View: 7836|Reply: 101
|
[Tempatan]
Ibu kerja di Singapura tak balik sempena upacara akil baligh, remaja, 15 tahun t
[Copy link]
|
|
Merajuk ibu tak balik, remaja terjun tingkat 11
Oleh Nur Izzati Mohamad
BUKIT MERTAJAM: Merajuk dengan tindakan ibunya tidak pulang meraikan upacara akil baligh sempena usianya memasuki 15 tahun, seorang remaja bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 Pangsapuri Perai Indah, di sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata polis menerima panggilan telefon jam 1.57 tengah hari memaklumkan penemuan mayat seorang remaja perempuan terjatuh di pangsapuri berkenaan.
"Hasil siasatan mendapati mangsa adalah anak sulung daripada dua beradik dan masih bersekolah di tingkatan tiga.
"Temu bual yang dilakukan dengan keluarga mangsa mendapati dia seorang yang sangat sensitif tetapi tidak mempunyai sebarang masalah lain.
"Mangsa sepatutnya menyambut upacara akil baligh namun disebabkan ibunya yang bekerja di Singapura tidak dapat pulang majlis itu terpaksa dibatalkan dan ia membuat mangsa sedih," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Jelasnya, mangsa tinggal bersama ibu saudaranya di tingkat 11 pangsapuri berkenaan memandangkan bapanya bekerja di sebuah hotel dekat sini.
"Ketika kejadian adik perempuan mangsa mangsa ternampak kakaknya terjun dari pintu utama rumah berkenaan," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teringat video lelaki tu bunuh diri terjun bangunan..berdebabbbbbb bunyi dia |
|
|
|
|
|
|
|
upacara akil baligh ni besar bg dorang. neighbour iols siap buat kenduri panggil sedara mara bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
nak sambutan akil baligh punya pasal, tak sempat ko merasa dewasa dik. |
|
|
|
|
|
|
|
Neber i sampai pasang 3 khemah |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti lama sangat maknya tak balik ni.. Sejak border tutup mungkin...
Rindu mak le tu |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 9-7-2020 05:29 PM
Neber i sampai pasang 3 khemah
Majlis cemana ye? Kira lepas mimpi basah depa buatla majlis tu ye?
Tanak khatan sekali ker |
|
|
|
|
|
|
|
Owh india ada buat majlis akil baligh jgk?ai igt yahudi je |
|
|
|
|
|
|
|
India.. Upacara datang haid kan? |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 9-7-2020 05:20 PM
upacara akil baligh ni besar bg dorang. neighbour iols siap buat kenduri panggil sedara mara bagai
Br tau ada upacara ye....utk apa dan celebrate mcmana ye |
|
|
|
|
|
|
|
Dato bernard chandran pernah letak gambar2 masa coming age ceremony ke apa namanya utk anak perempuan dia. Gilang memilang macam kenduri kawen. |
|
|
|
|
|
|
|
Oooo... Dah hidup 30 tahun lebih baru tau pasal ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa la perasaan maknya..adik dia pulak saksi nampak kakak terjun |
|
|
|
|
|
|
|
kalau monapause putus haid tu
ada majlis meraikan jugak ka |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan kat sini tak sambut. Selalu tengok dalam movie tamil je.
Tapi lewat gak mendiang dtg bulan. Aku darjah 5 dah akil baligh dah |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan sebab maknya tak balik je sebab majlis cancel tu yang double tertekan sampai tak boleh fikir panjang. Mak pak sibuk kerja rasa terabai kawan2 sama sekolah pulak heboh bercerita tentang majlis masing2 mana tak tambah tension. |
|
|
|
|
|
|
|
Gomea replied at 9-7-2020 06:37 PM
Ingatkan kat sini tak sambut. Selalu tengok dalam movie tamil je.
Tapi lewat gak mendiang dtg bulan ...
Ada baiknya jg lambat period.. nnt lambat menopos |
|
|
|
|
|
|
|
Sia-sia ko mati dek
Takde akai
|
|
|
|
|
|
|
| |
|