CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3685|Reply: 18

[Politik] 'Daftar PN ibarat beri 'sijil mati' kepada BN' Anda pilih yang mana PN atau BN?

[Copy link]
Post time 9-7-2020 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 9-7-2020 09:26 AM

'Daftar PN ibarat beri 'sijil mati' kepada BN'
MOHD AZLIM ZAINURY | | 9 Julai 2020



SHAH ALAM - Desakan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (BN) adalah sama seperti mahu memberi 'sijil kematian' kepada Barisan Nasional (BN), kata bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohamad Khir Toyo.

Mohamad Khir berkata, langkah mendaftarkan PN hanya akan melumpuhkan kekuatan UMNO.

Beliau berkata, ia juga akan menyebabkan tidak ada lagi parti besar untuk orang Melayu, penguasaan orang Melayu dalam politik akan jadi lemah dan tidak ada lagi satu parti yang memiliki kerusi terbanyak dalam Parlimen.
"Kesannya juga menyebabkan tidak akan ada kerajaan yang stabil selepas ini. Ini kerana, mana-mana kerajaan akan tumbang apabila ada parti yang keluar daripada gabungan mengikut selera parti itu.
"Situasi kita hadapi hari akan kekal walaupun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau melihat bahawa hubungan UMNO dan Pas melalui perpaduan ummah seterusnya terhasil Muafakat Nasional seperti ada 'udang di sebalik batu'.

Menurutnya, Muafakat Nasional menjadi blok kuat pembentukan kerajaan PN kerana dengan sokongannya ia membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kelapan.

"Desakan Pas melalui kenyataan setiausaha agungnya dan diikuti dengan kenyataan timbalan presidennya supaya menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai Muafakat Nasional merupakan gerakan awal untuk memecahkan penguasaan UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu," katanya.

Beliau berkata, desakan itu juga tidak lebih daripada 'memerah limau ke atas luka' dialami UMNO akibat daripada penubuhan Bersatu.
@Kurex
Katanya, Bersatu merupakan replika UMNO dan parti itu mengambil ahli Parlimen UMNO dengan cara 'mencuri di siang hari'.

"Apakah perasaan Pas jika Parti Amanah Negara (Amanah) juga diminta untuk menyertai Muafakat Nasional, dengan alasan yang sama iaitu demi perpaduan Melayu? Adakah Pas sanggup menerimanya?

"Pas wajar cuba untuk memahami situasi yang telah dilalui oleh ahli-ahli UMNO apabila wakil rakyat yang mereka pilih lompat ke Bersatu tanpa mengambil kira pandangan mereka," katanya.

Mohamad Khir selain itu mendakwa, Pas meneruskan usaha untuk melumpuhkan UMNO dengan mencadangkan PN didaftarkan sebagai satu gabungan politik yang berdaftar dan menjurus ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menggunakan lambang baharu.

"Ini bermaksud PN akan menggantikan BN. Parti komponen BN iaitu MCA dan MIC pasti akan meninggalkan BN dengan menjadi komponen PN.

"Ini telah terbukti ketika ketua-ketua parti daripada Sabah yang dahulunya komponen BN telah dijemput sekali dalam mesyuarat PN baru-baru ini. Begitu juga dengan MCA dan MIC," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kedudukan UMNO akan jadi sama tarafnya dengan parti-parti lain walaupun tidak mempunyai bilangan ahli yang ramai seperti UMNO.

Apakah pilihan hati anda, PN atau BN
Single Polls, Total 13 Users voted
23.08% (3)
76.92% (10)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
yg penting dap dah berkubur haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kpd guna Melayu 'skrew' Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha tau takpe. Aku lagi suka tak ada coalition. Mana Umno tanding, Bersatu tanding gak. Berlagak sangat haprak Umno tu suma.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal bukan DAP
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
asalkan bukan pakatan rasis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2020 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Toyol jumud..sempit

Penjenamaan je..mcm kereta terbang tp drone

BN dulu 13 parti..arini brapa??? Bodoh nya toyol

Tgk ph tu..dulu barisan alternatif pastu pakatan rakyat pastu pakatan harapan..dap tetap subur..keadilan mata tetap ada..haaa patut la masuk jel...tgk gigi pndai la ko toyol...sejarah n analisa hannnncusss

Klo umno pas amanah bersatu...jadi MN...ni semua melayu islam kendian pakat dgn gps warisan dan sapa sudi...brapa majoriti? Sure teo third..dah jadi mcm BN yg perintah 60 taun

Klo toyol bijak dia jujur ckp..pesai pa semua depa tu pecah belah? Pasei gila kuasa busuk hati n nak jadi ketua..mcm brahim ali..kuo duit epf dia buat parti dia sendiri presiden..kalah tk per ase dia presiden ..mcm mat sabu..dok dlm PAS polohan taun ..kecundang nk jd presiden kuo parti buat amanah dia jadi presiden..tadak duit jumpe guan eng..melayu islam hancus biaq pih..mampuih ler depa..ase aku koge aku kroni barua aku sme sihat kenyang mkn tak abis ratusan taun..tak btui ka? Tgk mamak kerala tu..tak btui aku cakap

Dah la toyol....ko pi gosok gg lai baik..bodo nya jawa..bikin malu ponorogo jek..ptuihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 10:12 PM | Show all posts
awat  set set TT - gang PH menggelupur sangat ye, dok usha , instigate, triggers

i mean ...adakah hampa kuat sangat ke sampai nak triggers org lain?

atau kelemahan org lain hampa exploit macam PRU 14 untuk memang dengan berbekalkan fitnah?

hmm ...???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 ok

janji bukan anjing dan babi
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:54 PM | Show all posts
Abis aku kene sokong DAP ke hape ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 12:07 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 10-7-2020 12:08 AM

i hate democracy, and their stupid ass poltician.

i hate BN and PAS.

but hate PH/DAP, even more.  


Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 02:58 AM | Show all posts
toyo sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah dodol seronok tgok puak2 ni dh mula nampak bergocoh sana sini rebut kuasa dan rebut nak daftar sana sini tpi kena tolak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 9-7-2020 10:12 PM
awat  set set TT - gang PH menggelupur sangat ye, dok usha , instigate, triggers

i mean ...adaka ...

Kenapa geng2 PNtek risau sgat dgan perkembangan terbaru ni? Adakah sbb pakatan sendiri xkukuh baru menggelabah cari sokongan semua? Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
mana2 lah asal bukan Atok,  bang non  & Dapig
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2020 09:40 AM | Show all posts
So macam mana? Hendak daftar atau tidak PN ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 10-7-2020 06:27 AM
Kahkahkah dodol seronok tgok puak2 ni dh mula nampak bergocoh sana sini rebut kuasa dan rebut nak da ...

Toyo tu saper? Yg kau seronok apsal? Kalau presiden atau AMT yg bagi usul barulah ada substance.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 10-7-2020 09:40 AM
So macam mana? Hendak daftar atau tidak PN ni?

Yg kau gelabah dah kenapa? Daftar x daftar pun pru15 say no to ph.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 09:47 AM | Show all posts
sudah2 lah tu darsita

kau x de keje lain dah ke?

dari dlu smpai skang pnyakit ko ske wat multinick
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.072433 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list