CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAL

Bayi Baru Lahir Maut Dicampak Ibu Dari Tingkat 13 Di Georgetown

  [Copy link]
Post time 10-7-2020 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Baby tu xde salah apa, patutnya dia aje yg terjun dr tingkat 13 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 04:23 PM | Show all posts
Giler tergamak buat macam tu. Bertambah2 dosa kau tu dik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Time beromen tak takut pulak kau
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 05:27 PM | Show all posts
Campak bayi dari tingkat 13: Pelajar kolej dan teman lelaki ditahan [METROTV]
MyMetro Utama


Audrey Dermawan
audreymd@nst.com.my

POLIS menahan pelajar kolej dan teman lelakinya masing-masing berusia 18 tahun bagi membantu siasatan kes bayi baru dilahirkan dicampak dari tingkat 13 sebuah apartmen di Bandar Baru Farlim, Air Itam, Georgetown, pagi tadi.

Remaja yang dipercayai ibu kepada bayi itu ditahan di kediamannya pada 11.55 pagi.

Difahamkan dia menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan keluarga.

Susulan tangkapan itu, teman lelakinya yang juga penganggur dan mempunyai satu rekod jenayah lampau ditahan di sebuah rumah di Jalan Penawar jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi perempuan itu di parkir tingkat empat bangunan pada jam 8.25 pagi daripada penduduk.

"Siasatan awal, ibu bayi itu mengaku dia terjaga dari tidur jam 6 pagi kerana sakit perut. Selepas 30 minit, dia ke tandas untuk membuang air besar.

"Dia mendakwa ketika itu bayi terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan sempat mendengar tangisan kecil.

"Dia kemudian membungkus bayi itu dengan baju T yang dipakainya dan mencampakkan bayi itu melalui tingkap," katanya hari ini.

Bayi itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan beberapa ahli keluarga suspek berada di rumah ketika kejadian namun tidak menyedari apa yang berlaku.

Soffian berkata, pelajar kolej dan teman lelakinya itu di bawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Sementara itu, penduduk, Ahmad Nizam Bakar, 46, dia mengetahui kejadian itu pada 8.18 pagi menerusi kumpulan WhatsApp.

Dia yang juga setiausaha persatuan penduduk bergegas turun ke tingkat empat dan mendapati mayat bayi itu dalam keadaan tersembam.

"Saya segera memanggil pengawal keselamatan untuk membawa kotak bagi menutup mayat manakala penduduk lain menghubungi polis," katanya.

Menurutnya, dia mengenali keluarga suspek dan mereka kelihatan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 3:48 PM


Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts


dh carry 9 bln nape kejam sgt dik gi buang...?baya anak sulung aiols ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 05:52 PM | Show all posts
Panic tak fikir panjang macam tu ler selalu tindakannya.  Baguslah dah tertangkap keduanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2020 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dua2 dihantui penyesalan seumur hidup. Sian nyawa tak berdosa. Makbapak sendiri plak jadi pembunuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 06:19 PM | Show all posts
tgkla seumur hidup dia mesti sengsara nak tanggung dosa yg dia buat nie..takkan tenang dah hidup dia pasni. serupa hidup dalam mati je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kes ni camne leh tertangkap si ibu ek? Ada org ternampak ke ibu tu campak? Ke polis ketuk setiap unit yg hadap area situ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin post partum depression
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sialannnn...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya..celaka la korang dunia akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dikk ko akan rasa bersalah sepanjang hidup ko dik.. Menjawab la ko kt sana dik
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 08:11 PM | Show all posts
Kenapalah buat kerja gila ni, ingatlah kesedapan yang hanya sekejap tu boleh memberi impak seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 08:42 PM | Show all posts
aku bukan nak sokong zina bebas,tapi ko xtau ke pil perancang,kondom,segala pencegahan kehamilan? x belajar biologi or basic sains ke klu dah bersetubuh,sperma dipancut kedalam rahim,bole disenyawakan dgn ovum? jadi segumpal darah? jadi embrio? pastu jadi bayi? aku ingatkan kes yg campak baby ting 4,rupa ada yg baru pulak..ingat ni trending ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak pengsan bila bayang kan.... sedihnye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mgkn kena lebih ramai org mcm fynn jamal yg tlg membela nasib anak luar nikah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 10-7-2020 05:27 PM
Campak bayi dari tingkat 13: Pelajar kolej dan teman lelaki ditahan [METROTV]
MyMetro Utama


Kenapa manusia sebegini senang ja nak beranak??? Sakit perut.. lepas 30 minit buang air besar.

Jilake.

Aku susah payah nak mengandung, aku jaga diri & baby. Punya la precious anak tu. Time nak beranak astaga... Allah je tau betapa sakit nya nak beranak. tp manusia cenggi boleh plak beranak macam berak pastu buang anak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
judicata replied at 10-7-2020 11:38 PM
Kenapa manusia sebegini senang ja nak beranak??? Sakit perut.. lepas 30 minit buang air besar.

...

Memang ada orang, senang beranak sis. Macam video di bawah ni ha. Baik betul babynya senang ja kuar.

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-7-2020 11:41 PM
Memang ada orang, senang beranak sis. Macam video di bawah ni ha. Baik betul babynya senang ja kua ...

Tapi kalau baca cerita mak mak yg buang anak ni.. semuaaaaa okay yg jenis cenggini. Mana la mak gini tak buang anak? Macam berak kot. Kalau dorang merasa betapa sakit nak beranak mesti ada kurang rasa nak buang anak huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.177468 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list