Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
5808
View
177
Reply

[Tempatan] 'Wanita berpakaian, tetapi telanjang' golongan ini tidak akan mencium bau syurga - Ust Mohamad Wadi Annuar Ayub

[Copy link]

Author: Nahnukutu       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-7-2020 11:40 AM | Show all posts |Read mode
'Wanita berpakaian, tetapi telanjang'
MyMetro Addin

image.png
FOTO Hiasan

HM Digital
MEMAKAI tudung dan hijab menjadi kewajipan buat semua wanita Islam kerana rambut adalah sebahagian daripada aurat.

Wujud juga fesyen terkini berkaitan hijab dan keadaan itu mengundang dua situasi berbeza iaitu perkara baiknya menunjukkan ramai wanita Islam kini mengutamakan tudung atau hijab, namun di sisi berbeza hijab itu sebahagian daripada fesyen dan tidak merangkumi aspek penutupan aurat sebenar.

Begitu juga dengan pemakaian baju, wujud segelintir wanita hari ini memperagakan hijab dan pakaian yang menutup aurat pada mata kasar, sebaliknya mereka mempunyai dua sifat iaitu berpakaian dan telanjang dalam satu-satu masa.

Menurut hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Dua golongan penghuni neraka yang aku tidak pernah melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cemeti seperti seekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dan perempuan yang berpakaian, tetapi telanjang berjalan berlenggang-lenggok dan menggoda, kepala mereka seperti bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Rasulullah menyebut dalam matan hadis berkenaan sebagai 'kasiyatun 'ariyat' (berpakaian, tetapi telanjang) pada perempuan yang berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh atau menampakkan warna kulit sekalipun tertutup dengan lapisan kain, tetapi apa yang ada di sebalik lapisan kain itu masih boleh dilihat.

Menerusi satu ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub menjelaskan hadis ini perempuan yang berpakaian, tetapi telanjang dan mereka memakai baju namun menampakkan bentuk tubuh mereka sehingga diperhatikan orang lain.

Beliau menjelaskan ulama menjelaskan bahawa golongan ini tidak akan mencium bau syurga walaupun bau harum syurga dapat dihidu ratusan tahun dan begitu dahsyatnya golongan ini yang sudah diberi peringatan oleh Nabi Muhammad SAW.

Pada hari ini, pastinya setiap daripada kita pernah melihat keadaan wanita yang mempunyai dua sifat ini iaitu mereka berpakaian dan dalam masa sama turut dinisbahkan sebagai telanjang kerana memakai pakaian ketat menampakkan setiap inci bentuk tubuh badan.

Realiti pada hari ini wujud segelintir golongan wanita yang tidak mengendahkan peringatan Nabi sebaliknya bangga dengan perbuatan mereka termasuk ada yang memperagakan diri untuk menjual atau mempromosikan sesuatu produk.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 9:38 AM


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 7-7-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku suka gila dgr ceramah2 ustaz ni....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulah pakai tudung lilit kat leher,baju labuh jarang bersuluh atau ketat melekat pakai dengan skinny jeans ..tu yg ramai pakai
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah solat berjemaah berimamkn ustaz wadi.. sedapnya suara...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 01:18 PM | Show all posts
teruskan mendegar caramah2 agama.  sedikit sebanyak yang tidak setuju anggaplah ia khilaf penyampai.  kelemahan manusia.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 01:20 PM | Show all posts
kenapa ustaz2 X highlight lelaki2 yang tidak menunaikan tanggungjawabnya di dunia ini tidak mencium bau syurga. Ramai lelaki islam dayus yang gunakan kelebihan yang ada untuk menderhakakan wife. buat wife cam kuli, anak2 tak diberi nafkah. Bekas bini x dapat nafkah.

Kenapa bende ni tidak dihighlight. kenapa pakaian wanita, kening wanita, suara wanita yang kau fokuskan.

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah ustaz, mmg selalu itu yg ustaz2 highlights kan sedangkan solat 5 waktu tiang agama, kalau x buat confirm masuk neraka tak begitu selalu di tekankan.

Makanya umah2 asyik condemn pompuan selagi tak pakai tudung sampai ke lutut, selagi tu kene condemn., laki plak relax jah tinggal solat 5 waktu tinggal solat jumaat, tak begitu dikutuk seperti pompuan yg tak tutup aurat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 01:42 PM | Show all posts
fealefea replied at 7-7-2020 05:20 AM
kenapa ustaz2 X highlight lelaki2 yang tidak menunaikan tanggungjawabnya di dunia ini tidak mencium  ...

Berlambak dekat youtube sis..ustaz-ustaz highlights pasal tanggungjawab lelaki pada isteri, ibu bapa, diri sendiri, anak dan lain-lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba la tekankan jgn buang sampah merata2 camne lebai ni semua tekankan aurat wanita (nak Jaga penis punya pasal). Ajar sekali masuk toilet jgn pijak seat atau pegi kencing kat lantai then cebok kat situ jugak...otak lebai mmg tumpu kat penis diaorg sesaja..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 02:02 PM | Show all posts
suka dengar ceramah beliau tentang akhir zaman
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa yg nak dengar ostad2 tekankan siram pokok bunga, mewarna buku, main bola tampar, boleh dengar dekat utiub ok
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 02:39 PM | Show all posts
allshares replied at 7-7-2020 01:37 PM
Yelah ustaz, mmg selalu itu yg ustaz2 highlights kan sedangkan solat 5 waktu tiang agama, kalau x bu ...

sebab Ustad tu jantan
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 02:44 PM | Show all posts
byk je ceramah ustaz2 pasal hal lain tp yg msk paper surat khabar tajuk yg ni.. rajin2 tgk ceramah kt utube ye jgn berkuntum kt forum je #donenasihat
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Setad, komen sikit bab jantan culas bagi nafkah anak bini, setad.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 03:12 PM | Show all posts
tak faham..contoh contoh..gambar penandak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Girls ...pakai saja fashion pakaian yang uols selesa .. I galak kan uols masuk boxing class ... Lelaki jenis begini kutuk wanita ..otak mereka lemah untuk control libido sendiri ... Sebab uols pakai lah apa pun wanita dan kanak kanak tetap jadi mangsa rogol Dan cabul .. bukan wanita Dan kanak kanak punca jadi dunia tidak selamat tapi dari jantan keparat ... Mereka ini lah juga sebab kan dunia berperang ..The world should be free dari keganasan Dan cabul hak asasi wanita Dan kanak Nanak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 03:48 PM | Show all posts

ustaz ni byk ja tego hal2 lain..
ada ja dia dok ceramah soh laki jaga pandangan dan nafsu-nafsi..
tah kenapa reporter hanya highlightkan bab ni..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
PerKasa replied at 7-7-2020 02:39 PM
sebab Ustad tu jantan

Pastilah bagi ceramah yg bawah untung ke jantans, tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
fealefea replied at 7-7-2020 01:20 PM
kenapa ustaz2 X highlight lelaki2 yang tidak menunaikan tanggungjawabnya di dunia ini tidak mencium  ...

Kan
Or suami yang tinggalkan or cerai time mengandung kawin org lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
PerKasa replied at 7-7-2020 02:39 PM
sebab Ustad tu jantan

Hahahahaha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list