CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3224|Reply: 21

[Jenayah] Dua beradik disyaki didera ibu kandung dan teman lelaki

  [Copy link]
Post time 5-7-2020 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Dua beradik disyaki didera ibu kandung dan teman lelaki

By Bernama

BUKIT MERTAJAM – Dua beradik lelaki berusia tujuh dan lima tahun disyaki didera oleh ibunya dan teman lelaki dalam satu kejadian di sebuah bilik dalam sebuah bengkel, dekat Permatang Tinggi di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abdul Samad berkata, ibu kandung mangsa dan teman lelakinya itu telah ditahan di Perkarangan Hospital Bukit Mertajam, kira-kira 3.20 pagi, semalam.

“Suspek lelaki yang berusia 28 tahun yang merupakan pemandu lori kini direman selama tujuh hari manakala suspek wanita, 33 tahun, yang merupakan suri rumah telah dijamin (kerana mengandung),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shafee berkata, laporan polis telah dibuat oleh bapa saudara mangsa setelah mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan seolah-olah dipukul pada beberapa anggota badan dan mengesyaki berlakunya penderaan.

“Susulan itu, bapa saudara mangsa yang berusia 39 tahun dan bekerja sebagai eksekutif logistik menghantar kanak-kanak malang itu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Mertajam sebelum berlakunya tangkapan ke atas kedua-dua suspek yang dipercayai ingin melawat mangsa.

“Walau bagaimanapun, kedua-dua suspek mengaku bahawa mereka memukul mangsa kerana nakal dan degil,” katanya.

Katanya, mangsa memberitahu telah dipukul oleh kedua-dua suspek dengan menggunakan tangan, kayu dan tali pinggang dan polis mendapati terdapat kecederaan seperti lebam di bahagian betis, paha dan punggung sebelah kiri mangsa.

“Sebelum ini, mangsa tinggal di asrama Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak bulan Disember lalu sehingga Mac tahun ini iaitu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kemudian telah dijaga oleh pengadu iaitu bapa saudaranya,” katanya.

Menurutnya, bapa saudara mangsa kemudian menghantar mangsa kepada ibu kandung mereka pada 24 Jun hingga 3 Julai lalu kerana perlu membawa ibunya untuk temujanji rawatan kesihatan kerana tiada siapa yang akan menjaga mangsa.

“Walau bagaimanapun, setelah anak saudaranya dikembalikan, bapa saudara mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada badan mangsa dan mengesyaki anak saudaranya itu didera,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya mak. Nsb baik ada bapa saudara yang baik
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
syurga di telapak kaki ibu.....amat tidak tepat sekali dlm isu/kes ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I xleh byg perasaan adik beradik, mak pompuan tu.. Dia bersekedudukan la smpi peknen tu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
I xleh byg perasaan adik beradik, mak pompuan tu.. Dia bersekedudukan la smpi peknen tu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
selalu sgt baca “ibu & teman lelaki dera anak”

dah berapa ratos kali baca

macam tkde ambik iktibar je lepas baca sbb asek jumpa berita macam ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh bodoh....kau umor 33thn blh je keja kilang, pastu tanggung ank 2org....knp nk hadap jantan tu utk tanggung kau....

Kimak nya pompuan.. .
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni penat sgt ke
Baca2 tajuk, terus eager nak tau cemana 2 beradik tu dera ibu & bf nya
Padahal 2 berdik tu yg kena dera, bukan mendera...adoi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dlm perut tu bakalan didera jgk la nampaknya. Tau beranak, jaga tak reti. Nasib baik ada pak sedara yg baik hati jaga anak-anak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 10:07 PM | Show all posts
lahanat mak dan bf sangkak !!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaga anak sendiri tak sampai 10 hari pon sampai nak memukul mukul. Bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 5-7-2020 10:05 PM
Yg dlm perut tu bakalan didera jgk la nampaknya. Tau beranak, jaga tak reti. Nasib baik ada pak seda ...

yang dalam perut tu bakalan disayangi la sebab anak dengan bf yang mendera tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Sazida at 5-7-2020 11:19 PM

Yg selalu mcm gini, mak dia mesti bdn mcm ank badak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 5-7-2020 10:40 PM
yang dalam perut tu bakalan disayangi la sebab anak dengan bf yang mendera tu

Tak semestinya. Kalau dah kaki pukul, tak kira anak sendiri atau tak. Byk je kes yg baby mati kena pukul/dera dgn bapak bukan dlm nikah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:19 AM | Show all posts
sib baik ada bapa saudara yg baik dan prihatin...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:30 AM | Show all posts
dah lah tak bertanggungjawab kat anak2 tu,pak sedara yg tlg jaga,minta tlg jaga kejap pun ko bantai berabis,mmg mendapat lah jg.mcm lah pak sedara tu tak check semua kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 10:34 AM | Show all posts
moga dpt balasan la mak dia.. budak2 lg nk pukul gitu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 10:40 AM | Show all posts
anak dua orang yang kena dera tu berbapak atau sama macam anak dalam perut tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 10:51 AM | Show all posts
dik duduk rumah kebajikan je lah. korang tak perlukan ibu macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti pak sedara syg sgt kt anak sedara. Nampak bertanggungjawab. Mak nya mmg jenis lepas tgn la tu bila ber bf. Mak dari neraka tu wujud yach
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.561182 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list