CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8029|Reply: 86

[Tempatan] Pensyarah muda tidak mengaku salah buat tuntutan palsu RM175 ribu [baru ada gamb

  [Copy link]
Post time 7-7-2020 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nahnukutu at 8-7-2020 10:35 AM

Pensyarah tidak mengaku salah buat tuntutan palsu
NOR FARHANA YAACOB | | 7 Julai 2020


Mohd Shafie (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan keperluan aktiviti pelajar berjumlah RM175,000.

MELAKA TENGAH - Seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan keperluan aktiviti pelajar berjumlah RM175,000 dalam tempoh enam tahun.

Tertuduh yang juga pensyarah kejuruteraan mekanikal, Mohd Shafie Osman, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas 10 pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Mohd Shafie didakwa memalsukan beberapa dokumen tuntutan yang tidak wujud butir pembekalan berkenaan bermula November 2014 hingga September 2018 dan kesemua kesalahan itu dilakukan di Politeknik Merlimau Melaka, KB1032 Pejabat Pos Merlimau Melaka.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai ejen kepada kerajaan Malaysia didakwa telah menggunakan beberapa dokumen yang mana butir pembekalan tersebut tidak wujud bernilai RM175,268.14.

Antara tuntutan yang dilakukan termasuk membekal keperluan latihan dan persiapan kejohanan ragbi, mencetak keperluan aktiviti pelajar dan pembekalan program majlis penutup bulan kebangsaan peringkat politeknik Malaysia 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut ditawarkan 10 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya atas kesalahan sama kerana menggunakan dokumen sebut harga palsu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Francine Cherly yang mencadangkan mahkamah menetapkan jaminan RM30,000 memandangkan ia membabitkan jumlah besar.

Tertuduh yang diwakili peguam Rosli Kamaruddin memohon jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya masih merupakan penjawat awam dan perlu menyara tiga anak masih bersekolah serta ibu berusia 73 tahun yang uzur.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Ogos depan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... buat-tuntutan-palsu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 06:54 PM | Show all posts
Percayelah cakap aku.
Ramai sgt buat claim palsu ni.
And satu lg, byk beli barang harga murah, tp kawtim dgn supplier letak harga dalam LO tinggi.
Pastu pocket the cash.
Mmg jahat
Pastu bile tanya duit pcg sentiasa abis
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Best ke mkn duit haram nim??x rase mcm sekejapan je dah habis duit tu??
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 7-7-2020 06:54 PM
Percayelah cakap aku.
Ramai sgt buat claim palsu ni.
And satu lg, byk beli barang harga murah, tp  ...

Academician byk misused geran jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tgk fb dia...."sihat" juga ye mkn duit haram....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti ada org report .mungkin kes iri hati atau tak puas hati

Pengalaman aku berkerja dalam bidang  yang byk berinteraksi dengan penjawat awam dan juga swasta..semua tektik dalam poket aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2020 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Da dpt keje kerajaan pun masih nk mkn rasuah lg.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 7-7-2020 06:54 PM
Percayelah cakap aku.
Ramai sgt buat claim palsu ni.
And satu lg, byk beli barang harga murah, tp  ...

Money laundering pun ada... Siap dpt pegi travel overseas every year, beli rumah fully furnished. Tapi tak tertangkap sebab licik sgt. Dah beberapa kali report SPRM. This time kes lain pulak, SPRM tgh siasat. Tapi org tu lansung takde rasa malu atau bersalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 7-7-2020 06:54 PM
Percayelah cakap aku.
Ramai sgt buat claim palsu ni.
And satu lg, byk beli barang harga murah, tp  ...

Indeed..markup hrga gila2..xyah g jauh ler..tgk perangai manusia time pkp haritu laa..tanpa segan silu naikkan harga mask n sanitizer n brg keperluan lain berkali ganda..sbb nk untung sndiri..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 7-7-2020 11:13 AM
Ni mesti ada org report .mungkin kes iri hati atau tak puas hati

Pengalaman aku berkerja dalam b ...

Pakcik aku sampai kena ugut bunuh & dipindahkan atas faktor keselamatan sbb report masalah tingkah laku lecturer bawah dia.. Yg tak tahan org tu elok je dok situ tak kena apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama buat tu ke,jumpa nie je yg boleh sangkut untuk didakwa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 7-7-2020 07:33 PM
Pakcik aku sampai kena ugut bunuh & dipindahkan atas faktor keselamatan sbb report masalah tingkah ...

Biasa laa tu. Ada org payung. Semua nak jaga line. Ada satu univ .ada org report kat sprm..last2 kes tutup sebb takda bukti sedangkan menda tu open secret dari pegawai bawah ke boss besar
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:51 PM | Show all posts
slyfynx replied at 7-7-2020 06:54 PM
Percayelah cakap aku.
Ramai sgt buat claim palsu ni.
And satu lg, byk beli barang harga murah, tp  ...

iols selaku pekerja di bidang perhotelan mengakui kebenarannya yach. Staf2 gomen memang SANGAT SUKA mintak letak harga tipu kat resit. Contoh dia bayar RM100, tapi suruh kita letak RM150. Dia kata nak cari makan. Meols bagi tazkirah free jah...memang tak suka bila staf gomen nak buat reservation.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas nak kata apa
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu semua Melayu2 penyokong parti keramat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 7-7-2020 11:46 AM
Biasa laa tu. Ada org payung. Semua nak jaga line. Ada satu univ .ada org report kat sprm..last2 k ...

Ya, malas nak bising katanya just because pengarah tu dah nak bersara..
Staff kerajaan, what to expect? Bermasalah mcm mana pun tak buang kerja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 7-7-2020 07:33 PM
Pakcik aku sampai kena ugut bunuh & dipindahkan atas faktor keselamatan sbb report masalah tingkah ...

Sebab tu sis, orang jujur dalam mana2 agensi takkan mampu hidup kaya raya berharta if takda lansung side income selain keja hakiki tu.

Dan jangan harap nak naik atas jika tak reti 'menjilat' dan yes boss yess boss takda bangkang lansung keputusan boss.

Orang yang suka bersuara kritik kepincangan ini seringkali dianggap problematic dan susah nak urus.

Sebab tu, pakcik chuol yang ditendang kuar, bukannya anak haram yang buat jahat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow...pandai serba serbi
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-7-2020 12:40 PM
Sebab tu sis, orang jujur dalam mana2 agensi takkan mampu hidup kaya raya berharta if takda lansun ...

Betul. Utk keselamatan, sampai ke Kuching pakcik iols kena pindah. Nasib baik HQ pun maklum pasal ni.
Now pakcik I dah kembali sbg ketua, terus heols hantar surat letak jawatan sukarela..

Hambi...karma is done
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2020 09:02 PM | Show all posts
Xim replied at 7-7-2020 07:08 PM
Dah tgk fb dia...."sihat" juga ye mkn duit haram....

dalam news asal pun ada gambar

i tak boleh tepek sebab dah abis quota for today

orang pangkat tinggi boleh lah tolong kot.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.089128 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list