CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 535|Reply: 0

[Tempatan] Promosi maya universiti Malaysia di China

[Copy link]
Post time 8-7-2020 05:40 AM | Show all posts |Read mode
Promosi maya universiti Malaysia di China

Oleh Ahmad Suhael Adnan

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Beijing (Pendidikan Malaysia Beijing) hari ini mengadakan promosi secara maya Pendidikan Tinggi Malaysia-China yang pertama dan terbesar.

Dalam satu kenyataan, Pendidikan Malaysia Beijing memaklumkan, promosi maya itu diadakan dengan kerjasama Persatuan Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara Beijing (BOSSA), membabitkan 17 institusi pengajian tinggi awam dan swasta Malaysia.

Program itu himpunan maya pertama dan terbesar yang pernah diadakan membabitkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta Malaysia.

Jelas kenyataan itu, program bermula 6 hingga 8 Julai itu diadakan secara maya selepas mengambil kira faktor penularan COVID-19, sekali gus melihat keperluan penyesuaian dilaksanakan bagi terus mempromosikan pendidikan tinggi di Malaysia.

Antara institusi pengajian yang mengambil bahagian ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Selain itu, Multimedia University (MMU), Sunway University, Cyberjaya University College of Medical Science, Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), Tunku Abdul Rahman University College (TARUC), Raffles University Iskandar, Swinburne University of Technology Sarawak Campus, University College of Yayasan Pahang (UCYP) and UOW Malaysia KDU.

"Setiap universiti mempersembah latar belakang institusi, kualiti dan proses permohonan. Diharapkan institusi pengajian tinggi Malaysia dapat meningkatkan profil masing-masing dalam pasaran pelajar antarabangsa di China yang sangat kompetitif," jelas kenyataan itu, hari ini.

Menerusi kenyataan sama, Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, berkata Malaysia mengalu-alukan lebih banyak pelajar China memilih negara ini sebagai destinasi mereka menyambung pengajian dengan kos yang berpatutan.

"Saya yakin pengalaman menyambung pengajian di Malaysia akan menyumbang pada peningkatan persefahaman dan penghargaan dalam hubungan dua hala Malaysia dan China serta hubungan antara rakyat kedua-dua negara," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.160249 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list