CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17436|Reply: 191

[Tempatan] PEGUAM SYARIE kongsi kes-kes tuntutan nafkah

  [Copy link]
Post time 7-7-2020 09:45 AM | Show all posts |Read mode
“Jangan hairan kenapa Sazali begitu ‘derhaka’ dengan kau” - Peguam dedah ramai bapa kalau boleh nak beri satu sen je nafkah anak selepas dapat bini baharu - Viral | mStar
Selasa, 07 Julai 2020 7:00 AM

SUNGGUHPUN hubungan antara suami isteri tidak berpanjangan, namun bagi pasangan Muslim, agama Islam sudah menetapkan bahawa tanggungjawab si lelaki sebagai seorang bapa tetap perlu ditunaikan.

Tanggungjawab sebagai pemberi nafkah tetap terpikul di bahu bapa walau apa jua yang berlaku dalam perkahwinannya.

Bagaimanapun, masih ramai daripada golongan ini culas untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagaimana yang telah pun diperintahkan oleh mahkamah.

Terpanggil untuk mengulas isu nafkah, seorang peguam syarie, Nurul Izzah Zainol berkongsi pengalamannya menerusi satu catatan di Facebook.

"Hampir mustahil saya jumpa kes yang si ayah mahu memberi lebih daripada jumlah tuntutan yang dituntut si ibu. Kalau boleh nak dikurangkan tinggal satu sen sahaja hak nafkah untuk anak.

"Ada tu anak ada empat orang, si ayah tak setuju dengan tuntutan nafkah anak RM2,500 untuk empat orang anak yang dah bersekolah. (Lebih kurang RM600 sebulan seorang)," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan ujar peguam wanita ini, alasan yang diberikan juga sangat tidak dapat diterima kerana ternyata si lelaki berkenaan yang sengaja 'cari penyakit' apabila berkahwin lain.

"Kau tahu si ayah nak bagi berapa? RM400 untuk empat orang. Kau tahu apa alasannya? Si ayah dah kahwin lain dan ada tanggungan baharu. Kalau dah tahu tak mampu nak tanggung, kenapa tambah tanggungan. Anak-anak kau wujud sebelum bini baharu kau wujud.

"Anak-anak tu bukan anak kucing atau anak anjing. Anak orang yang ada hak makan minum, pakaian, pendidikan dan perubatan dia. Yang mana konon rasa mampu nak tambah anak, sekali skala duduk sekejap buat table calculation keperluan bulanan anak.

"Bandingkan dengan pendapatan sendiri. Alih-alih kau tak mampu pun sebenarnya. Apatah lagi nak tambah bini kononnya sunnah. Yang akhirnya kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan," tulisnya.

Justeru peguam ini berkata, maka bukan sesuatu yang menghairankan apabila anak-anak yang pernah diabaikan nafkah ini suatu ketika dahulu 'melupakan' bapa mereka apabila sudah dewasa.

"Sazali sekarang bukan lagi Sazali di zaman P.Ramlee yang ayahnya telah memberikan segalanya tetapi dia tetap derhaka.

"Sazali sekarang terbuang kerana ayahnya tidak mempedulikan dirinya sejak dari kecil. Nanti jika Sazali sudah besar dengan kehidupan yang membanggakan jangan kau hairan kenapa Sazali begitu 'derhaka' dengan kau.

    Kau tahu si ayah nak bagi berapa? RM400 untuk empat orang. Kau tahu apa alasannya? Si ayah dah kahwin lain dan ada tanggungan baharu.
    NURUL IZZAH ZAINOL
    PEGUAM SYARIE


"Tiada memori yang indah dengan ayahnya. Tiada apa yang mengikat Sazali dan si ayah kecuali bin pada kad pengenalannya.

"Yang dia tahu, dia hanya punya ibu. Tiada susuk seorang ayah yang bersama jatuh bangunnya. Ingat sekali lagi, anak-anak tidak membuang ayahnya, tetapi mereka sendiri telah terbuang tanpa nafkah dan kepedulian seorang ayah," tulisnya lagi.

Sehingga kini posting tersebut meraih 1,100 shares dengan dihujani beratus komen netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan peguam berkenaan.

Malah ada yang turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa.

"Mak ayah saya bercerai. Kena halau sehelai sepinggang. Ayah? Tak ada sesen pun nafkah. Eh, anak masuk 'U' pandai pula cari," tulis seorang netizen.

"Apa yang dibuat, sudah tentu anak-anak akan ingat," komen netizen lain pula.

"Si ibu tak pernah sesekali hasut anak, tapi satu perasaan tu terbit sendiri dari diri anak-anak apabila mereka menyaksikan segala perbuatan ayah mereka," komen seorang netizen lain.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 09:52 AM | Show all posts
jujurin masa sekrang lebih ringan tangan ex bagi duit berbanding masa kawen. tiap anak 300. walo hand to hand give, that 300 buat belanja anak nk beli apa dia suka. takde isu tuntuttan nafkah...keluar je dari mahkamah haritu..mcm biasa juga. sedia ada im on my own. cuma skrg..rezeki lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 09:58 AM | Show all posts
kdg2 bukan sebab ayah takmo bagi...tapi ada juga kes ex bini songlap duit anak. nak duit utk diri sendiri tapi guna nama anak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:01 AM | Show all posts
hati2 dgn duda..ehh tetiberrr
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu.. Kalau korang perasan.. Anak2 dari keluarga baru tak berapa menjadi kalau bapa spesis tak tanggungjawab pada anak2 dgn bekas isteri.

Lelaki2 mcm ni patut dikasikan. Jadi sida.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:13 AM | Show all posts
sarah82 replied at 7-7-2020 10:07 AM
Sebab tu.. Kalau korang perasan.. Anak2 dari keluarga baru tak berapa menjadi kalau bapa spesis tak  ...

ada benarnya...so kpd lelaki, kalau nak berpoligami, pastikan ekonomi diri sendiri tu kukuh dan keras, jgn keras bawah aje...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2020 10:49 AM | Show all posts
Edited by bangcak at 7-7-2020 10:50 AM

nasib baik kuasa mahkamah syariah sempat diperkasa sblm
pengkhianatan amanah rakyat berlaku.





Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan tak ada kes ex bini songlap duit anak. Tapi walau seringgit walau seratus si ayah bagi, lebih atau kurang si emak juga yg kena keluar duit belanja. Kalau dah tau terjadinya kes songlap menyonglap tu, boleh je si ayah belikan siap2 belanja dapur ke, bayar yuran pelajaran anak2, bukan terus jatuh hukum ke atas ex bini. Apa2 masalah pun, cari solution.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 11:13 AM | Show all posts
Ni juga antara punca ex bini tergamak mendera dan bunuh anak bila dah berboipren baru.  Dah paknya tak bagi nafkah muka anak pulak muka pak tu yang tambah mudah naik marah dan perkara yang tak dijangka pun berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:29 AM | Show all posts
Edited by green~tea at 7-7-2020 11:30 AM

disebabkan hal ini lah i dont expect a single cent from my ex utk membesarkan anak... buat letih je fight turun naik mahkamah alih2 RM300 sebulan jerhhhhhhhhhhhhhh......... entah2 tak baloi dengan bayar lawyer punnnn nak tuntut bayaran nafkah anak tu....

hello caruman iols masuk akaun SSPN anak iols lagi banyak lah dari duit nafkah anak yang heols terkemut2 nak kasi tu... mcm laaaaa iols bleh jadi kaya sgt dgn duit nafkah anak bulan2 nak buat makan pun tak lepas... dasar jantan sengkek.. semoga bertambah sengkekkk hasil hidup kedekut taik idung masin tu
lelaki yang baik bertanggungjawab adalah lelaki yang tahu kewajipan dia utk membesarkan anak... tanpa perlu isteri atau bekas isteri meminta or remind
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:32 AM | Show all posts
Artemesiaa replied at 7-7-2020 11:13 AM
Ni juga antara punca ex bini tergamak mendera dan bunuh anak bila dah berboipren baru.  Dah paknya t ...

astagfirullah... anak itu amanah.. takde rasa kasih sayang ke terhadap anak? kalo tak mampu jaga, kasi je laaa anak tu kat bekas suami... tak perlu dera2 menjadikan hidup dia traumatized sejak kecill..... anak tu amanah... sampai hati pukul2, apatah lagi dera....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2020 11:40 AM | Show all posts
balik -balik korang nk salahkan lelaki
walhal ramai lagi lelaki di luar sana yg baik baik
chewaaaaahhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
ayat pertama artikel tu kelakar la... wartawan tak buat homework. pemalaihhh


negara kaper lain ... biological father pon kena keluar nafkah anak. bukan takat yg dah sah suami isteri...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 7-7-2020 11:32 AM
astagfirullah... anak itu amanah.. takde rasa kasih sayang ke terhadap anak? kalo tak mampu jaga,  ...

kalau bekas suami nak ambik lorhh. banyak kes tak nak ambik tahu langsung jugak. biasa jumpa / baca kat porem ni jugak
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:49 AM | Show all posts
green~tea replied at 7-7-2020 11:32 AM
astagfirullah... anak itu amanah.. takde rasa kasih sayang ke terhadap anak? kalo tak mampu jaga,  ...

Itulah realitinya jika selalu baca kes2 yang dilapurkan diakhbar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by yuki812 at 7-7-2020 12:08 PM

Ayah anak2 aku tak pernah bg aku satu sen cash pun tuk nafkah anak. Apa dia buat..dia bayar direct bil2 tu macam transport sekolah, babysitter, tadika terus pada org tu. Duit blanja sekolah bagi terus kat anak. Bil2 kat rumah mcm astro..dia terus bayar. Barang dapur..dia beli..ikut apa yg anak mkn dan kemampuan kewangan dia. Time belanja raya..atau bukak sekolah pun sama..hah..yg tu, ikut angin dia..samada dia yang nak belikan..atau bg cash kat aku suh beli. Biasanya dia yg beli. Aku tak kisah bila dia nk bayar..janji pada aku..dia bayar. Tak tau lah kalau dia x percaya aku kot pegang cash ke..tp tuk aku, lagi senang..tak yah pening pala nk budget itu ini.

Benda yang ni aku puji bapak bdk2 ni. Kena adil..ada baik..ada buruk dia. Tapi tang lain..tak nak fikir..dan dah habis time aku tuk meroyan. benda dah lepas..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 7-7-2020 02:49 AM
nasib baik kuasa mahkamah syariah sempat diperkasa sblm
pengkhianatan amanah rakyat berlaku.


Jilat selagi boleh
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:02 PM | Show all posts
Meiizu replied at 7-7-2020 10:01 AM
hati2 dgn duda..ehh tetiberrr

Kasihanilah si bujang. Kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 7-7-2020 12:01 PM
Jilat selagi boleh

kan... penjilat dap tegar haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 7-7-2020 11:29 AM
disebabkan hal ini lah i dont expect a single cent from my ex utk membesarkan anak... buat letih je  ...

Aiols ingt uolls dgn ex aman2 je....mcm ade bace somewhere baru2 ni....rupenye ade isu nafkah juga....hurmmm....bertabahla sis.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.387717 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list