CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1219|Reply: 3

[Dunia] Harvard, MIT saman pentadbiran Trump kerana batal visa pelajar

[Copy link]
Post time 10-7-2020 04:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-7-2020 12:02 PM



Universiti Harvard (Harvard) dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) menyaman pentadbiran Trump kerana membatalkan visa penuntut asing berikutan pandemik COVID-19. - Foto AFP

Harvard, MIT saman pentadbiran Trump kerana batal visa pelajar



NEW YORK: Universiti Harvard (Harvard) dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) memohon mahkamah menghalang pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, membatalkan visa penuntut warga asing.

Ia berikutan arahan Isnin lalu bahawa penuntut asing tidak akan dibenarkan tinggal di AS jika semua kelas mereka diadakan secara dalam talian pada musim luruh ini, susulan krisis COVID-19.

Penguatkuasaan Kastam dan Imigresen (ICE) AS, dalam satu kenyataan, memaklumkan, Jabatan Negara AS tidak akan mengeluarkan visa kepada penuntut berkenaan selain mereka turut dihalang memasuki negara itu.

Presiden Harvard, Lawrence Bacow, dalam satu kenyataan, berkata tindakan undang-undang dua universiti terkemuka itu menyusuli pengumuman Isnin lalu yang mengarahkan semua penuntut warga asing pulang ke negara masing-masing.

"Kami akan meneruskan kes ini dengan agresif bagi membolehkan semua penuntut antarabangsa meneruskan pengajian masing-masing tanpa perlu bimbang dihantar pulang," katanya.

Setakat jam 2 petang hari ini, AS kekal sebagai negara paling terjejas di dunia akibat COVID-19 dengan lebih 3.1 juta kes jangkitan termasuk hampir 135,000 kematian.

Trump mendesak semua universiti dan sekolah dibuka sepenuhnya apabila tahun akademik baharu bermula September ini, walaupun AS mencatat rekod kes tertinggi COVID-19.

Universiti yang menggunakan sistem hibrid pula perlu membuktikan penuntut mengambil sebanyak mungkin kelas perseorangan bagi membolehkan status mereka dikekalkan.

Menurut Institut Pendidikan Antarabangsa (IIE), terdapat lebih sejuta penuntut antarabangsa di AS untuk tahun akademik 2018-2019.

Kedua-dua plaintif meminta mahkamah mengeluarkan perintah terbabit bagi menghalang dasar diperkenalkan pentadbiran Trump itu dilaksanakan. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/07/709064/harvard-mit-saman-pentadbiran-trump-kerana-batal-visa-pelajar?utm_source=bh&utm_campaign=recsys&utm_medium=recsys

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Harvard mit.. Ini memang tidak akan terkejut jika akan saman kerajaan.. Foreign student sudah gelabah tidak boleh masuk amerika semula cari kerja selepas grad.. Tahu leluhur dari mana.. I bukan maksud kan malaysian..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 07:59 AM | Show all posts
kenapa yg ni xder sekor pun ckp racist??...

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:17 AM | Show all posts
teky replied at 10-7-2020 07:59 AM
kenapa yg ni xder sekor pun ckp racist??...

Rasanya saban hari ramai je yg dok kutuk Trump ni racist walaupun dia menafikan. Mmg dia ni nampak memihak kpd white supremacist sbb diaorg mmg votebank dia. Kalaupun benar dia ni sebenarnya tak racist, dia mmg play to the gallery utk dpt votes.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.068710 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list