View: 4537|Reply: 49
|
[Dunia]
10 Julai: 'Pilihan raya kritikal' bagi Singapura: Hsien Loong [Update: PAP kekal
[Copy link]
|
|
Edited by Nahnukutu at 11-7-2020 01:46 PM
10 Julai: 'Pilihan raya kritikal' bagi Singapura: Hsien Loong
| | 6 Julai 2020
Lee Hsien Loong - Foto Sumber Internet
SINGAPURA - Pilihan raya umum pada 10 Julai adalah “pilihan raya kiritikal” bagi Singapura kerana lebih banyak cabaran menanti republik itu dan dunia di tengah-tengah wabak koronavirus (Covid-19), menurut Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), Lee Hsien Loong.
“Tidak pernah dalam sejarah kita taruhannya lebih tinggi daripada sekarang. Kita berada di tengah-tengah krisis tetapi sesukar bulan yang lalu, cabaran terbesar adalah di hadapan kita,” kata Lee semasa berucap dalam Rapat Fullerton yang diadakan secara dalam talian di sini hari ini.
Perdana Menteri kerajaan sementara itu turut menunjukkan bilangan kes Covid-19 global yang terus meningkat dan tiada siapa yang tahu bila wabak itu akan berakhir atau sama ada penyelesaian yang berkekalan ditemui - sama ada vaksin atau rawatan yang lebih berkesan.
“Kita menghadapi bahaya berterusan terhadap kesihatan awam. Ia juga akan membebankan ekonomi, mungkin setahun atau lebih lama,” katanya.
Hsien Loong menyatakan, semua pengalaman sejak awal tahun ini telah menjelaskan betapa pentingnya kerajaan yang baik untuk melawan Covid-19, menyokong ekonomi dan keluar daripada krisis dengan utuh.
“Inilah sebenarnya pilihan raya ini - siapa yang anda percayai untuk bersama anda menempuh saat-saat yang sukar di masa hadapan,” katanya.
Hampir setiap pilihan raya umum sejak kemerdekaan, PAP mengadakan rapat umum di Fullerton setelah pertengahan kempen dan menurut Lee, rapat umum kali ini adalah “suatu kesempatan untuk berhenti sejenak, mengambil tahu apa disampaikan oleh calon setakat ini dan menumpukan semula minda semua orang pada apa yang dipertaruhkan”.
Berikutan Covid-19, parti itu tidak boleh mengadakan perhimpunan fizikal Fullerton tahun ini sebaliknya disiarkan secara maya, tetapi “tujuan saya adalah sama,” kata Lee yang pertama kali mengadakan rapat umum Fullerton pada 1984 ketika beliau menyertai politik 36 tahun yang lalu, pada usia 32.
Berkongsi perjalanan kerjaya politiknya bagaimana beliau mendepani krisis, Hsien Loong berkata beberapa bulan selepas pilihan raya Singapura berlaku kegawatan ekonomi pada 1985, diikuti krisis kewangan Asia (1997-1999), Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) (2002-2004) dan krisis kewangan global (2007-2008).
“Setiap satu adalah cabaran yang serius,” katanya dan menambah “apa yang saya tidak jangkakan..yang tiada seorang pun menjangkakan...adalah menghadapi krisis luar biasa ini pada penghujung tempoh kepimpinan saya.”
Hsien Loong, satu-satunya yang tinggal dari kelas 1984, berkata: “Covid-19 adalah krisis generasi. Ia adalah lebih kompleks dan berbahaya daripada krisis yang dihadapi sebelum ini.”
“Sekali lagi, tidak ada kepastian semuanya akan berjalan lancar. Tetapi kita mesti cekal untuk menggembleng semua tenaga dan sumber kita, memeranginya bersama-sama, agar dapat bangkit lebih teguh”.
Janji Hsien Loong, bersama rakan-rakan sekerja yang lebih senior seperti Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam serta barisan menteri generasi keempat (4G) yang lebih muda, beliau bertekad, “untuk mengatasi krisis itu”.
“Saya bertekad untuk menyerahkan Singapura dalam keadaan yang utuh dan dalam keadaan pentadbiran yang baik kepada pasukan seterusnya,” katanya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ngapura-Hsien-Loong
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gila lah masa covid2 gini buat election. Padahal early next year bole buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Perdana Menteri kerajaan sementara itu turut menunjukkan bilangan kes Covid-19 global yang terus meningkat dan tiada siapa yang tahu bila wabak itu akan berakhir atau sama ada penyelesaian yang berkekalan ditemui
sebab dorang dah dissolve parliament kot.
plus the 'kiasu' factor. they want things quick.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 8-7-2020 10:27 AM
sebab dorang dah dissolve parliament kot.
plus the 'kiasu' factor. they want things quick.
...
Tu lah.. kwn2 aku ramai nk vote opposition..
Aku nk vote pun belah bagi. Pasal yg contest kat tmpt aku memang dua2 bagus. Yg PAP org nye humble, yg opposition pulak org nye baik. |
|
|
|
|
|
|
|
You are voting?
Wow!... good luck la
God bless Temasek
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 8-7-2020 11:10 AM
You are voting?
Wow!... good luck la
Yup. Hehe.. timeslot voting i is 5-7pm.. bnyk time to decide.
My area ni kirakn hot seat jgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Nana_Man replied at 8-7-2020 11:28 AM
Yup. Hehe.. timeslot voting i is 5-7pm.. bnyk time to decide.
My area ni kirakn hot seat jgk.
selamat mengundi
my bos dah bgtau jumaat cuti, kat msia bleh honeymoon kjp haha |
|
|
|
|
|
|
|
dino replied at 8-7-2020 11:37 AM
selamat mengundi
my bos dah bgtau jumaat cuti, kat msia bleh honeymoon kjp haha
U handle spore client ke dino? Pasal bole dpt cuti. Hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
PM now pun dah malas nak jadi PM dah tak best
sbb convid ni leceh
agaknyalah
|
|
|
|
|
|
|
|
PerKasa replied at 8-7-2020 11:40 AM
PM now pun dah malas nak jadi PM dah tak best
sbb convid ni leceh
Gile nk lepaskn jawatan tu.. hahaha.. he shuld sack org bawah yg tak buat keje betul2. |
|
|
|
|
|
|
|
Nana_Man replied at 8-7-2020 10:44 AM
Tu lah.. kwn2 aku ramai nk vote opposition..
Aku nk vote pun belah bagi. Pasal yg contest kat tm ...
nape mesti buat pru tahun ni jugak? PAP letak byk muka baru tp wakil melayu nan hado sajaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Nana_Man replied at 8-7-2020 11:39 AM
U handle spore client ke dino? Pasal bole dpt cuti. Hehe...
takde la handle client, to dah singapore cuti takde la org kacau haha |
|
|
|
|
|
|
|
sub5zero replied at 8-7-2020 12:03 PM
nape mesti buat pru tahun ni jugak? PAP letak byk muka baru tp wakil melayu nan hado sajaa.
Tu lah.. patut latest apr 21 still bole buat. Melayu takde pun takpe. Skadar yes sir yes sir pun buat pe. |
|
|
|
|
|
|
|
dino replied at 8-7-2020 12:03 PM
takde la handle client, to dah singapore cuti takde la org kacau haha
Oh gitu.. enjoy!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Nana_Man replied at 8-7-2020 12:32 PM
Tu lah.. patut latest apr 21 still bole buat. Melayu takde pun takpe. Skadar yes sir yes sir pun b ...
syarat jd PM singapore kena fasih ckp melayu ke? tengok anak kuan yew selamba je ckp melayu, tp DPM dia belasah ckp cina pun macit2 flet tetap pangkah pap gak |
|
|
|
|
|
|
|
sub5zero replied at 8-7-2020 08:38 PM
syarat jd PM singapore kena fasih ckp melayu ke? tengok anak kuan yew selamba je ckp melayu, tp ...
Nk amik hati pengundi melayu jgk, mesti kene tau ckp melayu. Yg menteri2 PAP pun ramai jgk yg leh ckp melayu.
Org2 tua / new citizen mostly vote PAP. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa dedak dia bagi time2 covid ni? Mak sedara aku kat sana kalau nak election dapat SGD1k pun pernah. Pastu merempan kat sini, ‘murrrah, murrrah’!. Nasib baik ler arwah pak aku orang Perak, malu ngaku sedara wey! |
|
|
|
|
|
|
|
all da best... tak koser nak layan covid lagi ke, pocik lee? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 8-7-2020 11:33 PM
all da best... tak koser nak layan covid lagi ke, pocik lee?
Pokcik still rules... |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 8-7-2020 09:59 PM
Apa dedak dia bagi time2 covid ni? Mak sedara aku kat sana kalau nak election dapat SGD1k pun pernah ...
Ni bulan 8 nk dpt $150 atau $300 lagi..
Actually aku ketawakn jer org2 melayu spore yg slalu masuk jb bwk kete beli barang2 sana. Skrg semua kene spend kat spore. Mcm pelik mampu beli kete tapi nk save duit beli barang jb. |
|
|
|
|
|
|
| |
|