CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1867|Reply: 19

[Tempatan] Peguam kanan Persekutuan pun minta rasuah RM600,000? Speku gaji Gred L52 (RM5,80

[Copy link]
Post time 6-7-2020 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Peguam kanan Persekutuan didakwa minta rasuah RM600,000


BUTTERWORTH: Seorang peguam kanan Persekutuan hari ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan meminta rasuah pada Mac dan Jun lalu.

Tertuduh, Lim Cheah Yit, 42, yang bertugas di pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan itu sejurus dikemukakan di hadapan Hakim, Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara rasuah meminta sendiri suapan wang tunai berjumlah RM500,000 daripada Goh Kim Heong sebagai suatu dorongan untuk mempengaruhi Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang bagi menuduh Chan Eng Leong di mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bilik 801, sebuah pusat karaoke di Gurney Paragon kira-kira jam 7 malam pada 8 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah meminta suapan tunai RM100,000 daripada Kim Heong, sebagai upah mempengaruhi Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang bagi menuduh Eng Leong di mahkamah atas kesalahan mengikut seksyen sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di AC Hotel Penang, Jalan Bukit Jambul, jam 12.19 tengah hari pada 1 Jun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan dia boleh dipenjara hingga maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah butiran palsu yang dapat dinilai atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar dan Fairos Danial Mazlan, menawarkan jaminan RM50,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Bagaimanapun, Lim menerusi peguam belanya, Ang Chun Pun, merayu jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh adalah pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan tiada alasan untuk melarikan diri.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM Putrajaya sebulan sekali.

Hakim Noor Aini turut menetapkan tarikh 17 Ogos sebagai tarikh sebutan semula. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
12k? Wowwww.. Banyakkk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2020 12:11 PM | Show all posts
sarah82 replied at 6-7-2020 12:06 PM
12k? Wowwww.. Banyakkk..

ko buat daycare warga emas sehari RM240
kalau ko handle 20 org

RM240  x 20 = income sehari
darab pulak 30 hari
wow kayo ko!


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 6-7-2020 12:11 PM
ko buat daycare warga emas sehari RM240
kalau ko handle 20 org


Handle seorg pun pengsan.. 20 org.. Patah pinggang aku.. Hahaha

Bagi aku.. Kaya x semestinya berduit..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 12:14 PM | Show all posts
selalunya pemberi dan penerima rasuah dari bangsa yang berbeza
sekarang penerima dan pemberi pun  dah sama
semakin maju
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat bangsa ni..tak main la mintak sikit2 serupa abg polis 3 orang tu..

So acik ni kena terminate tak? Still mention gov officer kat situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2020 12:38 PM | Show all posts
sarah82 replied at 6-7-2020 12:12 PM
Handle seorg pun pengsan.. 20 org.. Patah pinggang aku.. Hahaha

Bagi aku.. Kaya x semestinya be ...

hahaha...jgn kata patah pinggan
mental pun boleh patah
org2 tua ni nak jaga...ya ampunnnnn

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 6-7-2020 12:38 PM
hahaha...jgn kata patah pinggan
mental pun boleh patah
org2 tua ni nak jaga...ya ampunnnnn
...

Alhamdulillah mental tak.. Tapi sakit pinggang la.. Aku dok angkat tok yg aku mengasuh ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2020 01:03 PM | Show all posts
sarah82 replied at 6-7-2020 12:12 PM
Handle seorg pun pengsan.. 20 org.. Patah pinggang aku.. Hahaha

Bagi aku.. Kaya x semestinya be ...

aku tgk iklan pusat jagaan lain pakai 5-6 orang kakitangan
yg penting masyukkk

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:04 PM | Show all posts
sarah82 replied at 6-7-2020 12:55 PM
Alhamdulillah mental tak.. Tapi sakit pinggang la.. Aku dok angkat tok yg aku mengasuh ni.

Alhamdulillah....actually aku refer kalau nak kena jaga ramai2 mcm kat pusat penjagaan tu

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:07 PM | Show all posts
R2D2 replied at 6-7-2020 01:03 PM
aku tgk iklan pusat jagaan lain pakai 5-6 orang kakitangan
yg penting masyukkk

Sekarang ni mmg trend.  Pusat penjagaan org2 tua. Mmg lebat la income sape yang bukak

Rumah utk retiree community pun rasenye dah ada org start...kat Ipoh ada satu rasenye kat dlm Meru golf tu


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 6-7-2020 01:03 PM
aku tgk iklan pusat jagaan lain pakai 5-6 orang kakitangan
yg penting masyukkk

Kan aku bagitau.. Kat KL.. Sejam rm24-rm25 train nurse dan MA. Dressing pulak RM80..mau x masyuk
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 6-7-2020 01:04 PM
Alhamdulillah....actually aku refer kalau nak kena jaga ramai2 mcm kat pusat penjagaan tu

Jaga ramai2 tu kena cari tempat yg sesuai.. Aku ada la berangan. Nak cari kwsn yg ada tanah lapang.. Jadi org2 tua aku jaga ada aktiviti cucuk tanam selain belajar agama.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:18 PM | Show all posts
sarah82 replied at 6-7-2020 01:12 PM
Jaga ramai2 tu kena cari tempat yg sesuai.. Aku ada la berangan. Nak cari kwsn yg ada tanah lapang ...

Mesti laku keras.  Sbb org2 tua ni selain dorang nak ngaji/belajar agama, dorang suka cucuk tanam.  Riadah.  Kalau boleh ada kan tempat bela ayam itik, kambing semua.  Hasil boleh masuk dlm menu harian.  Kalau banyak boleh jual.  Hasil jualan boleh la dorang shopping2.  

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 6-7-2020 01:18 PM
Mesti laku keras.  Sbb org2 tua ni selain dorang nak ngaji/belajar agama, dorang suka cucuk tanam. ...

Betul.. Tapi modal besar.. Lagi satu aku mmg tak nak pendatang kerja.. Nak 100% org kita.. Masalah juga nak cari.. Aku ada 2 kekangan.. Modal dan tenaga kerja.. Jadi skrg baik aku buat sendiri.. Belajar dari a sampai z.. Sepak terajang kerja cuci berak org ni.. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:22 PM | Show all posts
sarah82 replied at 6-7-2020 01:20 PM
Betul.. Tapi modal besar.. Lagi satu aku mmg tak nak pendatang kerja.. Nak 100% org kita.. Masalah ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 6-7-2020 12:55 PM
Alhamdulillah mental tak.. Tapi sakit pinggang la.. Aku dok angkat tok yg aku mengasuh ni.

Spjg kenal hg kat sini, tau dah jenis mental payah koyak...steady sarah!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 6-7-2020 01:30 PM
Spjg kenal hg kat sini, tau dah jenis mental payah koyak...steady sarah!

Hahaha.. Aku kena maki teruk dulu masa mula2 jaga tok ni.. Hatta pak tuan anak tok dah bgtau umi depa garang.. Aku kata.. Game on.. Cabaran diterima..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 6-7-2020 01:22 PM

Kerja sendiri.. Sendiri pandai atur.. Ada juga aku antar quotation kat insuran company yg minta.. Once in blue moon gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
12k ni dlm bank pn aku xdek....hebat eh....gaji nk tggu 12k pn amek masa....ape lg x cukup tu....duhh...tamak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.073902 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list