|
Gosip panas lagi! Katanya ada suami seorang artis ini galak bermain aplikasi Tinder.
Macam semua orang sedia maklum, biasanya yang terjebak dengan aplikasi ini mahu mencari jodoh atau kenalan untuk bermesraan.
Menurut Miss K dari Gempak, rakannya juga mendakwa bukan sahaja aplikasi Tinder, malah suami artis berkenaan ada juga aplikasi lain.
Rakan Miss K kata, "Masalahnya Miss K, aku pun ada aplikasi lain tau selain Tinder. Kat aplikasi lain tu, pusing punya pusing, wajah yang sama jugak muncul.
"Aku sendiri tak tahu sama ada orang menyamar pakai muka suami aktres tu ke, ape ke, tapi menerusi apa yang aku check, semua sama.
"Nama pun pakai nama sama, umur pun sama, gambar pun sama... At least kalau orang menyamar mesti pakai nama lain, ye tak?"
Foto: IG
Apa pun seperti dipetik dari Gempak, tidak pasti sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut.
Bila tengok rumahtangga artis tersebut macam okay je. Bahagia nampaknya dengan anakyang dikurniakan.
Mungkin ada orang yang menyamar agaknya, atau apa salahnya kalau sekadar nak tambah kawan. Tak begitu? -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|