"Kekasih di tempat pertama. Apa yang kita lihat pada remaja Melayu hari ini ialah menormalkan hubungan seks!"
Masih lagi berligar kisah rogol yang sangat panas sejak kebelakangan ini. Pelbagai pendapat dan hujah diutarakan banyak pihak hingga bercampur aduk serta tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Namun, apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri mengeluarkan statistik mengenai penjenayah rogol, ianya tidaklah mengejutkan apabila menyedari situasi tersebut adalah realiti masyarakat hari ini.
Sementelah pula, empat dari lima kategori tersebut adalah orang yang dikenali membuatkan wanita tidak berasa selamat di mana-mana pun.
Tetapi, apabila kekasih yang merogol teman wanita sendiri, sebenarnya apa sudah jadi dengan anak muda sekarang?
Kredit foto :Twitter
Kredit foto : New York Times
Budaya 'couple' atau bercinta semakin membarah dalam kalangan anak muda zaman sekarang dan ianya didasarkan dengan alasan mahu berkenalan sebelum mendirikan rumah tangga.
Sedangkan, 'couple' itu sendiri adalah perbuatan kurang baik kerana mendekati maksiat.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Holidayme
Malah, budaya bercinta ini dipromosikan di media cetak, media elektronik sejak zaman berzaman lagi sehinggalah kewujudan media sosial yang pelbagai, ia menggalakkan lagi anak muda bercouple.
Kredit foto : Twitter
Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh masyarakat saat ini bagi membendung rogol oleh kekasih?
Kredit foto : Blogspot
Jadi, bagaimana? Masing-masing memainkan peranan penting bagi memastikan persekitaran yang lebih kondusif buat kita semua. Adakah perlu kita melancarkan kempen "Say No To Couple?" atau kempen ini hanya akan dibakul sampahkan? - CARI
|