CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3923|Reply: 28

[Jenayah] Teka berlaku kat negara mana?? Kanak-Kanak 3 Tahun Mati Kelaparan, Dipercayai ‘D

  [Copy link]
Post time 9-7-2020 10:48 PM | Show all posts |Read mode
TAK SANGKAKAN BERLAKU KAT JEPUN........

Kanak-Kanak 3 Tahun Mati Kelaparan, Dipercayai ‘Diabaikan Ibu Kerana Bersama Kekasih’

Seorang wanita di Tokyo telah ditahan oleh polis kerana disyaki telah meninggalkan anaknya yang berumur tiga tahun berseorangan di rumah selama lebih seminggu sambil menghabiskan masa dengan teman lelakinya dan membiarkan anak perempuannya mati kelaparan, lapor South China Morning Post.

Wanita yang berusia 24 tahun itu mengakui tuduhan itu dan dia dipercayai sering menganiayai dan mengabaikan anaknya itu.

Menyokong kecurigaan itu adalah apabila rakan kepada wanita terbabit memberitahu polis bahawa suspek telah meninggalkan rumah selama beberapa hari dan pulang pada lewat malam serta meninggalkan anak perempuannya tanpa pengawasan.

Hasil bedah siasat menunjukkan bahawa anaknya meninggal dunia kerana dehidrasi dan kelaparan yang teruk. Suspek disyaki meninggalkan anaknya sendirian di rumah selama lapan hari pada awal bulan Jun ketika mengunjungi teman lelakinya di Kagoshima Prefecture, barat daya Jepun.

Suspek berkata kepada para penyiasat bahawa dia tidak menyangka anaknya itu akan meninggal dunia kerana dia menyangka semuanya akan baik-baik sahaja jika anaknya itu bersendirian di rumah flat mereka yang terletak di Tokyo di mana kedua-duanya hanya tinggal berdua sejak sekitar Jun 2017 setelah bercerai dengan suaminya.

Dia membuat panggilan kecemasan setelah pulang pada 13 Jun lalu dengan mendakwa bahawa anaknya tidak bernafas dan anaknya disahkan meninggal dunia di sebuah hospital.

Mangsa mengalami atrofi thymic yang kebiasaannya didapati dalam kalangan kanak-kanak yang terabai atau didera serta perutny juga hampir kosong.

Kanak-kanak itu juga mengalami ruam di bahagian punggungnya kerana lampin pakai buang yang tidak ditukar dalam tempoh yang lama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mane2 pun ada manusia kejam..

Kan pernah ada kes yg 2 anak mati ditinggalkan ibu dlm rumah berkunci kat jepun.... pastu dorg filemkan kesah tu... xingat tajuk ape ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cumikucingku replied at 9-7-2020 11:17 PM
Kat mane2 pun ada manusia kejam..

Kan pernah ada kes yg 2 anak mati ditinggalkan ibu dlm rumah be ...

Sampai sekarang saya tak berani tgk movie tu. Apalagi sebab tau berdasarkan kisah benar. Mesti menangis terngiang2 kalau tgk movie tu. Tak sanggup
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cemana la dia boleh fikir senuanya akan baik2 saja, baru 3 tahun kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
missbigrockstar replied at 9-7-2020 11:22 PM
Sampai sekarang saya tak berani tgk movie tu. Apalagi sebab tau berdasarkan kisah benar. Mesti men ...

Ape tajuk dia ye? Dah lupa...

Kalau tengok sorang2 sedih la kot...

Cuma pelakon dia mcm kayu je jd xsedih sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:30 PM | Show all posts
Cumikucingku replied at 9-7-2020 10:17 PM
Kat mane2 pun ada manusia kejam..

Kan pernah ada kes yg 2 anak mati ditinggalkan ibu dlm rumah be ...

Sunk Into The Womb..tertengok cerita ni dan kemurungan berhari2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2020 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kisah lama ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
cikus replied at 9-7-2020 11:30 PM
Sunk Into The Womb..tertengok cerita ni dan kemurungan berhari2

Tengok movie ni x murung sgt sbb dah tau jln cite..

Masa mula2 baca kisah tu yg murung la sbb kita pun ada anak umur2 mcm tu...

Ada lg 1 kes jepun yg buat aku murung tu yg kisah rogol paling kejam tu ....giler sgt kes tu....

So xheran la dgn kekejaman jepun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 9-7-2020 11:26 PM
Cemana la dia boleh fikir senuanya akan baik2 saja, baru 3 tahun kot

bukan first time dia biarkan anak dia sensorang kat rumah xder org jaga. new year hari tu pun ditinggalkannya anak tu semalaman sesorang kat rumah, meanwhile mak nya berjimba dekat club celebrate new year sampai pagi - info dari talk show jepun. sekarang sabit kesalahan child neglect.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Cumikucingku replied at 9-7-2020 11:17 PM
Kat mane2 pun ada manusia kejam..

Kan pernah ada kes yg 2 anak mati ditinggalkan ibu dlm rumah be ...

yes pernah, yg tu kat kansai kalau xsilap.

a few months ago kot, mak muda lepaskan anak 7 bulan jatuh dari balcony. mmg mati budak tu, the mom said xsengaja.

then dlm minggu lepas, budak 2 bulan mati xleh nafas sebab kena gulung dalam kain dek mak dia. sebabnya, mak budak tu takut jiran2 marah baby nangis x berenti. but to me her fear is understandable, sebab mmg ada jer org2 yg xsuka budak2 bising2. just sampai anak mati tu mmg melampau.

japanese live stressful lives.. kes2 biarkan anak mati mcm ni bukan kes terpencil.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya budak tu. RIP girl. Hanat tul mak camni. Takmo jaga anak, put her up for adoption la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
cikus replied at 9-7-2020 11:30 PM
Sunk Into The Womb..tertengok cerita ni dan kemurungan berhari2

yup filem yg mmg disturbing hbis.. tak sanggup tgk hbis
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak sangka berlaku kat Jepun? Dah berapa banyak kes jenayah kejam terjadik kat Jepun negara umat psiko walau luaran nampak hokek?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi siannya 3 tahun wei makan minum pakai memang la harapkan orang dewasa uruskan dia mana reti. Layak kena charge child neglect terang2 kecuaian sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 03:08 AM | Show all posts
mustahil la..jepun kan menjadi negara pujaan atok selama ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts
murung bca news mcm ni. mmbayangkn ank kecil bseorangan kelaparan msti dok menangis je pstu nmpak mainan/bnda dpn mata jilat msuk mlut sbb lapar & haus.   hrap maknya jd gila sbb bnuh ank sndri smata nk kluar bseronok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
luna.millieu replied at 9-7-2020 11:53 PM
bukan first time dia biarkan anak dia sensorang kat rumah xder org jaga. new year hari tu pun diti ...

Erkkk!
Maknya dah lama xberlaki la tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
3 tahun kut...bukannya 13 tahun,ko mmg dah xleh fikir ke apa???
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhh...kita punya 'PANDANG KE TIMUR' tu...dh sampai mana?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan negara jajahan Soviets
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.230762 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list