View: 1771|Reply: 12
|
[Politik]
Syed Saddiq tarik balik saman sivil
[Copy link]
|
|
Syed Saddiq tarik balik saman sivil
Oleh Fahmy A Rosli
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menarik semula saman sivil berhubung kes pemecatan keahliannya dri parti itu.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook hari ini, beliau yang juga antara pengasas BERSATU reda dengan nasib yang menimpanya dalam parti itu.
"Kalau nak ambil parti, ambillah. Kalau nak buang nombor keahlian saya, buanglah. Saya tidak akan melengah-lengahkan usaha tuan-tuan sekalian.
"Saya akan sentiasa mencipta ruang untuk membina negara. Bagi saya, rakyat dan negara itu paling utama.
"Banyak juga pendapat dikongsi tentang langkah terbaik untuk masa depan negara. Walau apa pun, jika ia berpaksikan negara dan anak muda, saya tahu itulah langkah yang akan saya ambil dan pilih. What say you? (apa kata anda)," katanya.
Syed Saddiq antara lima bekas pimpinan BERSATU yang memfailkan tuntutan membatalkan pemecatannya oleh Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Empat yang lain ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Datuk Seri Muhkriz Mahathir; Maszlee Malik, Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Marzuki Yahya.
Selain menamakan Muhyiddin, mereka juga menamakan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Setiausaha Kerja BERSATU, Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan dalam tindakan sivil berkenaan.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
There's no case to begin with. Tak payah la nak berdrama bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pasti la orang Muar still nak kat kau lagi ke tak dekkkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
drama sgt sis ni
ke hulur ke hilir drama
gini ke menteri belia millenials & sokan? |
|
|
|
|
|
|
|
bila sesorang di nafikan zaman kegemilangan nya...
pedih nya di situ
|
|
|
|
|
|
|
|
Geng2 dia yg dia bawa kerja kementerian belia sukan dulu still kerja situ or kena chow sekali dgn dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kmelankolia at 8-7-2020 05:41 PM
zmn popular dah berlalu & tak kan berulang lg, kini tinggal kenangan |
|
|
|
|
|
|
|
harap sadik xlupa shave bulu kitiak sekali |
|
|
|
|
|
|
|
kmelankolia replied at 8-7-2020 05:40 PM
zmn popular dah berlalu & tak kan berulang lg, kini tinggal kenangan
Blh ke dia terima kenyataan?..... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 8-7-2020 06:55 PM
Sbg anak muda yg baru berjinak2 dn aktif dlm dunia politik, cabaran memanglah cukup hebat untuk dihadapi oleh SSadik..... tak calang2 panas, perit dn sakit merasakannya. Tak mudah sebenarnya untuk memikul tanggungjawab sbg pemimpin untuk mengetuai satu kementerian tanpa mengenali sepak terjang permainan politik yg ada di sebaliknya. Apa lagi dlm usia muda, yg tua yg berpengalaman pun, banyak cabaran, banyak helah, banyak silat pencaknya yg harus diteliti sebelum melangkah. Satu langkah terkucil, 'musuh2' yg ada lebih suka melihat pemimpin yg tak disukai terus terkehel, dihenyak habis2an dn kalau boleh biar terus tersembam ke bumi. Tohmahan, caci-maki, fitnah pesona adalah pemainan yg penuh seni dlm dunia politik M'sia ini. Itulah harganya yg harus dibayar bagi seseorang yg mau menjadi pemimpin, hati harus cekal dn perasaan mesti waja, tak boleh cengeng. Bukan lagi ombak yg akan menerpa bahkan tsunami sengaja dicipta. Berdepan, manis bibir senyum terukir tapi di belakang tabir, sial-celaka-lahanat menjadi zikir.
Begitulah, begitulah terjahan mala petaka yg sedia ada. Bersedialah untuk diterpa fitnah pesona, cite yg tak ade akan direka2. Melangkah kanan ramai tak berkenan, langkah kiri, tak saje kutukan malah SPRM siap-sedia menanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
i hate my mind
|
|
|
|
|
|
|
|
kmelankolia replied at 8-7-2020 05:40 PM
zmn popular dah berlalu & tak kan berulang lg, kini tinggal kenangan
Kini hanyalah tinggal kenangan
Tiada ku rasa dalam genggaman
Hanya terdaya mengimbas
Semua kenangan yang lalu
|
|
|
|
|
|
|
|
pengkhianat pon takde masa depan dlm gabungan tak berdaptar tu.
bakal berkubur lepas pru15 hujung taon nih.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|