CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5697|Reply: 32

[Tempatan] Peniaga durian tepi jalan menentukan harga berdasar jenis kereta pelanggan? Fakt

[Copy link]
Post time 5-7-2020 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Harga durian ikut model kereta
Ahad, 5 Julai 2020 @ 11:13 AM



ADA peniaga durian tepi jalan dipercayai menjadikan kenderaan pelanggan yang singgah sebagai kayu pengukur untuk meletakkan harga pada raja buah yang dijual.

Faktor itu dipercayai menyebabkan mereka tidak meletakkan tanda harga pada produk jualan mereka walaupun mengetahui ia kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Ahmad Fitri Ali berkata, ada peniaga durian mengambil kesempatan menjual pada harga berbeza mengikut model kenderaan pelanggan.

Katanya, sebagai contoh harga durian naik dua hingga tiga kali ganda apabila pelanggan yang singgah menggunakan kenderaan mewah, mereka sanggup berbuat demikian bagi mengaut keuntungan berlipat ganda.

Menurutnya, permintaan yang tinggi terhadap raja buah itu mendorong peniaga mengambil kesempatan itu.

"Justeru bagi memastikan peniaga tamak tidak terus mengambil kesempatan, KPDNHEP sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap semua pusat jualan durian tepi jalan di Kuantan, Jerantut, Bentong, Lipis, Raub dan Temerloh.

"Kita akan mengenakan kompaun RM1,000 mengikut Perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993, sekiranya peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga," katanya dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kesalahan lain turut dilakukan peniaga ialah menggunakan alat timbang tidak ditentusah yang boleh dikompaun RM1,000 bagi orang perseorangan dan perkongsian, manakala RM2,000 untuk syarikat dan perbadanan mengikut Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1973.

Ahmad Fitri berkata, empat peniaga durian dikenakan kompaun RM4,000 kerana kesalahan gagal mempamerkan tanda harga termasuk menggunakan alat tidak ditentusah.

"Satu kes gagal mempamerkan tanda harga berlaku di Jerantut dan tiga kes menggunakan alat tidak ditentusah di Kuantan.

"Menerusi operasi dilaksanakan, sebanyak 72 pemeriksaan dilakukan di Rompin, Temerloh , Jerantut dan Kuantan," katanya.
Single Polls, Total 20 Users voted
100.00% (20)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 12:13 PM | Show all posts
Target kedai yang banyak pelanggan penjual pun sibuk takde masa nak kisah kan kereta apa yang berhenti.

Elakkan gerai yang sunyi. Kalau nak singgah juga parking jauh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2020 12:17 PM | Show all posts
Nahnukutu replied at 5-7-2020 04:13 AM
Target kedai yang banyak pelanggan penjual pun sibuk takde masa nak kisah kan kereta apa yang berhen ...

Atau langsung beli di kedai khas menjual durian yang telah establish dan beli durian yang telah dibuka dan dalam kotak. Biar mahal tapi isinya pasti!

Saya dapati berkualiti yang telah dibuka dalam kotak, biasanya 100 gram RM15. Tapi makan puas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 12:20 PM | Show all posts
peniaga durian yahudi patut dipenjarakan  !!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 12:25 PM | Show all posts
mksudnya orang kaya senang ditipu dan dikikis? dan mereka xkisah ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai sangat penjual tahun ni, bersaing2 kat group taman.. Prefer kedai yg biasa pergi.awal2 dah post harga sekian2
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-7-2020 12:32 PM | Show all posts
Atau Musang King @ EON


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2020 12:47 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 5-7-2020 05:06 AM

Boleh buat subreddit r/durianbuyingstories di Reddit.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 5-7-2020 12:32 PM
Atau Musang King @ EON

.. dan beli sebelah mlm, sebab blh dpt at reduced price
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2020 12:53 PM | Show all posts
che-cikL replied at 5-7-2020 04:50 AM
.. dan beli sebelah mlm, sebab blh dpt at reduced price

Betul, saya juga pilih sebelah malam sebab dapat diskaun 15% - 30%
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada pengalaman celaka beli durian kat Manong near Kuala Kangsar. Durian Manong murah RM7/kg tak silap so aku bawak mak angkat n my mom makan sana

Total RM150 la makan dgn org tua tak banyak mana. Aku bayar dengan duit RM100 dua keping pastu seller tu gi dalam kedai dia nak bagi duit pecah. Baki rm50 la kan

Boleh seller berkopiah tu keluar buat kecoh kata aku tak cukup bagi dia lagi RM50. Padahal dia yang kena bagi aku baki RM50. Nasib baik situ ada sorang customer yang nampak aku bayar RM200 so customer tu betulkan seller. Terpaksa la seller tu bayar RM50 aku

Seller kampung memang ada yang celaka macamni. Dia tak bersyukur ada customer direzekikan untuk beli barang jualan dia. Malah diorg boleh dengki dengan kelebihan customer tak kiralah kereta mahal, muka cantik asalkan berduit

Ingat eh kedai makan sekor babi di tepi jalan menuju ke PPK Manong from kuala kangsar. Owner gemuk berkopiah run kedai tu dengan bini. Durian letak atas stall tepi kedai. Semoga mereput la pkp ni




Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau peniaga tak letak harga, iols mmg takkan beli. Padan muka yg kena compound tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 5-7-2020 01:04 PM
Aku ada pengalaman celaka beli durian kat Manong near Kuala Kangsar. Durian Manong murah RM7/kg tak  ...

Kalau ada ketentuan Tuhan......kita takkan sama sama melalui jalan Kuala - Manong tu dik.

Kita nikmati plus hiway jer- singgah RNR Seberang Perak sambil abang beli sebotol madu pokok tualang dari gerai orang asli kat situ.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 5-7-2020 01:28 PM
Kalau ada ketentuan Tuhan......kita takkan sama sama melalui jalan Kuala - Manong tu dik.

Kita  ...

saya tau gerai orang asli tu. Beli paket akar kayu dengan dia. Tepi hiway n jalan kampung pun banyak gerai durian

From kuala lalu jalan kampung almost 15km sampai manong. Nak beli baja masa tu


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 5-7-2020 12:32 PM
Atau Musang King @ EON

Bagus aeon nih...jgn ada customer haprak gi picit2 buah durian nih sudah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpelah gitu..saya pegi beli buah dgn kereta syarikat jelah..kereta murah xsampai 100k pasti tak kena ketuk harga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg pun...dah drive keter continental car, pastu ko expect peniaga bagi ko rege kancil axia ???
kedekut
kalo bebetul kaya, drive conti car, x kesah pun rege durian mahal
ni tak..kononnn pakai iphone max jadah rege smpi 4K..pastu ms gi nasi kandar, takut2 nak amik udang galah, sotong besar,ketam besar
kaya la sangat
tp flexxxxx kemain dgn produk epal ..padahal miskin sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ellez replied at 5-7-2020 02:39 PM
Xpelah gitu..saya pegi beli buah dgn kereta syarikat jelah..kereta murah xsampai 100k pasti tak kena ...

Kau tak blh kuar....kau duduk dlm keta, bior drebar kau yg beli....cermin gelap, dorang tak nmpak kau ada kt dalam.....klu kau yg kuar, dia bg pree je sbb dia ingt ni tv3 punya personaliti nk cari berita pasal duriannn...blh promote kedai dia....kesian pulak dia bg kau pree berbakul bakul....


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 5-7-2020 02:57 PM
Kau tak blh kuar....kau duduk dlm keta, bior drebar kau yg beli....cermin gelap, dorang tak nmpak  ...

Tak bole jazaa..nti dia igt kereta agak mahal sikit padahal bukan kete aku maka deme ketuk rega..agak tak adil di situ..
Kenapa tak boleh jual harga sama kan..ikut jenis & gred buah lah..
Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 5-7-2020 03:16 PM
ellez replied at 5-7-2020 03:01 PM
Tak bole jazaa..nti dia igt kereta agak mahal sikit padahal bukan kete aku maka deme ketuk rega..a ...


Ala...kebanyakan peniaga mcm tu....

Teringat lama dulu, aku hantar keta kt bengkel...kebetulan dlm keta aku penuh bekas polisterin tu sbb mak aku pesan suruh belikan, ada kenduri hujung mgu tu....

Pomen tu tanya aku keja apa....aku ckp keja jual jajan kat luar pagar sek....sbb sblm pi brngkel, aku tgok bebudak tgah sibuk beli air mcm mcm kat org menjual kat luar pagar tu....kau tau, dia bg aku harga subsidi.....rm20, rm40...tak pernah lebih rm150.....satu hari tu aku tertinggal bagde kerja dlm keta...dia pulak nk test keta....sejak dari tu,  tak de harga subsidi dah...rm400, rm500.... nangis aku....aku cari bengkel yg lain lak.....

Ha..ha.. teringt kisah 20thn dulu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.124528 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list