View: 11076|Reply: 27
|
[Politik]
Siapa telan siapa... UMNO telan Bersatu kah atau Bersatu telan UMNO? Update: Jaw
[Copy link]
|
|
Edited by I.am.PH at 17-8-2020 02:18 AM
UMNO ‘telan’ Bersatu
Pada 10 Julai 2020
Perang mulut antara Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dari Bersatu dan UMNO, adalah bibit-bibit awal bagaimana parti Melayu tertua itu akan menelan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.
Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pergeseran dalaman antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) sememangnya wujud dan ia akan membengkak menjadi kudis yang tidak akan sembuh.
Menurutnya, perang mulut antara Abd Latiff dan UMNO menunjukkan isyarat bahawa tidak wujud sama sekali kerjasama ‘adik beradik’ antara parti yang mendukung kerajaan PN.
“Hal ini akan lebih jelas,” tambahnya.
“Enam bulan pertama, pandemik Covid-19 seolah-olah ‘blessing in disguise’ buat pentadbiran PN. Namun untuk hari-hari mendatang, kita bakal menyaksikan fasa pertelingkahan dalaman yang lebih hebat lagi.
“Bagi UMNO, kewujudan PN adalah senjata untuk mereka merampas kuasa daripada Bersatu yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau mengulas pergeseran dalaman antara parti dalam PN ketika ini yang menyaksikan Abd Latiff dikritik hebat ramai pemimpin UMNO ekoran kenyataannya yang dilihat memperkecilkan parti itu di Sabah dalam sebuah forum terbuka.
Selain dikritik, Abd Latiff turut menerima beberapa desakan meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Mengulas lanjut, Sheikh Umar menjelaskan, Presiden dan mantan Presiden UMNO sendiri secara terang-terangan membalas kenyataan Abd Latiff dengan mengisytiharkan untuk mengambil kembali kerusi Parlimen Mersing.
Jelasnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja memperbudak-budakkan ahli dan menteri Bersatu malah ia merupakan tamparan kepada Muhyiddin apabila kesilapan menterinya itu telah menjejaskan peluang Bersatu untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.
“Perang mulut ini adalah bibit-bibit awal bagaimana UMNO akan menelan Bersatu menjelang PRU-15 yang akan datang,” katanya.
Keadaan ini jelas Sheikh Umar, pastinya akan menjadikan Muhyiddin tidak ada pilihan lain sama ada kembali menyertai UMNO dan berkuburnya Bersatu atau kekal sebagai Perdana Menteri minoriti yang menunggu nasib dibaham oleh pewaris regim kleptokrat pada bila-bila masa.
Menurutnya, sebelum PRU-15 lagi, dapat dilihat bagaimana UMNO memainkan peranan menentukan kedudukan penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diisi seolah-oleh tidak ada langsung tokoh yang layak daripada Bersatu.
“Hakikat yang dapat kita pelajari dari episod pengkhianatan politik ini cukup jelas. Sejarah juga telah membuktikan; setiap perbuatan khianat akan pastinya berakhir dengan siri-siri pengkhianatan seterusnya.
“Pengkhianat tidak akan pernah mendapat kepercayaan oleh rakan pengkhianat yang lain. Kumpulan ini akan hidup dalam paranoid setiap masa. Sedikit demi sedikit, mereka pasti akan ditelan oleh dosa-dosa politik mereka sendiri,” katanya.
Tegas Sheikh Umar, Pakatan Harapan boleh menjadi contoh tauladan yang baik kepada rakyat bagaimana gabungan itu kekal bersatu dan istiqamah tidak kira sewaktu susah mahupun senang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Johor DAP Youth chief: Matter of time before Umno betrays Bersatu and Muhyiddin
Friday, 10 Jul 2020 02:45 PM MYT BY BEN TAN
JOHOR BARU, July 10 — Johor DAP Youth chief Sheikh Umar Bagharib Ali said the latest “verbal” spat between Rural Development Minister Datuk Abdul Latiff Ahmad and Umno leaders is a clear signal that there is no cooperation between the political parties within the Perikatan Nasional (PN) government.
He said Umno’s issue with the Mersing MP shows that internal conflict does exist within the ruling political coalition.
“For Umno, the existence of PN is merely a weapon for them to seize power from Bersatu led by its president Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“This situation will definitely force Muhyiddin to have no choice but to join Umno and disregard Bersatu or remain as a minority prime minister, waiting for his fate to be determined by the heirs of the kleptocratic regime at any time,” Sheikh Umar said in a statement today.
The Paloh assemblyman and former state government executive council member under the previous Pakatan Harapan (PH) administration said Umno’s president and former president (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and Datuk Seri Najib Tun Razak) had also openly responded to Abdul Latiff by declaring to take back the Mersing parliamentary seat.
He said such remarks is a blow to Muhyiddin and will affect Bersatu’s chances in defending the Mersing parliamentary seat.
“This war of words is the initial seeds of how Umno will swallow Bersatu ahead of the next general election,” he said.
Sheikh Umar said the fact that we can learn from this episode of political betrayal was quite clear.
“History has also proven; every act of treachery will surely end with a series of subsequent treachery. A traitor will never be trusted by another traitor.
“This group will live in paranoia all the time. Little by little, they will surely be swallowed up by their own political sins,” said Sheikh Umar.
Earlier this week, Abdul Latiff drew the ire of his allies in Umno, after calling the latter’s Sabah chapter irrelevant during a live-stream last Tuesday.
Many in Umno have since criticised the minister for his remark, labelling it insulting and demanded for his resignation.
Abdul Latif had since apologised for his comment and claimed his quotes were taken out of context.
|
|
|
|
|
|
|
|
elokla kne telan... siapa je yg nak undi bersatu lagi melainkan hanya sejumlah minoriti je
bersatu ni selayaknya mcm amanah |
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang cakap, Azmin ada 29 krusi MP tapi cuma bawak kluar 10 sajer. Dia pun berlumba nak jadi 1st PM lgbtq jugak. Korang rasa? Zahid Komedi pun berkata to Azmin, over my dead Yindon body, gitteww!! TS punya approval ratings tanpa party dalam 80%, dia pun kata, ada aku kesah sambil melafazkan Rukun Negara semalam! The end! |
|
|
|
|
|
|
|
bergasak la umngok oii... ada din kisah??
janji din pm.
kalu umngok tamo kawan parti bunga takpe, pas ada je. wekk!! |
|
|
|
|
|
|
|
Nak vote - i hate i am ph.. Tp butang vote tak disediakan pula. Mohon tt review semula option yang ada |
|
|
|
|
|
|
|
bole tambah tak satu lagi poll
4. What??DAP??harkkk tuihhhh!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by I.am.PH at 13-7-2020 03:15 AM
Setiap maklumbalas dari peminat saya, pasti saya akan ambil berat
|
|
|
|
|
|
|
|
OK, boleh... saya menghormati hasrat peminat saya
|
|
|
|
|
|
|
|
Telah saya penuhi hasrat saudari, semoga berkenan
|
|
|
|
|
|
|
|
nie pendapat aku.skrg nie aku tgk umno mendominasi. bersatu bai bai la pas nie. nak sgt pintu belakang kan. so kalu next pru umno pegang balik so kiter speku sapa PM .. ulang aling perangai busuk politikus mmg tak kemana. |
|
|
|
|
|
|
|
I.am.PH replied at 13-7-2020 11:18 AM
Telah disediakan
Haaa... Bagus tt ni.. Nnt saya vote..xle buat sekarang sbb nnt tt tahu vote saya
#normabaru
#undiadalahrahsia |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting DAP dah kena telan
bangkai je taraf DAP sekarang |
|
|
|
|
|
|
| |
|