CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 795|Reply: 0

[Tempatan] Kaki tergelincir dalam tangki cecair ammonia panas

[Copy link]
Post time 10-7-2020 04:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-7-2020 12:16 PM



Keadaan kaki mangsa yang melecur selepas tergelincir ke dalam tangki kimia Ammonia panas. - Foto NSTP


Kaki tergelincir dalam tangki cecair ammonia panas

Oleh Amir Mamat
bhnews@bh.com.my







MELAKA: Kaki seorang pekerja kilang melecur hingga paras peha selepas tergelincir ke dalam tangki simpanan cecair kimia, ammonia di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, lelaki berusia 24 tahun berkenaan sedang melakukan kerja pembancuhan bahan kimia terbabit.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Penguasa Bomba Soon Wee Kiang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.35 pagi sebelum 13 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa sebelum itu melakukan kerja pembancuhan dan terdapat 'Jig' pada mesin terbabit yang tersangkut di dalam takungan sebelum dia cuba membetulkan kepada kedudukan asal.

"Mangsa tergelincir ketika melakukan kerja berkenaan dan pada ketika itu tahap kepanasan bahan kimia terbabit ialah 93 darjah celcius.

"Bagaimanapun, beliau berjaya diselamatkan oleh rakannya yang menyedari kejadian dan dibawa keluar sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan yang tiba," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.


Tangki simpanan cecair kimia dengan tahap kepanasan 93 darjah celcius. - Foto NSTP

Akibat kejadian itu, kaki kiri mangsa melecur sehingga paras peha dan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.579164 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list