View: 2240|Reply: 11
|
[Politik]
Lima suara besar UMNO tidak setuju (TSMY calon PM PRU15)
[Copy link]
|
|
Lima suara besar UMNO tidak setuju
NURHIDAYAH HAIROM | | 6 Julai 2020
Puad Zarkashi
SHAH ALAM - Kenyataan terbaru Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi yang secara terang menzahirkan rasa kurang senang dengan pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menambahkan satu lagi jumlah tentangan daripada pemimpin UMNO.
Puad memberi pandangan rasa khuatir terhadap masa depan UMNO yang didakwa berisiko tergadai dengan cadangan pencalonan jawatan tersebut.
“UMNO tidak boleh dijadikan pajak gadai kerana jawatan Perdana Menteri. Cukuplah UMNO dipajak oleh mereka yang melompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana mengejar jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan peruntukan pembangunan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sebelum ini, empat nama besar UMNO dengan lantang menyuarakan rasa tidak setuju berhubung pendirian UMNO dan Pas itu.
Mereka ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah; Tokoh Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... r-UMNO-tidak-setuju
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg korg nk undi ni??zahid??nazri??who else?? |
|
|
|
|
|
|
|
Penat je yudin bagi dedak kat Kaled nordin, masih lagi melalak |
|
|
|
|
|
|
|
3 out of 5 orang Johor kan...
sesuatu sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
We want more we want more... |
|
|
|
|
|
|
|
Pecah belah dalam UMNO ni lagi teruk , calon PM pon tak boleh bersetuju
Geng2 menteri macam Annuar Musa & H2O - no problem dgn Abah jadik PM
Kemungkinan kalo mereka bertanding untuk jawatan tertinggi UMNO , mereka ada kelebihan pasal depa menteri
Dengan cara tersendiri , Abah dah kucar kacir kan UMNO
Ni belum lagi kalo Abah tekan Najib & geng dia masuk penjara
Kalo betul jadik - ha ha ha ha - free for all |
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 6-7-2020 02:16 PM
3 out of 5 orang Johor kan...
sesuatu sangat.
Selama ni semua Prk, antara 2-3k undi ahli Pas hilang. Chini kawasan Jibun pun hampir 2k undi Pas lenyap. Pru15 nanti tambah pulak undi hilang dari ahli Meno pulok |
|
|
|
|
|
|
|
Si Zarkashi ni boleh berambuslah, menyemak jer. Ramai rakyat Johor tak suka dia pun. |
|
|
|
|
|
|
|
8. Asal usul pemilikan Umno ke atas NSTP adalah apabila Almarhum Tun Abdul Razak Hussein mengarahkan supaya sebuah syarikat proksi Umno membeli kepentingan The Straits Times Press di Malaysia pada tahun 1972. Bendahari Umno ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah, menubuhkan sebuah syarikat induk bernama Fleet Sdn Bhd untuk tujuan itu.
9. Natijahnya, bapa bina anak runtuhkan.
10. Semua butir di atas ada dalam "public domain" dan boleh diakses oleh orang ramai.
Wallahuaklam.Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai juga rakyat Johor tak suka Din Pagoh.
ramai juga rakyat Johor tak suka UMNO.
in the end perlantikan PM bukan kuasa rakyat pun.
menariknya yang reject ni ialah pemimpin2 Johor sendiri. Sesuatu kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
takpa kita tunggu je PRU 15 nanti, siapa yang rakyat Johor akan pilih.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|