CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1863|Reply: 17

[Dunia] Hapuskan monopoli, negara sekecil Singapura ada 12 syarikat tawar bekalan elektr

[Copy link]
Post time 7-7-2020 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Hapus monopoli, 12 syarikat tawar bekalan elektrik di Singapura
Mohamad Athir Ismail

WALAUPUN hanya sebuah negara yang kecil dengan 1.4 juta isi rumah, Singapura mempunyai 12 syarikat penyedia kemudahan elektrik.

Kewujudan kesemua syarikat tersebut adalah impak daripada pelan peliberalisasian pasaran tenaga di negara itu yang bermula sejak April 2018.

Justeru, rakyat Singapura mempunyai pilihan dalam mendapatkan bekalan elektrik berdasarkan kepada pakej yang memenuhi permintaan mereka.

Pilihan dapat dilihat menerusi satu kajian yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA) negara itu terhadap sikap pengguna dalam memilih syarikat pembekal elektrik di kediaman mereka.

Berdasarkan kajian tersebut, lebih 90 peratus pengguna menggunakan peluang untuk membuat perbandingan tarif elektrik mengikut syarikat tertentu.

Justeru, melalui perbandingan tersebut, mereka berpeluang melihat syarikat yang menawarkan harga lebih murah.

Bagaimanapun, semua syarikat menawarkan tarif bil yang hampir sama namun beberapa faktor turut mempengaruhi pilihan bagi dilihat murah dan berbaloi.

Faktor selain harga yang dilihat menarik perhatian pelanggan adalah pakej ditawarkan berbeza bagi setiap syarikat.

Ia termasuklah tawaran kontrak sama ada ‘diikat’ atau berkeperluan untuk pembaharuan semua ataupun tidak.

Selain itu, antara pakej turut ditawarkan sekali adalah pelan jalur lebar yang akan disatukan dalam bil sama memudahkan pembayaran dibuat.

Malah terdapat juga syarikat yang menawarkan diskaun pada tempoh tertentu menjadikan pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih syarikat penyedia bekalan elektrik.

Kesemua kemudahan itu dapat dinikmati selepas kerajaan Singapura menghapuskan dasar monopoli dalam pasaran tenaga bagi mewujudkan persaingan sihat.

Oleh demikian, syarikat-syarikat terlibat akan bersaing sesama mereka untuk menawarkan pakej bekalan elektrik yang terbaik kepada pengguna.

Selain itu, tawaran bekalan elektrik juga dapat dibuat pada tarif yang bergantung kepada harga minyak dunia.

Justeru, melalu dasar negara itu, tarif elektrik akan disemak semula dalam suku atau tiga bulan sekali setiap tahun.

Hal ini diharap dapat dilihat dalam Malaysia agar kerajaan mewujudkan pilihan yang lebih kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Ini secara tidak langsung membantu meningkatkan kualiti kemudahan dalam menghapuskan monopoli bekalan tenaga.

Seperti di Singapura, syariat SP Group kekal pembekal tunggal namun hanya membekalkan kepada 12 syarikat dan pengguna yang memilih untuk kekal bersamanya.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh melakukan perkara yang sama dan keadilan serta ketelusan pasaran tenaga ini boleh dipantau oleh Suruhanjaya Tenaga. – SM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 07:44 PM | Show all posts
ala nanti jd cm telco umobile, maxis, celcom.digi.. backboned still telekom

masa peak hour speed internet cm siput sedut. nanti peak hour lampu toilet pun kejap hidup kejap mati orang tengah melabur boleh hilang mood
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-7-2020 07:44 PM
ala nanti jd cm telco umobile, maxis, celcom.digi.. backboned still telekom

masa peak hour speed  ...

btul.. sapa nak melabur infra billion2 tuh
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:04 AM | Show all posts
jangan nak memperbodoh-bodohkan org...semua org tau...semua keluarga PM LKY punya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:10 AM | Show all posts
Perlu ke buat macam tu? Nampak berserabut. Dan kos infra bukannya rendah. Kalau setakat nak menumpang infra TNB, baik tak payah buat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah tukar.  Menang lebih murah bila tukar.Ni bulan 10, kontrak dah nk abis. Nk cari company wif better benefits pulak. Kalau under SP group, tariff makin naik. Pakai contract gini, at least untk 2 tahun dpt maintain tariff.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2020 09:06 AM | Show all posts
Setuju...
Memanglah ada problemnya tetapi ada bagusnya bagi peluang sejauh mana pesaing boleh bagi service yg lebih baik. Skrang ni tempat aku masih ada banyak tempat tak ada elektrik. Tu belum kira kekerapan black out. Ini tandanya setakat ini monopoli elektrik ni tak mampu pun untuk provide dengan kualiti yg baik dan untuk semua tempat. Dah berpuluh tahun pla tu. Biar pengguna ada pilihan.. kerana monopoli pun tetap ada masalah.
Satu lagi, dahlah  monopoli ini wujud dengan fikiran 'semua aku punya, orang lain tak boleh kacau... kah kah kah (angkuh pula tu)'  yang boleh bersambung pula dengan 'aku punya semua, aku urus, suka hati akulah nak kira macam mana nak charge ' yang boleh bersambung pula jadi 'boleh tak korang jangan kacau, aku bos'.   ..ada kecenderungan untuk abuse keperluan rakyat. ...  tu belum masuk sisi kegelapan yang mungkin akan wujud.

Tak setuju..
Bila ada krisis, biasanya bisnes juga akan turun naik yang akan menyebabkan charge pun turun naik. Jadi pula macam masks hari tu, sebelum covid harga mask cuma rm5 - rm7, bila krisis harga jadi rm80 keatas.. gilaaa ... syarikat buat mask pun, sangup tak mau buat mask bila kerajaan tetapkan harga mask, tak mau untung hilang, mcm tulah susahnya syarikat provider yang berasaskan bisness semata-mata. Tu belum masuk yang lingkup.. yang jadi mangsa rakyat.. kalau tempat kecik mcm singapor mungkin keadaan lebih bbaik

separa setuju..
Wujudkan dua syarikat monopoli besar. Mungkin dengan pecahkan syarikat monopoli sekarang kepada dua, kalau yg satu ada problem kita masih ada satu lagi dan kalau dua2 problem kita mungkin boleh tambah satu lagi.....  satu-satu kawasan boleh pilih nak yang mana satu, ada pilihan tukar, kalau syarikat tak berapa bagus, penduduk bebas untuk tukar...






Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by apam at 8-7-2020 09:28 AM

Tnb ialah LLN aset negara. Tnn ada tanggungjawab sosial. Dengan tnb rakyat boleh dapat sabsidi. Kalau tukar jadi syarikat-syarikat private kapitalis rakyat lah yg rugi. Satu sen pun syarikat takkan bagi free kepada rakyat. Dan dorang meniaga atas infra tnb aset rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala2 mcm broadband ke ape ni backbone tm unifi tukar router yg ade cop maxis terus jd maxis broadband. Cable luar rosak kalu, ujung2 kene tgu org TM yg dtg repair. Mcm bodoh. Lain la kalo masing2 company buat infra sendiri br la bole bersaing. Tp cable kat tiang byk2 berselirat pulak pandangan mcm kt thailand tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 04:24 PM | Show all posts
mula2 je la masing2 bg tarif rendah..
pastu lama2 sama2 naikkan harga konon2 harga siling..
ada satu ni pun tak mampu nak kawal, kalau byk, lg senang nak kena tindas..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kwsp ada saham dlm TNB kan? Jadi TNB sudah.. Meroyan mahai kerajaan bagi diskaun.. Yg penting rakyat kena bersatu padu meroyan kat tnb
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
eleh.... landline kat malaysia ni konon2 ada competitor.. tapi yg paling lama tu perasan dia paling bagus padehal servis hampeh low class. bila ckp kat staff dia tak ngaku dia ... dah la aset dia unlimited , sbb asal nya gomen punya harktuihhh

kalau utilities lain buat competitor mmg sama nasib jugak ler kita. servis makin hampeh, rega makin yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo pakai backbone TNB pastu di sub kn ke 3rd party, mmg la rakyat byk pilihan..konon2 boleh pilih pakej yg sesuai yg jimat bagai..

tapi kene ingat..cost utk yg belakang2 tu meningkat...

kalo 3rd party beli murah dari TNB..Pastu konon2 3rd party boleh bagi bil yg lagi murah...3rd Party pon nak untung jugakkkk...lama2 yg kena balik pengguna..

Macamtu, baik mintak je TNB turunkan tariff elektrik siap2...tak perlu nk 3rd Party corporation ni utk supply elektrik..tak perlu nk alibabakan perkhidmatan elektrik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap perkhidmatan monopoli / terbuka ada kelebihan dan kekurangan masing2...

Melainkan kalo 3rd Party boleh setup segala infra sendiri pastu baru jual ke pengguna..takpa...

Tapi kalo harapkan pada backbone je..Powerplant TNB..Hydroplan TNB....Grid TNB...Distribution Region pon TNB...Baik TNB aje laaaaaa teruss..

Kalo 3rd party boleh offer tariff yg rendah walaupun dibekalkan tenaga dari TNB...Apa kata ramai2 mintak TNB turunkan tariff..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:01 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-7-2020 07:44 PM
ala nanti jd cm telco umobile, maxis, celcom.digi.. backboned still telekom

masa peak hour speed  ...

diaorang ada package harga sama je ikut contract yg kita ikat..
kalau kita pakai banyak atau sikit harga tetap ikut package yg kita sign.

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ira_229 replied at 8-7-2020 06:01 PM
diaorang ada package harga sama je ikut contract yg kita ikat..
kalau kita pakai banyak atau siki ...

Kalau maxis contract 2 tahun dpt iphone. Kalau tnb contract dua tahun harap2 dapatlah laptop atau tv 8k 81inch
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
hmm... spt yg dikatakan oleh kebanyakan forumers... kalo backbone tnb, baik tnb uruskan semua...

just for sharing, kos2 utk khidmat utility ni bukan takat juta2 ringgek... kos maintainence bulanan pun  dlm lingkungan ratus2 juta ringgek... especially kos bahan api... ada ka sykt lain yg mampu nak kuarkan modal bilion2 ringek utk set up semua tu... start dr nak dpt kan kelulusan tanah utk bina transmission tower... jgn ingat bole pacak tiang sesuka hati yer...

tu satu... blm lagi kos kajian kesesuaian ... kang jd cam kos kajian terowong ajaib penang tu... dh beratus juta...

tu blm msk bab nak bina/maintain hydro lg....

cakap mmg semudah ABC tapi...

jgn nanti sykt2 electric ni minta duit dr gomen lak sbb tak mampu nak maintain..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:07 PM | Show all posts
TNB merupakan milik semua rakyat Malaysia samaada melalui Khazanah, EPF, ASB, Tabung Haji atau KWAP.
Jika TNB untung kita sama2 akan untung melalui dividen EPF, ASB, Tabung Haji atau wang pencen.

TNB sebenarnya bukanlah syarikat monopoli kerana separuh daripada penjanaan dikuasai oleh IPP. Dengan adanya IPP adakah kadar elektrik turun??

Adakah kita hendak syarikat TNB milik kita semua hanya menjadi balaci kepada towkey2 besar yang hanya menumpang infra sama seperti yang terjadi kepada syarikat TM?

Fikir-fikirkanlah.

https://www.tnb.com.my/suppliers-investors-media-relations/financial-info

1
Khazanah Nasional Berhad
1,550,432,404
27.26
2
Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd - Employees Provident Fund Board
811,521,982
14.27
3
AmanahRaya Trustees Berhad -  Amanah Saham Bumiputera
517,606,500
9.10
4
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
306,824,166
5.40
5
Permodalan Nasional Berhad
149,264,800
2.62
6
AmanahRaya Trustees Berhad - Amanah Saham Malaysia 2 - Wawasan
97,714,800
1.72
7
Amanah Raya Trustees Berhad - Amanah Saham Malaysia
79,861,600
1.40
8
Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (PAR 1)
70,284,625
1.24
9
Cartaban Nominees (Asing ) Sdn Bhd - Exempt An For State Street Bank & Trust Company (West CLT OD67)
66,111,862
1.16
10
HSBC Nominees (Asing) Sdn Bhd JPMCB NA For Vanguard Total International Stock Index Fund
65,339,529
1.15
11
Cartaban Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - PAMB For Prulink Equity Fund
58,954,950
1.04
12
HSBC Nominees (Asing) Sdn Bhd - JPMCB NA For Vanguard Emerging Markets Stock Index Fund
57,862,911
1.02
13
Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Exempt An For American International Assurance (AIA) Berhad
49,649,725
0.87
14
Maybank Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Maybank Trustees Berhad For Public Ittikal Fund (N14011970240)
43,000,000
0.76
15
AmanahRaya Trustees Berhad - Amanah Saham Bumiputera 2
41,895,700
0.74
16
Lembaga Tabung Haji
38,396,400
0.68
17
AmanahRaya Trustees Berhad - Amanah Saham Malaysia 3
37,234,300
0.65
18
Amanah Raya Trustees Berhad - Amanah Saham Bumiputera 3 Didik
34,362,992
0.60
19
Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd - Employees Provident Fund Board (Nomura)
34,229,600
0.60
20
AmanahRaya Trustees Berhad - Public Islamic Dividend Fund
29,842,975
0.52
21
Cartaban Nominees (Asing) Sdn Bhd GIC Private Limited for Government of Singapore (C)
26,254,950
0.46
22
Citigroup Nominees (Tempatan) Sendirian Berhad - Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd (Par 3)
25,640,050
0.45
23
AmanahRaya Trustees Berhad - Public Ittikal Sequel Fund
21,373,900
0.38
24
DB (Malaysia) Nominee (Asing) Sdn Bhd - BNYM SA/NV for People’s Bank of China (SICL ASIA EM)
20,564,800
0.36
25
HSBC Nominees (Asing) Sdn Bhd - JPMBL SA Nordea 1, SICAV
19,215,660
0.34
26
Maybank Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - MTrustee Berhad for CIMB Islamic Dali Equity Growth Fund
19,007,000
0.33
27
Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Employees Provident Fund Board (CIMB Prin)
18,066,300
0.32
28
Amanah Raya Trustees Berhad - Public Islamic Equity Fund
17,931,237
0.32
29
Pertubuhan Keselamatan Sosial
17,493,920
0.31
30
HSBC Nominees (Asing) Sdn Bhd JPMCB NA for Blackrock Instituitional Trust Company
16,043,225
0.28

4,341,982,863
76.35

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.505913 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list