Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
746
View
9
Reply

[Tempatan] Transformasi bapa RM10,000

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-7-2020 05:37 AM | Show all posts |Read mode
Transformasi bapa RM10,000


MUHAMMAD Ashraf membelanjakan RM10,000 untuk mentransformasikan imej Khairul Anuar sebagai model dalam pembikinan video YouTube.










Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my



DEMI menjayakan projek video pemasaran perniagaan di YouTube, Muhammad Ashraf Khairul Anuar sanggup membelanjakan RM10,000 untuk membeli tiga set persalinan di kedai pakaian dan aksesori terpakai bagi melakukan transformasi imej bapanya.
Menerusi projek itu, Muhammad Ashraf memilih bapanya, Khairul Anuar Anas, 52, sebagai model bagi menggayakan persalinan pakaian dan seluar berjenama terpakai dengan gaya 'hype'.
Penggambaran video itu dijalankan pada 22 Jun lalu sebelum dimuat naik di YouTube, Ashraffanuar TV, kelmarin.
Muhammad Ashraf, 20, berkata, dia sudah lama merancang untuk bekerjasama dengan bapanya bagi menjayakan projek berkenaan dan gembira apabila hasratnya itu tercapai.
Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, idea untuk menampilkan bapanya sebagai model tercetus selepas melihat video dihasilkan YouTuber dari luar negara.
"Saya kerap melihat video dihasilkan YouTuber luar negara dan antara yang menarik perhatian adalah apabila ada dalam kalangan mereka mengajak bapa mereka menjayakannya.
"Saya lihat, tiada lagi konsep sebegitu di negara ini atau belum diketengahkan, jadi saya rasa tidak salah untuk mencuba.
"Lagipun, saya belum pernah melihat ayah berpenampilan sebegitu kerana selama ini, dia cenderung memakai pakaian kasual," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Muhammad Ashraf berkata, penggambaran video itu diadakan di pekarangan Stadium Shah Alam, Selangor.
Katanya, sebelum memulakan penggambaran, dia pergi ke beberapa kedai terpakai bagi membeli persalinan sesuai buat bapanya.
"Bagi menyesuaikan dengan konsep video, saya pilih pakaian terpakai tetapi berjenama dan disebabkan itu, nilainya mencecah RM10,000.
"Mulanya, ayah nampak kekok juga untuk menggayakannya, tetapi sekejap saja. Sebagai anak, saya rasa bertuah kerana ayah 'sporting' sejak awal hingga akhir penggambaran diadakan," katanya yang juga usahawan pakaian terpakai dalam talian dan pembeli peribadi.
Sementara itu, Khairul Anuar berkata, dia sudi melakukan transformasi kerana mahu membantu anaknya menjayakan projek video dirancang.
Katanya, kebiasaannya dia hanya memakai kemeja dan seluar panjang saja, tetapi imejnya berubah 360 darjah pada hari berkenaan.
"Seumur hidup, itu kali pertama saya berpakaian sebegitu dan melakukannya untuk Ashraf," katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 9:00 PM






Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 8-7-2020 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
10k? Tetaplah hauk jugak kalau betul 10k.. bbnu suka up diri sendiri. Iols cuma perlukan 2-3 ratus je dik kalau iols jahit baju & seluar tu sebab nak beli kain & benang. Kau beli bundle dah tentu tak sampai seratus....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sukacactus at 8-7-2020 06:34 AM

Checkered suit tu burberry kot, sandal tu xnpk brand apa
Yg lg 2 persalinan brand mana xtau
Kasut yg kiri tu nike air uptempo mau rm500++ kot
Maybe la sampai 10k
Slim je bapak dia, senang la cari pakaian
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
whoareyousss??? nak lawan elbirah ke nok transformasi bapak jadi boyish look gituh?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 8-7-2020 06:15 AM
10k? Tetaplah hauk jugak kalau betul 10k.. bbnu suka up diri sendiri. Iols cuma perlukan 2-3 ratus j ...

X sanggup aiols nk suarakan pndpt same mcm kurex...hahahaha....tp betul sgt tu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 11:50 AM | Show all posts
Kurex replied at 7-7-2020 10:15 PM
10k? Tetaplah hauk jugak kalau betul 10k.. bbnu suka up diri sendiri. Iols cuma perlukan 2-3 ratus j ...

tapi da memang meniaga bundle chuolls, tapi semua high end stuff import from japan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 02:12 PM | Show all posts
it's not the clothes, it is how u carry urself, bro
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam kena paksa at gunpoint dah orang tua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hauk je.. Adakah iols yang kero mata
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 02:26 PM | Show all posts
hauk.. bapanya mcm tak cukup zat... mcm kena paksa pun ya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list