CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2855|Reply: 28

[Tempatan] Lima gerai haram warga Myanmar disita

[Copy link]
Post time 7-7-2020 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Lima gerai haram warga Myanmar disita
NUR FARHANA ABDUL MANAN | | 7 Julai 2020


Antara barangan yang dirampas DBKL dalam tindakan penguatkuasaan dilaksanakan hari ini.

KUALA LUMPUR - Walaupun tindakan penguatkuasaan sudah dilaksanakan di banyak lokasi malah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga beberapa kali mengeluarkan amaran namun peniaga warga asing masih berdegil dengan menjalankan perniagaan secara haram.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan hasil tindakan penguatkuasaan berterusan dijalankan, pihaknya menyita lima gerai dikendalikan warga Myanmar di sekitar Wangsa Maju hari ini.

Menurut kenyataan itu, kesemua pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu didapati melakukan kesalahan di Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016.


Pemegang kad UNHCR yang didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen di sekitar Wangsa Maju.

"Seramai 11 anggota penguat kuasa terlibat dalam operasi menyita lima gerai yang dikendalikan oleh peniaga warga asing (Mynmar-pemegang kad UNHCR).

“Tindakan diambil kerana kesemua mereka berniaga tanpa lesen. Peralatan dan barangan perniagaan yang dirampas dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, DBKL memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perniagaan tanpa kebenaran dijalankan warga asing supaya menghubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1800883255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL yang berhampiran.


Antara barangan yang dirampas DBKL dalam tindakan penguatkuasaan terhadap gerai dikendalikan warga asing di Wangsa Maju, hari ini.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... p;utm_campaign=Lima gerai haram warga Myanmar disita&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini kat LRT Putra Wangsa Maju..
Bagus DBKL...kalau bole dengan org2 sekali angkut
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 04:20 PM | Show all posts
bagus.. bagus...  
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan. Boleh pun kalau nak bertegas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang depa jual tu.
Lama nya x singgah lrt wamgsa maju tu..
Mau 10 tahun dah kot..
Dolu slalu beli murtabak kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 04:34 PM | Show all posts
Molek la nih.. Hantar pulang sekali PATI lagi molek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kang beramai ramai pulak pindah Selangor...ni pon dh ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes...... jangan bagi can. Aku dah meluat dengan kaum lahanat ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 04:50 PM | Show all posts
Dh brape lama agaknya diorang kt situ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus sita..biar abis modal..kalau tak pacak tempat lain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 05:38 PM | Show all posts
Mendapat sudah ada kad UNHCR tak boleh jadikan lesen kebal buat mereka
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 05:48 PM | Show all posts
Memang patut pun. Dibiarkan akan merecup mcm cendawan di sana-sini.  Kat selangor ni pun dn mula buka gerai2 tepi jalan oleh warga Indon.  PBT S'gor tengok aje ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2020 05:49 PM | Show all posts
Kenapa wartawan sebut warga Myanmar? Bila masa dorang ni warga Myanmar, bila masa warga Rohingya

ka ini lain...

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 06:00 PM | Show all posts

selalunya ptg sita =malam ok balik
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 7-7-2020 05:49 PM
Kenapa wartawan sebut warga Myanmar? Bila masa dorang ni warga Myanmar, bila masa warga Rohingya

...

bila masa mintak simpati, minta bantuan dikatakan ditindas, maka tulislah Rohinya.
kalau yg melibatkan kes2 haram dan polis maka tulislah warga myanmar. dasar reporter hauk.
jaga sesama isele konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 7-7-2020 09:48 AM
Memang patut pun. Dibiarkan akan merecup mcm cendawan di sana-sini.  Kat selangor ni pun dn mula buk ...

Dalam group taman bising dok sindir PBT, dalam tu ada ahli majlis. Takdanya nak ambik tindakan. Ada yg siap jadi informer lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi borak dgn pekerja kedai tomyam, dia bgtahu malam ni kawan2 dia dari Thai sana gerak masuk Malaysia. Aku pelik sbb border tak buka lagi. Bangga inform ada orang tengah yg bawak, lalu jalan tikus, sorang bayar tak kurang RM 500. Masuk pulak tanpa permit.

Geramnya aku tadi
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 7-7-2020 06:43 PM
Tadi borak dgn pekerja kedai tomyam, dia bgtahu malam ni kawan2 dia dari Thai sana gerak masuk Malay ...

Apa lagi.. pi la report .
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
lemak_masin replied at 7-7-2020 10:45 AM
Apa lagi.. pi la report .

Report mana? Imi ke? Dia masuk jalan mana pun tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Gerai warga asing cina....indon..pakistan pun sama. China lg senang sbb muka sama dgn warga mesia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.391706 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list