CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11444|Reply: 163

[Tempatan] Jajaran ECRL yg PH ubah tu x relevan...org pantai timur nak pergi ke ibu kota KL

  [Copy link]
Post time 9-7-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
aku sokong jajaran lama, sbb masuk KL.... Jajaran ph xde saving yg sebenar pun.. skop kerja sikit, spec kurang,
quality kurang.



+++++++++

Tolong jangan ubah jajaran baru ECRL – Anthony Loke

7 hours ago


Oleh : Anthony Loke

Media kewangan The Edge melaporkan bahawa jajaran baru ECRL yang dirunding semula oleh Kerajaan Pakatan Harapan mungkin diubah semula ke jajaran asal yang dirancang dulu.

Saya ingin memberikan sedikit perspektif selaku mantan Menteri Pengangkutan dalam perkara ini.


Mengapa Kerajaan PH mengubah jajaran ECRL tersebut? Ada beberapa faktor yang dipertimbangkan.



Kredit Anthony Loke
1) Kos asal projek tersebut ialah RM65.5 billion. Selepas dirunding semula dan mengubah jajarannya, kos diturunkan sehingga RM44 billion. Penjimatan sebanyak RM21.5 billion! Penjimatan ini boleh dimanfaatkan untuk projek-projek infrastfuktur pengangkutan yang lain.

2) Jajaran baru ini dapat mengurangkan kos kerana ia dapat mengelak daripada membina satu terowong sepanjang 18km di Banjaran Titiwangsa merentasi Genting Highlands ke Gombak.

3) Jajaran baru ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos malah ia dapat menyelamatkan Klang Gate Quartz Ridge yang bakal dimusnahkan sekiranya terowong tersebut dibina. Kawasan tersebut merupakan khazanah semula jadi negara yang bakal diiktiraf oleh UNESCO.


4) Jajaran baru akan melalui 5 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor dan boleh memberikan tempias pembangunan kepada daerah-daerah yang kurang membangun.

5) Jajaran baru akan sampai terus ke Pelabuhan Westport (pelabuhan kontena paling sibuk di Malaysia) dan melalui kawasan Pulau Carey. Lembaga Pelabuhan Klang sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan terhadap potensi pembangunan “Mega Port” di Pulau Carey untuk masa hadapan. Dengan adanya laluan keretapi di sana, ia bakal menyumbang kepada pembangunan strategik di kawasan tersebut.

Saya menyeru lebih banyak pihak untuk menyatakan pendirian mereka supaya jajaran baru ini dapat diteruskan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 11:19 AM | Show all posts
ph nate berukk orkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:19 AM | Show all posts
pee esh bodoh kan.... termasuk macai urban berkerak dalam ni....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
ph mmg bodoh
negeri sembilan tu pantai timur ke? haha

meroyan puak dap klau ubah ke asal.. depa dah beli tanah dah haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 9-7-2020 11:19 AM
pee esh bodoh kan.... termasuk macai urban berkerak dalam ni....

tahu takpe... hbis rosak plan ph ambik alih.. lrt 3 sptutnya dah siap... p ubah mcm2 konon jimat kos... mujur dah kiok
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:26 AM | Show all posts
dino replied at 9-7-2020 11:24 AM
tahu takpe... hbis rosak plan ph ambik alih.. lrt 3 sptutnya dah siap... p ubah mcm2 konon jimat k ...

masa ubah tu ah cai siap kata plan bijak tak membazir.. sekali tak jadi apa pun.... sanggup ahcai jadi bodoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2020 11:27 AM | Show all posts
boodoh selamanya....

kakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:33 AM | Show all posts
3) Jajaran baru ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos malah ia dapat menyelamatkan Klang Gate Quartz Ridge yang bakal dimusnahkan sekiranya terowong tersebut dibina. Kawasan tersebut merupakan khazanah semula jadi negara yang bakal diiktiraf oleh UNESCO.


Betulkah jajaran asal ni memusnahkan Klang Gate Quartz Ridge? Mohon sesiapa yang tahu berkenaaan ni memberi penjelasan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 12:05 PM | Show all posts
insulin replied at 9-7-2020 11:33 AM
Betulkah jajaran asal ni memusnahkan Klang Gate Quartz Ridge? Mohon sesiapa yang tahu berkenaaan ...

Aku tak arif pasal ni..tapi bukankah mana2 negara pun buat terowong sebagai alternatif menyelamatkan khazanah alam? Bukan digondolkan atau dirata sodok pun
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 9-7-2020 11:23 AM
ph mmg bodoh
negeri sembilan tu pantai timur ke? haha


ngeh ngeh ngehhhhhh...... tepukkkkkkk... citer panjang2.. ujung2 gelabah tek pasal tanah depa dh borong awal.. ha ... tepuk lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2020 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ada yg kata ECRL masuk KL menyebabkan KL jem.  bodo nya.  ECRL tu keretapi kot. lg bodo kena turun luar KL & ambil pulak grab nak pi KL.  lg la bertambah2 jem.   lg bertambah belanja setiap penumpang ECRL nak kena keluar poket
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 01:23 PM | Show all posts
takleh la broker tanah kat ns cari makan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 9-7-2020 12:50 PM
ada yg kata ECRL masuk KL menyebabkan KL jem.  bodo nya.  ECRL tu keretapi kot. lg bodo kena turun l ...

jajaran dulu dah okay.., ade sembang mana untung buat train ni...

aku ni bkn pakar ekonomi mcm guan eng terowong tu... roi dtg dgn rancakkan ekonomi setempat... mcm rumah dkt highway... bila ade highway easy access ade la new township.... mcm jajaran ecrl jugak... baru la pembangunan tak tertumpu kat kl je

pastu cacai pun dtg kata hutang 1mdb tak hbis byr. tu je la modal die
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
misuke replied at 9-7-2020 12:35 PM
ngeh ngeh ngehhhhhh...... tepukkkkkkk... citer panjang2.. ujung2 gelabah tek pasal tanah depa dh b ...

btul hbis la cacai dap dah beli tanah bagai haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 01:27 PM | Show all posts
Pan Borneo bila mau siap??
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
atok kata naik ECRL ni 14 jam baru sampai kelantan... betapa ketinggalannya pemikiran atok... zaman dia dah berlalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 01:32 PM | Show all posts
mujur la semenyih, sandakan kalah prk ari tu. kalau tak, mau jajaran ecrl lalu semenyih kemudia lalu kut jauh sampai sabah sinun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 9-7-2020 01:32 PM
mujur la semenyih, sandakan kalah prk ari tu. kalau tak, mau jajaran ecrl lalu semenyih kemudia lalu ...

Hahaaa
Savage to the maks!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 9-7-2020 01:27 PM
Pan Borneo bila mau siap??

Atok x senang tgok projek2 utk sabah swak/pntai timur
Zanan najib je btl2 byk peruntukan utk sabah
Malangnya ramai yg korup
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebodohan PH memang tak boleh bawak bincang

suka hati dia je nak ubah, semata2 anti najib

bukan ECRL je jadi mangsa, projek kapal perang TLDM, kapal peronda OPV untuk maritim, semuanya tergendala sebab kebodohan PH

susah payah anggota2 keselamatan negara guna kapal lama nak jaga perairan negara

gara2 kebodohan guan jeng ph dap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.231106 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list