UNIVERSITI Harvard antara universiti yang memfailkan saman terhadap pentadbiran Trump berhubung isu visa pelajar asing. FOTO AFP
AFP
Los Angeles: California akan menyaman pentadbiran Presiden Donald Trump berhubung ancaman berkaitan visa pelajar asing di negara itu.
Ia selepas Penguatkuasaan Kastam dan Imigresen Amerika Syarikat (ICE) tidak mahu membenarkan pelajar terbabit yang memilih mode kelas dalam talian, memasuki negara itu.
Saman itu akan difailkan oleh Peguam Negeri California, Xavier Becerra.
California State University dengan lebih 10,000 pelajar asing adalah antara plaintif dalam saman berkenaan.
"Polisi pentadbiran Trump itu menyalahi undang-undang, boleh meningkatkan jangkitan Covid-19 dan mengusir ribuan penuntut asing di AS," kata satu kenyataan susulan pengumuman saman berkenaan.
Isnin lalu, ICE mengumumkan bahawa penuntut asing yang memilih kelas dalam talian untuk semester pada musim luruh tidak akan dibenarkan memasuki AS.
Langkah itu dilihat memberi tekanan kepada institusi pendidikan yang mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Menurut Becerra, langkah yang diumumkan pentadbiran Presiden Donald Trump itu adalah sesuatu yang memalukan.
Beliau berkata, ia bakal memberi kesan kepada kesihatan dan kebajikan pelajar berkenaan.
"Memaksa pelajar untuk kembali ke kolej dan universiti bagi mengikuti kelas akan menjejaskan kewangan mereka.
"Ia juga boleh menjadikan mereka sebagai penyebar virus itu," katanya.
Dalam pada itu, Universiti Harvard yang mengumumkan hanya kelas dalam talian untuk tahun depan sudah mengemukakan saman berasingan berhubung polisi sama.
Selain itu, saman sama turut difailkan oleh Institut Teknologi Massachusetts.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 10:51 AM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 10-7-2020 06:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ramai negara kutuk amerika... Tunggu apa lagi... Sebelum GE state University UC.. Few county pernah colors stop white student masuk campus.. I believe tidak masuk cnn.. Some of them yang akan kick out join protest... Karma?
Kalau beliau menang lagi sahlah orang US memang sayang si Donald ni. Remember president US adalah dipilih oleh rakyat secara langsung so beliau ada bragging right, bukan macam kita.