Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1054
View
12
Reply

[Politik] Syed Saddiq tarik balik saman sivil

[Copy link]

Author: kp5x       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-7-2020 05:37 AM | Show all posts |Read mode
Syed Saddiq tarik balik saman sivil

Oleh Fahmy A Rosli

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menarik semula saman sivil berhubung kes pemecatan keahliannya dri parti itu.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook hari ini, beliau yang juga antara pengasas BERSATU reda dengan nasib yang menimpanya dalam parti itu.

"Kalau nak ambil parti, ambillah. Kalau nak buang nombor keahlian saya, buanglah. Saya tidak akan melengah-lengahkan usaha tuan-tuan sekalian.

"Saya akan sentiasa mencipta ruang untuk membina negara. Bagi saya, rakyat dan negara itu paling utama.

"Banyak juga pendapat dikongsi tentang langkah terbaik untuk masa depan negara. Walau apa pun, jika ia berpaksikan negara dan anak muda, saya tahu itulah langkah yang akan saya ambil dan pilih. What say you? (apa kata anda)," katanya.

Syed Saddiq antara lima bekas pimpinan BERSATU yang memfailkan tuntutan membatalkan pemecatannya oleh Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Empat yang lain ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Datuk Seri Muhkriz Mahathir; Maszlee Malik, Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Marzuki Yahya.

Selain menamakan Muhyiddin, mereka juga menamakan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Setiausaha Kerja BERSATU, Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan dalam tindakan sivil berkenaan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 8-7-2020 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
There's no case to begin with. Tak payah la nak berdrama bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:10 AM | Show all posts
tak pasti la orang Muar still nak kat kau lagi ke tak dekkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:16 AM | Show all posts
drama sgt sis ni

ke hulur ke hilir drama

gini ke menteri belia millenials & sokan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:17 AM | Show all posts
bila sesorang di nafikan zaman kegemilangan nya...
pedih nya di situ
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng2 dia yg dia bawa kerja kementerian belia sukan dulu still kerja situ or kena chow sekali dgn dia?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 05:40 PM | Show all posts
Edited by kmelankolia at 8-7-2020 05:41 PM

zmn popular dah berlalu & tak kan berulang lg, kini tinggal kenangan
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:49 PM | Show all posts
harap sadik xlupa shave bulu kitiak sekali
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kmelankolia replied at 8-7-2020 05:40 PM
zmn popular dah berlalu & tak kan berulang lg, kini tinggal kenangan

Blh ke dia terima kenyataan?.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:53 PM | Show all posts
Edited by nolya at 8-7-2020 06:55 PM

Sbg anak muda yg baru berjinak2 dn aktif  dlm  dunia politik,  cabaran memanglah cukup hebat untuk dihadapi oleh  SSadik..... tak calang2 panas,  perit dn sakit  merasakannya.   Tak mudah sebenarnya untuk  memikul tanggungjawab sbg pemimpin untuk  mengetuai satu kementerian tanpa mengenali sepak terjang  permainan politik  yg ada di sebaliknya.  Apa lagi dlm usia muda, yg tua yg berpengalaman pun, banyak cabaran,  banyak helah, banyak silat pencaknya yg harus  diteliti sebelum melangkah.  Satu langkah terkucil,  'musuh2' yg ada lebih suka  melihat  pemimpin yg tak disukai  terus terkehel, dihenyak  habis2an dn kalau boleh biar  terus tersembam ke bumi.  Tohmahan, caci-maki, fitnah pesona  adalah pemainan yg penuh seni dlm dunia politik M'sia ini. Itulah harganya yg harus dibayar bagi seseorang yg mau menjadi pemimpin,  hati harus cekal dn perasaan mesti waja,  tak boleh cengeng.  Bukan lagi ombak yg akan menerpa bahkan tsunami sengaja dicipta.  Berdepan,  manis bibir senyum terukir tapi  di belakang tabir,  sial-celaka-lahanat menjadi zikir.

Begitulah, begitulah terjahan mala petaka yg sedia ada.  Bersedialah untuk diterpa fitnah pesona, cite yg tak ade akan direka2.  Melangkah kanan ramai tak  berkenan,  langkah kiri,  tak saje kutukan malah  SPRM siap-sedia menanti.  

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:54 PM | Show all posts
salamon replied at 8-7-2020 06:49 PM
harap sadik xlupa shave bulu kitiak sekali

i hate my mind
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kmelankolia replied at 8-7-2020 05:40 PM
zmn popular dah berlalu & tak kan berulang lg, kini tinggal kenangan

Kini hanyalah tinggal kenangan
Tiada ku rasa dalam genggaman
Hanya terdaya mengimbas
Semua kenangan yang lalu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:30 PM | Show all posts
pengkhianat pon takde masa depan dlm gabungan tak berdaptar tu.
bakal berkubur lepas pru15 hujung taon nih.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list