CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9434|Reply: 26

[Politik] Ada yang ‘goyang’ dengan Melayu DAP? Anda bagaimana... goyang atau tidak?

[Copy link]
Post time 9-7-2020 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Ada yang ‘goyang’ dengan Melayu DAP
Pada 8 Julai 2020



Sejak kebelakangan ini cybertroopers dan mereka yang tidak suka DAP sering meninggalkan komen berbunyi, “DAP jual muka Melayu” atau “DAP guna Melayu”.

Dua jenis komen yang berbunyi iri kerana makin ramai wajah pimpinan Melayu dalam DAP. Barangkali bimbang kerana komen berbaur fitnah berbunyi “DAP anti-Melayu” atau “DAP rasis” tidak lagi relevan selepas ini.

Masakan tidak, semakin hari Melayu makin percaya dengan DAP apabila menyedari, naratif buruk dan memalitkan hal negatif padanya.

Sejak diawal penubuhannya pada 1966, DAP sememangnya mempunyai ahli berbilang bangsa, sama seperti Gerakan, PKR mahupun Warisan.

Mungkin tidak ramai yang tahu, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1969, DAP telah mengetangahkan 10 calon Melayu dan dua daripada mereka berjaya menjadi Adun.

Sedangkan UMNO, MIC dan MCA adalah tiga parti berasaskan kaum di negara ini. Tapi jarang kita dengar tiga parti ini dikatakan sebagai Parti Rasis, Parti Melayu, Parti Cina atau Parti India seperti mana DAP.

Naratif buruk dengan menggambarkan DAP sebagai parti rasis atau komunis adalah naratif lapuk Barisan Nasional (BN) khususnya untuk mengaburi mata rakyat akan kemajmukan DAP, sekaligus mengangkat semangat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa.

Tohmahan dan fitnah yang sengaja dibesar-besarkan membuatkan masyarakat Melayu kebanyakannya takut pada DAP. Ini hasil daripada serangan rejim UMNO-BN yang menanam racun pada pemikiran rakyat melalui pengawalan media massa.

Namun, sejak kebelakangan ini dapat dilihat, pemimpin Melayu dalam DAP semakin yakin dan berani ke hadapan, aktif mematahkan fitnah, cacian dan naratif negatif yang cuma ditempelkan pada DAP.

Antara mereka yang kini dilihat aktif di media massa dan media sosial dalam mematahkan naratif jahat tentang DAP adalah, Adun Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof; Adun Ketari, Young Syefura Othman; Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Adun Paloh; Sheikh Umar Baghrib Ali.

Malah, ahli Melayu DAP yang lain seperti Setiausaha Publisiti DAP Wanita Johor, Marina Ibrahim dan AJK DAPSY Damansara, Aliya Ashiqin dilihat giat mempromosikan DAP untuk semua masyarakat Malaysia tidak mengira kaum dan agama.

Ini menjadi petanda baik dalam politik di Malaysia. Namun, jelas perubahan positif ini tidak disenangi dan ada yang mengambil kesempatan dengan mengatakan bahawa “DAP guna Melayu”.

Susah hatikah UMNO-PAS jika DAP lebih majmuk daripada mereka? Panas sangatkah punggung mereka sampai tak sudah-sudah menabur fitnah, lalu lupa bahang neraka?

Orang kata benci biarlah berpada-pada. Kebencian UMNO-PAS pada DAP kadang-kadang tak boleh diterima logik akal. Contohnya, pelantikan Sheikh Umar sebagai ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mendapat tentangan hebat pada awal tahun 2019, hanya kerana beliau daripada parti DAP.

Mereka yang menentang seolah-olah tidak dapat berfikir bahawa agama dan parti politik adalah dua entiti berbeza. Beliau dilantik kerana merit, kelayakan dan pengalamannya. Malah, latar belakang agamanya juga sangat kukuh. Tapi, kerana benci dan iri terhadap Melayu dalam DAP, mereka jadi buta hati.

Tidak mustahil lima atau 10 tahun lagi, akan lebih ramai belia Melayu bakal turut bersama DAP dalam perjuangan ke arah Malaysia yang ebih baik dan bersatu-padu tanpa prejudis.

Boleh buat 2 (dua) pilihan sebelum submit...
Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 24 Users voted
3.57% (1)
67.86% (19)
7.14% (2)
21.43% (6)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2020 09:47 AM | Show all posts

Borak-borak: Perbezaan Agama

Menyatukan atau Memecahbelahkan?


[fbvlink]https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/2918688068257321[/fbvlink]

Semoga bermanafaat
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ayam lupa nak letak ayat pemenang bertuah akan dpt hadiah?
xnk ah aku vote poll busuk kau ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2020 09:53 AM | Show all posts
Tataplah wajah-wajah Melayu Islam dalam video di atas, tanya dengan jujur dalam diri saudara saudari.

Wajarkan kita menghina mereka dengan gelaran pengkhianat hanya kerana mempunyai pandangan politik dan idealisme berbeza?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2020 09:55 AM | Show all posts
salamon replied at 9-7-2020 01:52 AM
ayam lupa nak letak ayat pemenang bertuah akan dpt hadiah?
xnk ah aku vote poll busuk kau ni

Betul, dan maafkan saya kerana terlepas pandang.

Pengundi yang bertuah akan dihubungi untuk serahan hadiah misteri...

Terima kasih kerana mengingatkan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 9-7-2020 10:08 AM

Sanggup jadi barua , pengkhianat demi duit....ni kalau zaman jepun dah macam tali barut jepun,komunis

Woiii ayamm.... cukuplah 22 bulan melayu dah rasa apa dap buat.. x payah nak cakap fitnah bagai..choiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2020 10:06 AM | Show all posts
bukan goyang laaa...... tapi MENYAMPAH LAAAA

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 9-7-2020 09:55 AM
Betul, dan maafkan saya kerana terlepas pandang.

Pengundi yang bertuah akan dihubungi untuk ser ...

sama2...biasa lelaki je yg suka goyang2... telor ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 10:11 AM | Show all posts
sama mcm PAP,ada la melayu dua tiga ketul.....bolehla daripada tiada,buat geli2
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 10:12 AM | Show all posts
tak goyang pun.... daPIG je yg goyang atas bawah bila Melayu Mulia Syurga bersatu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2020 10:12 AM | Show all posts
salamon replied at 9-7-2020 02:09 AM
sama2...biasa lelaki je yg suka goyang2... telor ni

Euuww...

Kenapa dalam forum ini ramai yang berfikiran serong dan lucah?

Kadang-kadang hilang selera makan....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 10:20 AM | Show all posts
Waaaa, goyang nye saye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2020 10:26 AM | Show all posts

[youtube]3-PeW7bsNi8[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 10:50 AM | Show all posts
Tumpang bangga bila Melayu yang boleh berjaya dalam parti politik berbilang kaum...

Tak Melayu Hilang di Dunia...


Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni nak masak sambal telur goyang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2020 11:58 AM | Show all posts
Prominent Malay DAP leaders of past and present
9 July 2020



Since its inception in 1966, DAP have had within its ranks many leaders and electoral candidates from all of the races in Malaysia, including the Malays.

For example, during the 1969 Malaysian General Election – the first election entered by DAP – saw the party fielding 10 Malay candidates, 9 of which are for the State Legislative Assembly (DUN) and one for Parliamentary seat.

2 of the candidates won their seats in the State Legislative Assembly.

In the years afterwards, a sizeable number of Malay DAP candidates have won both DUN and Parliamentary seats including figures such as Ibrahim Singgeh and Ahmad Nor.

A former Union leader, Ahmad Nor became the first Malay Member of Parliament for DAP after winning the seat of Bayan Baru in 1990.


DAP veteran, Ahmad Nor

During GE13 in 2013, DAP fielded 4 Malay candidates in 3 Parliamentary seats and one DUN seat which are:

  • Zairil Khir Johari in Bukit Bendera
  • Ariff Sabri Abdul Aziz in Raub
  • Mahdzir Ibrahim in Tanjung Piai
  • Tengku Zulpuri Shah Raja Puji in Mentakab (DUN)

Subsequently, DAP fielded Dyana Sofya Mohd Daud in the Teluk Intan By-Election in 2014.


DAP veteran, Ahmad Ton

For GE14 in 2018, the Malay DAP electoral candidates for DUN increased to 9, which are:

  • Zairil Khir Johari (Tanjung Bungah).
  • Syerleena Abdul Rashid (Seri Delima).
  • Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi).
  • Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama).
  • Edry Faizal (Dusun Tua).
  • Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) which has now left the party.
  • Sheikh Omar Ali (Paloh).
  • Young Syefura Othman atau Rara (Ketari).
  • Abu Bakar Lebai Sudin (Pulau Manis).

For Parliamentary seats, Tengku Zulpuri contested in Raub for DAP.


Malay Member of Parliaments and State Legislative Assemblies under DAP

All of the candidates won their respective seats except for Abu Bakar Lebai Sudin in Pulau Manis.

In fact, Zairil, Dr Abdul Aziz, Norhizam and Sheikh Omar were appointed as State Executive Committee (EXCO) for their respective State Governments.

Meanwhie, Tengku Zulpuri was appointed as the Deputy Minister of Water, Land and Natural Resources.

Except for Zairil who is with the Pakatan Harapan State Government in Penang, all of these charismatic leaders lost their positions in the government after the change in Federal Government through the infamous ‘Sheraton Move’ in February and March 2020.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2020 12:07 PM | Show all posts
Kurex replied at 9-7-2020 02:12 AM
tak goyang pun.... daPIG je yg goyang atas bawah bila Melayu Mulia Syurga bersatu..
Selamat Hari Rukun Negara.

Tingkatkan semangat bersatu padu dan saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia.

Marilah bersama kita hayati Rukun Negara. Rukun Negara bukan sekadar untuk dilafaz dan dihafal semata-mata, sebaliknya perlu difahami setiap rakyat bagi mewujudkan kerukunan dalam hidup bermasyarakat yang berbilang kaum dan agama.

[fbvlink]https://www.facebook.com/MarinaIbrahim03/videos/900056120474643[/fbvlink]
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 9-7-2020 12:07 PM
Selamat Hari Rukun Negara.

Tingkatkan semangat bersatu padu dan saling hormat menghormati dalam k ...

Cakap dgn diri sendiri ke bodoh?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam guna isu lawyer tu...Melayu marah Melayu...Arini guna isu Melayu dalam DAP.Melayu marah Melayu lagi.Tetiba wa teringat itu video ''guna Melayu 'skrew' Melayu.Wa tak goyang...wa tau ada ore 'dah tukar taktik' dah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 01:35 PM | Show all posts
GOYANG INUL??? ini @dodolgemok ja..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.068037 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list