CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1051|Reply: 8

[Tempatan] Edisi Balik Kampung sempena cuti sekolah. Tiket ETS untuk Aidiladha dijual esok

[Copy link]
Post time 10-7-2020 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Tiket ETS untuk Aidiladha dijual esok
Oleh Latifah Arifin

KUALA LUMPUR: Pengguna perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar boleh mendapatkan tiket pulang berhari raya sempena Aidiladha, bermula esok.

Ketua Komunikasi Strategik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ahmad 'Asri Khalbi, berkata, penjualan tiket membabitkan perjalanan bagi tempoh 15 Julai hingga 30 September ini.

"Sebanyak 40 perkhidmatan ETS akan ditawarkan sempena musim balik kampung membabitkan perjalanan antara 29 Julai hingga 3 Ogos.

"Ia bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat mendadak pada waktu puncak dan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad 'Asri berkata, KTMB turut menyediakan 18 perkhidmatan KTM Antarabandar khusus bagi penumpang yang akan pulang ke kampung ke pelbagai destinasi termasuk di selatan dan Pantai Timur Semenanjung.

"Pembukaan jualan tiket itu akan dibuka serentak di semua stesen dan menerusi sistem dalam talian KTMB.

"Pengguna dinasihatkan membeli tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang lebih rendah dan penjimatan berganda," katanya.

Katanya, pengguna yang melakukan pembelian lebih awal boleh melakukan pemilihan tempat duduk berbanding mereka yang mendapatkannya pada saat akhir.

Kenyataan sama turut memaklumkan pembelian secara dalam talian boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi KTMB iaitu www.ktmb.com.my atau menggunakan aplikasi telefon pintar menerusi KTM MobTicket.

Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Talian KTMB di talian 03-22671200 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah sekali mencuba naik ets ke alor setar ade seminar kat sane tahun 2018 dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku beli tiket 1-2 bulan lebih awal
Booked, bayar hotel semua sebelum teip. Bawak duit makan je
Downsidenya kalau tarikh event kena ubah banyak tiket burn
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 08:53 AM | Show all posts
Yang masih percaya C19 masih ada di planet bumi ini, tak perlu balik kampung merentas negeri, sebab kes baru positif C19 kembali dua angka.. Tgk la, artis Yatt Hamzah enggan berbuat demikian demi keselamatan dan kesihatan dia dan anaknya.. Ini nasihat, bukan mengada-ngada tau..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:50 AM | Show all posts
Kepada masyarakat yang hendak pulang ke halaman kampung menggunakan keretapi, sudah boleh beli tiket ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2020 02:18 PM | Show all posts
aku balik naik DRONE je senang terus turun depan rumah
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 07:24 PM | Show all posts
nak tanya , flight MAS KUL ni okay ke SOP dia, i nak balik tapi takut sebab bila fikirkan confined space with the passengers yg you dont know ...and circulating air?

so MAS ni depa buat ape dah ye untuk kurangkan risiko jangkitan?

musykil ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2020 07:27 PM | Show all posts
mohon pihak media atau komunikasi korporat MAS berikan information on the SOP they have adopted in reducing the risk of infections?

i nak balik but i tak nak drive sebab letih keje banyak but takut lah dok kumpul kat KLIA tu and then terfikir pulak dalam flight berapa seats selang ye ? then circulating ? air? ade pencerahan ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.127953 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list