View: 1392|Reply: 16
|
[Dunia]
Di Jepun, lelaki, 32 tahun ni sanggup toreh tayar 1,000 kereta milik perempuan.
[Copy link]
|
|
Cara pelik cari teman wanita
myMetro>global
Agensi
Tokyo: Seorang lelaki mengambil tindakan pelik dengan menoreh kira-kira 1,000 tayar kereta dipandu wanita hanya kerana mahu berkenalan dengan golongan itu.
Tindakan itu dilihat sebagai pencetus kepada perbualan lanjut antara lelaki berusia 32 tahun itu dengan 'mangsa' yang akan meminta bantuan untuk menukar tayar.
Odditycentral.com melaporkan, aksi aneh Yoshito Harada yang berasal dari wilayah Aichi itu akhirnya memakan diri selepas dia ditahan ketika menoreh tayar kereta seorang wanita berusia 43 tahun.
Pada 11 Jun lalu, wanita terbabit keluar dari sebuah pasar raya di Higashiura dan menuju ke keretanya untuk pulang selepas selesai membeli-belah.
Dia kemudian menyedari tayar keretanya pancit tidak lama selepas memandu.
Lelaki terbabit akan berhentikan kereta berdekatan mangsa sebelum menawarkan pertolongan untuk menukar tayar yang pancit.
Keadaan ini jarang berlaku pada seseorang, namun wanita terbabit menyedari modus operandi sama berlaku terhadapnya tahun lalu dan identiti lelaki itu seakan dikenalinya.
Seakan-akan devaju, wanita itu segera menghubungi polis dan memaklumkan pihak berkuasa mengenai 'insiden' yang dihadapinya sama seperti tahun lalu.
Berdasarkan laporan itu, polis kemudian mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pasar raya berkenaan dan mengesahkan identiti lelaki yang menoreh tayar kereta wanita itu adalah individu yang sama menghulurkan bantuan.
Terdesak untuk melepaskan diri, lelaki itu akhirnya mengakui dia bertindak sedemikian hanya sekadar untuk berkenalan dengan wanita tanpa ada sebarang niat lain.
Selepas tersebar mengenai kejadian itu, orang ramai turut meninggalkan komen bahawa mereka berdepan insiden sama.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 6:59 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha lenkali siap2 rekod nombor kete n muke mangsa .....xde la duplicate victims..... |
|
|
|
|
|
|
|
pompuantu bukan muda pon... bad taste |
|
|
|
|
|
|
|
Taste cougar betul mamat ni |
|
|
|
|
|
|
|
ada awek jepun ni awet muda.. muka 20an kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti xhensem.. dah 1000 mangsa tp sorg pun xsangkut.. |
|
|
|
|
|
|
|
ot sikit..
dulu ada forumer bugis ni siap menyamar jadi org jepun yg konon datang pindah sini.. dia tunjuk batu lumut yg ntah jadi ntah tak.. lepas tu tunjuk toilet dia... ramai tau tu dia sebab sebelum masuk kuburan dia asyik cerita pasal jepun je. sekarang ni dia kembali dgn mn ........tu |
|
|
|
|
|
|
|
TravellingBear replied at 9-7-2020 10:02 AM
pompuantu bukan muda pon... bad taste
Pompuan umo gitu lagik sedap banding yang muda. Compare Che Ta dan Najuwa Latip, mana uol akan pilih if uol jantan? |
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan jepun kalau 43, npk mcm 10 tahun muda
Dah la jenis body langsing straight je
Laki desperado ni mesti xde charms
Dah 1000 kali buat keje yg sama, sapa pun xsangkut |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya lelaki ni ckp je kerja kat London, Oil n Gas
now tgh balik bercuti
tak boleh speaking London
no hal
ckp je Jepun |
|
|
|
|
|
|
|
sibbaik toreh tayar bukan toreh muka |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pemilik tayar tu huduh gemuk pendek berparut camana |
|
|
|
|
|
|
|
Iklankan aja kat jlnraya bubuh muka no tel pekerjaan mesti ada call spt mamat ituhari |
|
|
|
|
|
|
|
Cumikucingku replied at 9-7-2020 10:18 AM
Mesti xhensem.. dah 1000 mangsa tp sorg pun xsangkut..
Org pompuan kan xtgk muka. Tgk hati jer |
|
|
|
|
|
|
|
abangbikerz replied at 9-7-2020 12:47 PM
Org pompuan kan xtgk muka. Tgk hati jer
Tengok muka dulu 1st time jumpe... |
|
|
|
|
|
|
| |
|