlu sampai meletak pendatang ini di rumah persendirian.

Cukuplah memilih pemerintah  ...

Siapa pemerintah yang ada semua kriteria ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2020 08:10 PM | Show all posts
namieamuro replied at 5-7-2020 11:55 AM
cili kan ayam pengkhianat negara ni dlu.

Tolong jangan cili saya, sakit. Saya tak suka pedas
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 08:18 PM | Show all posts
Reaksi Netizen di Youtube........


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2020 08:21 PM | Show all posts
Pekerja asing di pasar Jalan Othman resah fikir nasib mereka
Nina Muslim Diterbitkan Hari ini 4:06 pm



Kamal, dari Bangladesh, bimbang. Beberapa minggu lalu sewa rumahnya telah tertunggak disebabkan wabak Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Malaysia, dia tidak dapat bekerja untuk membayar sewa atau membeli makanan.

Walaupun sukar untuk dia melakukannya, oleh kerana terdesak dia terpaksa meminta bantuan bapanya di Bangladesh dan berharap warga emas berusia 73 tahun itu dapat mengirimkannya sejumlah wang. Dia bernasib baik bapanya dapat membantu dan dia dapat bertahan.

Ini adalah berbeza dengan apa yang Kamal gambarkan ketika menaiki pesawat ke Malaysia 15 tahun lalu. Sejak 2005, lelaki berusia 40 tahun ini telah bekerja secara sah di gerai kelapa yang menjual santan segar di Pasar Besar Jalan Othman atau lebih dikenali sebagai pasar basah PJ Old Town dengan kadar upah RM60 sehari iaitu sekitar RM1,800 sebulan jika bekerja setiap hari.

Dia akan mengetepikan RM800 untuk membayar keperluan dan selebihnya mengirimkan kepada ibu bapa, isteri dan dua anak di negara asalnya, cukup untuk membayar keperluan mereka dan sedikit untuk simpanan dirinya. Bagaimanapun, sekarang, peranan mereka telah terbalik.

Diarahkan bercuti daripada bertugas sejak PKP bermula 18 Mac, dia dan pekerja lain kebanyakannya dari Bangladesh telah hilang sumber pendapatan. Malah nasib mereka lebih buruk kerana mereka tidak berpeluang bekerja walaupun pasar basah itu telah dibuka. Pada Mei, peniaga di pasar itu menerima notis tidak boleh menggaji pekerja asing walaupun mempunyai permit runcit dan borong yang sah. Sesiapa yang didapati melanggar perintah itu akan dibatalkan lesen mereka.

Bapa dua anak ini menyewa di rumah kayu usang 13 bilik di Jalan Othman, Petaling Jaya yang dikongsi bersama 17 penghuni lain, kebanyakannya warga asing. Bunyi ketukan dan gerudi yang kuat jelas kedengaran dari rumah mereka, kerana pekerja pembinaan sedang sibuk menyiapkan bangunan pasar basah itu untuk dibuka semula.

Kamal tidak bersendirian. Pekerja migran di pasar itu turut memberitahu Bernama, mereka juga terpaksa menghubungi keluarga dan rakan di Bangladesh untuk membantu. Warga Malaysia juga turut menyumbang, menderma makanan dan keperluan lain.

“Keluarga pinjam duit hantar sini,” kata Nuraalam, 28 tahun, pekerja migran dari Bangladesh.



Masalah mereka bermula pada 24 April apabila seorang peniaga di pasar basah Old Town itu, yang membawa bekalan dari Pasar Borong Kuala Lumpur, di Selayang, diuji positif Covid-19. Pada 5 Mei, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan 19 kes Covid-19 dalam kalangan peniaga, pemborong dan pekerja di empat pasar basah iaitu kluster pasar bermula dari Selayang. Dua pasar termasuk pasar Old Town kemudian diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ermeemariana Saadon berkata mereka membuat keputusan untuk menguatkuasakan Undang-undang Kecil Penjaja 2007 MBPJ dan melarang pekerja asing bekerja di pasar itu selepas penularan Covid-19. Pekerja migran berisko tinggi kerana mereka tinggal dalam bilik yang sempit untuk menjimatkan perbelanjaan sewa.

Bila ditanya mengapa MBPJ tidak menguatkuasakan undang-undang itu sebelum ini, beliau berkata: “Inilah hikmah Covid-19.” Beliau menambah keputusan menguatkuasakan undang-undang kecil itu bukan berniat jahat sebaliknya menyalahkan peniaga kerana tidak memahami sektor yang boleh menggaji pekerja asing.

Dengan peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan warga tempatan, kerajaan telah menyatakan keutamaan bagi rakyat Malaysia bekerja di pasar basah. Laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan kadar pengangguran melonjak kepada 5 peratus.

Menteri Sumber Manusia M Saravanan dalam sidang media 22 Jun berkata, kerajaan telah membekukan pengambilan pekerja asing baru di semua sektor sehingga akhir tahun ini untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga pekerja asing. Bagaimanapun beliau tidak menyatakan mengenai pekerja asing yang mempunyai permit seperti Kamal, yang berada di negara ini tetapi dilarang daripada bekerja.

Walau bagaimanapun, pekerja migran ini berharap larangan itu akan ditarik balik dan mereka dibenar kembali bekerja. Namun situasi ini mungkin tidak berubah selagi tiada vaksin Covid-19 dan kelembapan ekonomi berterusan. Apabila ditanya apakah pilihan mereka apabila permit mereka tamat tempoh dalam beberapa bulan lagi, kebanyakan mereka bersedia untuk meninggalkan negara ini.

“Saya masih mahu kekal di Malaysia kerana saya mahu mencari pendapatan,” kata Sharif, rakan sekerja Kamal. “Bagaimanapun jika Malaysia tidak lagi (izinkan bekerja di sini), saya akan balik,” tambah beliau.

Tetapi ia mungkin mengambil tempoh beberapa bulan, sebelum dia boleh berbuat demikian. Baik pekerja mahupun majikan tidak boleh menamatkan kontrak tanpa notis kerana kedua-dua pihak perlu membayar penalti, berdasarkan Akta Kerja 1955.



Pada masa yang sama, pekerja masih memerlukan wang untuk berbelanja, kata Pengarah kumpulan hak migran, Our Journey, Sumitha Shaanthinni Krishna. “Jika pihak berkuasa masih meneruskan untuk menutup sektor ini kepada pekerja asing, satu cara untuk mengatasinya ialah biar mereka mencari majikan lain. Jika tidak bagaimana mereka mampu terus bertahan?” katanya.

Walaupun beliau mengakui kesusahan yang dihadapi rakyat Malaysia, tetapi ia adalah lebih perit bagi warga asing kerana hanya boleh bekerja dengan majikan tertentu berbanding warga tempatan yang mudah mendapat pekerjaan. Justeru, Ahli Parlimen Petaling Jaya menggesa kerajaan membenarkan pekerja migran bertukar sektor dan majikan tanpa dikenakan penalti.

Bagaimanapun usaha Bernama untuk mendapatkan komen daripada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia gagal.

Majikan Kamal, pemilik gerai kelapa, Mohd Azha Hussein, tidak mahu melepaskan Kamal yang lebih 10 tahun berkhidmat dengannya. Bagaimanapun jika MBPJ tidak benarkan, dia terpaksa menggaji warga tempatan untuk menggantikan tempat Kamal dan pekerja asing lain.

“Anak lelaki saya ada rakan tempatan yang tidak bekerja dan mereka boleh bantu. Tetapi masalah utama di sini, mereka perlu bangun awal pagi,” katanya dan menambah tugasan untuk memproses santan bermula 4 pagi dan berakhir 12 tengah hari setiap hari.

Beliau sanggup membayar RM2,400 dengan faedah lain “jika mereka bekerja dengan baik” tetapi dia tidak pasti rakyat Malaysia bersedia untuk melakukannya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.164674 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list