CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1158|Reply: 10

[Tempatan] Tiada lagi istilah terkandas. MAS bagi diskaun 20 peratus kepada pelajar, guru d

[Copy link]
Post time 8-7-2020 02:23 PM | Show all posts |Read mode
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI
@MKNJPM

PKPP: Penerbangan Malaysia (MAS) setuju tawar diskaun 20 peratus kepada pelajar, guru dan pensyarah bagi penerbangan domestik - DS Ismail Sabri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ok la tu. dapat diskaun juga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 03:12 PM | Show all posts
mana cukup diskaun 20%.. bagi la free
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 03:49 PM | Show all posts
Semalam punya flight sahaja banyak gila yang cancelled, lebih-lebih lagi penerbangan daripada air asia, tension pula bila jadi macam ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2020 03:55 PM | Show all posts
Supersirap replied at 8-7-2020 03:49 PM
Semalam punya flight sahaja banyak gila yang cancelled, lebih-lebih lagi penerbangan daripada air as ...

kalau dah cancel kena apply credit refund kan?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2020 04:02 PM | Show all posts

MAB tawar diskaun 20 peratus tambang kepada guru, pensyarah, pelajar
Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani | Diterbitkan pada Julai 08, 2020 15:04 +08

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Berhad (MAB) bersetuju memberi diskaun 20 peratus tambang penerbangan domestik kepada guru, pensyarah dan pelajar.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia hasil perbincangan antara Kerajaan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan MAB.

"Diskaun sebanyak 20 peratus kepada guru peringkat persekolahan dan pensyarah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta bagi perjalanan domestik.

"Tarikh penempahan bermula dari 9 Julai sehingga 10 Ogos untuk tarikh perjalanan dari 10 Julai sehingga 30 November 2020.
"Diskaun boleh diperolehi melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

"Diskaun sebanyak 20 peratus kepada pelajar melalui program MH Explorer yang boleh diperolehi dengan menjadi ahli MH Explorer melalui sesawang rasmi Malaysia Airlines.
"Diskaun pelajar ini akan terus dinikmati sehingga 30 November 2020 atau tempoh keahlian tamat mengikut syarat keahlian MH Explorer," katanya pada sidang media hari ini.

Jelasnya, inisiatif itu dibuat dalam mengurangkan beban para guru, pensyarah dan pelajar yang perlu memulakan pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh terdekat.

Beliau pada masa sama turut berharap supaya syarikat-syarikat penerbangan lain untuk turut serta dalam usaha menurunkan harga tiket penerbangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2020 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 8-7-2020 04:10 PM
prettyuglybabe replied at 8-7-2020 03:12 PM
mana cukup diskaun 20%.. bagi la free


pinjam la bot rohingya tu....kihkihkih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 05:48 PM | Show all posts
R2D2 replied at 8-7-2020 07:55 AM
kalau dah cancel kena apply credit refund kan?

Ya benar tapi menyusahkan kita la, terpaksa cari flight lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 05:49 AM | Show all posts
flight mahal skrg kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 8-7-2020 03:49 PM
Semalam punya flight sahaja banyak gila yang cancelled, lebih-lebih lagi penerbangan daripada air as ...

aku ada baucer malindo, dgn mas
tapi aku cakap dgn isteri aku, rasa mcm nk balik masa tu baru beli tiket jer
trauma flight kne cancel nie
flight malindo ada cancel x? aku rasa nk bercuti bulan 8 nie
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
hari tu tengok tiket masa tu sehala jer rm400 diskaun 20%, kira harga tiket rm320 lah, tapi air asia baru rm200+, malindo rm300+, tapi jika xnk flight kne batal sanggup ambil mas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.069523 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list