"Saya bangga dengan belia seperti awak"
Ini reaksi seorang pelanggan syarikat kurier J&T apabila melihat seorang gadis yang merupakan staf syarikat berkenaan sedang bertugas seorang diri.
Ternyata, beliau berasa bangga dan kagum dengan kegigihan gadis muda berkenaan yang bertugas memandu lori dan menghantar barang kepada pelanggan.
Perkhidmatan sebegini lazimnya didominasi kaum Adam kerana skop kerja yang agak berat dan kasar; mengangkut kotak dan bungkusan pelanggan yang banyak dan mempunyai pelbagai berat.
Kegigihan gadis ini yang dilihat tidak memilih kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup mendapat pujian daripada segelintir pengguna Twitter serta diulangkicau 1,500 kali dan disukai lebih 2,000 kali.
Kredit Foto - Twitter Si Merah
Rezeki dan jalan hidup setiap insan adalah berlainan liku-likunya. Yang penting, kita tetap terus kuat untuk mengharunginya.
Steady dik. Ini semua pengalaman manis yang bakal diceritakan kepada anak cucu nanti. - CARI |