View: 2776|Reply: 18
|
[Tempatan]
Asyik kalah sahaja, apa pasal? Tidak berkat kah? Lagi pemimpin Pas kalah saman f
[Copy link]
|
|
Lagi pemimpin Pas kalah saman fitnah bayar RM100,000
Oleh MALAYSIA DATELINE July 9, 2020 9:27 pm
Selepas Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi, giliran bekas ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin pula kalah saman fitnah.
Mohamed Hafiz hari ini gagal mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap perintah membayar ganti rugi RM100,000 kepada peguam, Eric Paulsen dalam tuntutan kes saman fitnah terhadapnya.
Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed, yang mempengerusikan panel tiga hakim, menolak permohonan kebenaran untuk merayu dikemukakan oleh Mohamed Hafiz.
Panel hakim yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Salleh dan Vernon Ong Lam Kiat itu memberikan alasan persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh Hafiz gagal memenuhi kehendak Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Lapor Bernama, panel itu juga mengarahkan Mohamed Hafiz yang juga aktivis NGO Jalinan Muslimin Pulau Pinang membayar kos sebanyak RM10,000.
Susulan keputusan itu, mahkamah turut mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 4 Julai 2018 yang mengarahkan Mohamed Hafiz membayar ganti rugi tersebut kepada Paulsen yang ketika itu merupakan pengarah eksekutif ‘Lawyers For Liberty’.
Sebelum itu, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap Paulsen pada 2 Sept 2015 selepas peguam itu mengeluarkan kenyataan fitnah melalui laman Twitter @EricPaulsen101 pada 9 Jan 2015.
Pada 22 Oktober 2015, Paulsen memfailkan saman balas terhadap pertubuhan itu dan Mohamed Hafiz sebagai defendan pertama dan kedua berhubung penerbitan satu artikel berjudul ‘Jangan biar Eric Paulsen bebas tanpa perbicaraan’ bertarikh 9 Februari 2015 di laman web Isma.
Bagaimanapun, Isma menarik balik saman itu selepas berpuas hati dengan penjelasan Paulsen mengenai kenyataannya yang didakwa mengaitkan pertubuhan itu sebagai kumpulan ekstremis.
Paulsen turut menarik balik saman balas terhadap Isma. Bagaimanapun, ia tidak membabitkan Mohamed Hafiz.
Peguam Latheefa Koya dan Shahid Adli Kamarudin mewakili Paulsen manakala Mohamed Hafiz oleh Hasnal Rezua Merican.
Pada 3 Februari lalu, Razman diperintahkan oleh mahkamah membayar RM254,150 kepada Nizar kerana memfitnah melalui kenyataan yang disiarkan akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Jun 2015 melalui rencana bertajuk “Pendekatan Nizar mirip DAP”.
Selanjutnya pada 26 Februari lalu, Syarhan pula diperintahkan bayar oleh mahkamah RM80,000 kepada wakil rakyat DAP, Teresa Kok Suh Sim kerana fitnah anti-Islam melalui akaun Facebook tahun lalu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya PAS kena ambil iktibar dari PH kenapa selalu kalah dalam PRK
"ahak"
|
|
|
|
|
|
|
|
Lobai2 mmg dh byk kalah kes saman fitnah. Tpi masih play victim acah2 penjaga pintu shorga jah. Ujong2 tuhan cash kan terus mereka dek keceluparan mulut menabur fitnah. Tuhan maha adil sis! |
|
|
|
|
|
|
|
cambaik replied at 10-7-2020 10:05 AM
Sepatutnya PASkena ambil iktibardari PHkenapa selalu kalahdalam PRK
"ahak"
Kalah prk xbawak dosa ke akhirat, kalah fitnah merangkak lah kau org kat akhirat cari tuntut maaf smbil mangsa fitnah aman2 kutip pahala dri kau org. Tuhan maha adil sis! |
|
|
|
|
|
|
|
PAS ni dulu masih terikut cara Pakatan Rakyat
setelah kene game dgn Pakatan Rakyat PAS dapat kerusi paling byk tapi kene lawan dgn parti kompenen BN yg kuat.
dari majoriti dalam PR terus jadi minoriti.
ditinggalkan PKR dan DAP terkontang kanting PAS dalam PR.
terciduk PAS bila PKR dan DAP buat PH.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah jadi gomen kan.stakat 100k tu lekat celah gigi jah
RIP taxpayer money
|
|
|
|
|
|
|
|
separuh gomen je nokss
|
|
|
|
|
|
|
|
Laaaaa kalah prk tu pun tak berkat.. sebab menang atas fitnah je pee esh ni.. pee esh ni suka meludah kena muka sendiri.. dah la air liur busuk, kena pulak muka sendiri yg berkerak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya lebai PAS ni kena belajar dari PH, ada abang besar Tommy Tomato backup, nescaya boleh gugur kes ni. Ni tak dak backup.....mendapatlah |
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul tu
Salah satu sebab PH tersungkoq dalam PRK sebab PH sebar banyak sangat fitnah dan janji palsu @ kenching masa PRU lepas
fitnah masa PRU takpe kan dodol
"ahak"
|
|
|
|
|
|
|
|
xpelik pon, skrg ni pas akan kena getah jgk..mana2 parti yg bekerjasama dgn umno, msti kena aim dr parti pembangkang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 10-7-2020 01:17 PM
salamon replied at 10-7-2020 10:32 AM
separuh gomen je nokss
Separuh pun tp ada kabel besar dln gomen kan |
|
|
|
|
|
|
|
PAS DAP 2 × 5. Duda janda |
|
|
|
|
|
|
|
Sama je dua kali lima. Tapi ph lagi power membelit. Pembunuh penjawat awam boleh lepas macam tu je. Terrorists pun lepas jugak walaupun dah banyak bukti. Pas ni tak pandai nak letak orang dia dalam sistem penghakiman dan asyik terciduk. |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 10-7-2020 10:14 AM
Kalah prk xbawak dosa ke akhirat, kalah fitnah merangkak lah kau org kat akhirat cari tuntut maaf ...
Siri bercakap dgn cerminkah? |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 10-7-2020 10:36 AM
Laaaaa kalah prk tu pun tak berkat.. sebab menang atas fitnah je pee esh ni.. pee esh ni suka meluda ...
Auchieeee .....thats hurt... . |
|
|
|
|
|
|
|
Asyik kalah PRK je, perjuangan x berkat kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Sokong dan percaya pemfitnah sama je dosa dgn pemfitnah. |
|
|
|
|
|
|
|
Asyik kalah saman sahaja, apa cerita ni?
Tak solat istiqorah dahulu kah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|