CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19388|Reply: 99

[Tempatan] Pemaju LBS claim apartment di Cybersouth seluas 602 dan 901 kaki persegi LAKU KE

[Copy link]
Post time 5-7-2020 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Projek LBS di KITA @ Cybersouth laris


KUALA LUMPUR: Blok pertama pangsapuri perkhidmatan, KITA Ria yang dibangunkan oleh LBS Bina Group (LBS) di KITA @ Cybersouth mendapat sambutan hebat apabila habis ditempah sepenuhnya, sekali gus membolehkan pemaju hartanah itu membuka blok kedua untuk jualan.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata permintaan yang tinggi membuktikan projek LBS memenuhi permintaan pembeli untuk memiliki rumah mampu milik yang dilengkapi dengan kemudahan sedia ada.

Beliau berkata, KITA Ria di perbandaran KITA @ Cybersouth dibangunkan di tanah rizab Melayu dan dijangka menyumbang nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM268 juta.

"KITA Ria adalah pangsapuri perkhidmatan 22 tingkat dengan jumlah 812 unit kediaman, berkeluasan 602 dan 901 kaki persegi serta harga bermula dari RM250,000 dan RM343,800.

"Pembangunan ini direka untuk memberi ruang praktikal yang selesa, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kawasan komuniti bagi memupuk semangat bermasyarakat.

"Kemudahan ini termasuk kolam renang dewasa dan kanak-kanak, gim luaran, gelanggang pelbagai guna serta gelanggang takraw," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Hock San berkata, pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020 dapat membantu mengurangkan beban pembeli rumah manakala kempen LBS #DudukRumah Deals Plus yang dilancarkan baru-baru ini akan memberi lebih insentif kepada pemilikan rumah.

"LBS membina asas yang kukuh dalam memastikan persekitaran yang kondusif untuk didiami oleh orang ramai.

"KITA Ria adalah kediaman berkualiti dengan harga yang berpatutan dan dilengkapi dengan jaringan hubungan yang baik serta persekitaran yang mampan untuk menggalakkan ikatan kekeluargaan dan kehidupan berkomuniti.

"Dengan sambutan positif daripada pasaran, kami amat gembira kerana dapat merealisasikan impian individu dan keluarga untuk memiliki kediaman di KITA Ria," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 05:57 PM | Show all posts
habis disapu oleh agent, lepas tu nak jual takde org nak beli

cheap marketing punya company
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2020 06:07 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
wah lbs, developer paling teruk di alam semesta

sbb aku beli rumah dkt alam perdana, defect. skrg hujan lebat.. air bertakung dkt balconi, bocor sana sini...wiring pun terbalik.... depa bg kunci dulu pastu api air tak masuk lg...

unit aku bleh diterima lg... unit org lain crack sana sini. tgk dr luar wah cun... tp mmg azab
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts

LBS kan rebranding Talam...tak dan 2 tahun rumah dah lunyai
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 5-7-2020 06:16 PM
wah lbs, developer paling teruk di alam semesta

sbb aku beli rumah dkt alam perdana, defect. skrg ...

Apartment ke?

600-800 tu dikatanya selesa? Murka sungguh aku baca.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-7-2020 06:28 PM | Show all posts
teringat TALAM (dah tukar nama baru)
teringat LBS
aku tak sure kualiti LBS sekarang mcm mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2020 06:33 PM | Show all posts
650 kps ke bawah biasanya tu unit studio
kalau unit studio maknanya tu kediaman satu bilik + 1 bilik tandas (bilik mandi, jamban sekali)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Forever and ever beli lah rumah sime property
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Gilo 600kps tu selesa.. rumah single or couple sesuai lar.. and lbs memag lahanat
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 5-7-2020 06:28 PM
Apartment ke?

600-800 tu dikatanya selesa? Murka sungguh aku baca.

townhouse.. ni dekat alam perdana
kualiti teruk, ni dah banjir hujan lebat
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 5-7-2020 06:28 PM
teringat TALAM (dah tukar nama baru)
teringat LBS
aku tak sure kualiti LBS sekarang mcm mana

kualiti teruk kot... dah kena maki baru gerak nak settle defect
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tensic~ replied at 5-7-2020 06:52 PM
Gilo 600kps tu selesa.. rumah single or couple sesuai lar.. and lbs memag lahanat

studio la tu.. mcm aku p setia alam.. dgr bwh 400k, p usha skali studio kecik.. sesuai utk forever alone
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 07:20 PM | Show all posts
baik duduk hotel
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 08:12 PM | Show all posts
knp xckap kondominium?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 5-7-2020 06:16 PM
wah lbs, developer paling teruk di alam semesta

sbb aku beli rumah dkt alam perdana, defect. skrg ...

Lenkali beli ngan developer yg wellknown ngan kuality project.. kena survey projek2 sebelum tu ok ke idak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 5-7-2020 08:13 PM
Lenkali beli ngan developer yg wellknown ngan kuality project.. kena survey projek2 sebelum tu ok  ...

dah masa p gallery tu bkn main berderet anugerah.. dgn status top 10 developer

pastu sblh die eco world.. easy access latar lg.. dash lg. so mmg lokasi cun.

mcm dpt anugera utk projek bandar saujana putra tu... fasiliti paling lengkap la..

tu psl ramai yg beli... aku dah ugut hari tu klau tak fix defect nak kacau fb lbs haha

skrg ni tgh kecoh banjir hbis. aku plak kat kg
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 5-7-2020 10:16 AM
wah lbs, developer paling teruk di alam semesta

sbb aku beli rumah dkt alam perdana, defect. skrg ...

La ye ke? Cousin aku beli apartment ni, apartment dgn fasiliti kondo katanya.
Tapi memang sempitlah, 3 bilik, 2 bathroom, dapur sambung dgn hall.Rimas , kecik sangat, harga plak boleh tahan wlpun dok dalam hutan dengkil tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 5-7-2020 08:35 PM
La ye ke? Cousin aku beli apartment ni, apartment dgn fasiliti kondo katanya.
Tapi memang sempit ...

bunyi mcm cyberjaya kan.. sekali dengkil haha

pesan kat cousin tu buat grup whatsapp siap2.. senang apa2 isu bleh terjah lbs. btw projek die siap cuma workmanship teruk, cincai.  skrg kat alam perdana tu dah banjir. tanah mendap, car pordh dah crack
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 5-7-2020 12:38 PM
bunyi mcm cyberjaya kan.. sekali dengkil haha

pesan kat cousin tu buat grup whatsapp siap2.. se ...

Ya, sales point dikelilingi tasik semulajadi, kawasan hijau..padahal tasik tu paya + lombong dgn hutan getah kiri kanan. Sabar je lah.

Nanti nak forwardkan benang ninkat dia..2022 siap katanya. Aku gi view bulan 3 haritu foundation pun takda lagi. Tak pelik klu low quality
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.175847 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list