CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2956|Reply: 28

[Tempatan] Jika sebelum ini pelajar universiti dan murid sekolah masuk hutan cari internet,

[Copy link]
Post time 10-7-2020 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 10-7-2020 04:02 PM

Guru besar masuk hutan cari akses Internet
Jumaat, 10 Julai 2020 @ 9:00 PM



DEMI tuntutan tugas, Rabdunieh Jalil yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Nukakatan, Ranau, Sabah sanggup memandu kenderaan pacuan empat rodanya masuk ke dalam hutan untuk mencari akses Internet bagi menghadiri mesyuarat secara dalam talian.

Kisah Rabdunieh itu tular di laman sosial selepas dikongsikan anak kelimanya, Anis Hanani, 20, di Twitter, kelmarin.

Menerusi ciapan berkenaan, Anis Hanani memuat naik tangkap layar mesej Rabdunieh di kumpulan WhatsApp keluarga dan gambar swafoto bapanya ketika berada di dalam hutan.

Gambar dikongsikan itu menunjukkan Rabdunieh duduk dengan berlatar belakang hutan manakala komputer riba diletakkan di atas kerusi plastik di hadapannya.

Rabdunieh yang mengajar subjek Pendidikan Moral dan Matematik itu berkata, gambar itu diambil pada Rabu lalu dan dikongsikan dengan keluarganya menerusi WhatsApp untuk memaklumkan keadaannya.


TANGKAP layar perbualan Rabdunieh dengan kumpulan WhatsApp keluarganya memberitahu dia berada di dalam hutan. (Gambar kanan) Rabdunieh bersama murid di sekolahnya. FOTO ihsan Anis Hanani Rabdunieh.

"Saya perlu menghadiri mesyuarat dalam talian dengan Bahagian Pengurusan Aset dan Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pada Rabu lalu dan ia bermula 9 pagi.

"Namun, tiada akses Internet di sekolah, jadi saya terpaksa menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk ke kawasan berbukit di dalam hutan.

"Tidak sempat untuk ke Pekan Ranau kerana perjalanan ke situ saja mengambil masa dua hingga tiga jam," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Rabdunieh berkata, beliau tidak tahu mengenai ciapan anaknya itu sehingga pulang ke rumahnya di Kampung Silou, Ranau, hari ini.

"Saya tinggal di kuarters dan pulang ke rumah seminggu sekali saja iaitu setiap Jumaat.

"Jadi, baru hari ini saya tahu mengenai ciapan anak di Twitter dan terkejut kerana tidak sangka kisah itu akan tular," katanya yang berkhidmat dalam bidang perguruan sejak 33 tahun lalu.

Sementara itu, Anis Hanani berkata, dia tidak sangka ciapannya di Twitter mendapat perhatian warganet kerana sekadar mahu berkongsi kesungguhan bapanya dalam menjalankan tugas.

"Ayah mengajar di sekolah pedalaman, jadi kami sekeluarga memang tahu akses lnternet di kawasan berkenaan amat terhad.

"Disebabkan itu, saya dan ahli keluarga lain terkejut apabila menerima kiriman gambar ayah di dalam hutan menerusi kumpulan WhatsApp pada pagi hari berkenaan.

"Tak sangka ayah sanggup buat begitu demi tugasnya, tetapi sebagai anak, tentunya saya kagum dengan kesungguhannya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap ada lah tindakan ye
Daripada pihak berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
SK Nukakatan ini elaun pedalaman tak silap masih 1.5k. Imagine ja la ulunya gimana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2020 11:57 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 10-7-2020 03:43 PM
SK Nukakatan ini elaun pedalaman tak silap masih 1.5k. Imagine ja la ulunya gimana.

Betul-betul middle of nowhere ni, tapi pemandangan cantik sangat












Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 10-7-2020 11:57 PM
Betul-betul middle of nowhere ni, tapi pemandangan cantik sangat

Cantik tapi life memang takda sangat la. But tenang la. Jauh darik jem, etc. Tapi masalah line tadak, letrik pakai generator, sure buat ko stress.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2020 12:07 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 10-7-2020 04:09 PM
dua_chzy replied at 10-7-2020 04:02 PM
Cantik tapi life memang takda sangat la. But tenang la. Jauh darik jem, etc. Tapi masalah line tad ...
This is so true...

I can't imagine ketabahan dan kesabaran guru-guru yang cekal mengajar di pendalaman. They are special kind of breed.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2020 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 11-7-2020 12:07 AM
This is so true...

I can't imagine ketabahan dan kesabaran guru-guru yang cekal mengajar di penda ...

Mandi pakai air graviti. Bila hujan, air jadik milo. Nak minum air bersih, wajib pasang filter or beli drinking water berkotak. Rega makanan proses, ayam, daging, mahal 2-3 kali ganda dari rega Semenanjung.

Sebab tu elaun pedalaman tinggi. Jika tak kuar dari kampung tu 6 bulan dan perbelanjaan minimal (bil letrik, air, takyah bayar), dah boleh kumpul 20k untuk cecikgu gred 41 ke atas.

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Well done lah cikgu. Hendak seribu daya.
Cantik nye tempat ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2020 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok la tweet ank dia viral
Maybe lps ni pihak berwajib boleh consider boh pamancar baru mcm kes adik veveonah
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 11-7-2020 12:54 AM
Mandi pakai air graviti. Bila hujan, air jadik milo. Nak minum air bersih, wajib pasang filter or  ...

Tenangnya kehidupan. Boleh ternak ayam itik sendiri la kawasan gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
22 bulan pegang Malaysia, apa yg kau buat?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 07:43 AM | Show all posts
jangan berat sebelah pula...yg sana di sana sampai nak letak tiang tenet....yg di sini....di seen je.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
harap satu hari nanti dpt buat road trip kat sana, mcm best je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabah sarawak mcmnilah keadaannya. Tak dapat nak salahkan pm yg memerintah masatu. Sarawak especially, sekarang bukan main kata KINGMAKER. Patutnya they have the biggest say, boleh demand dari dulu. But what happened? Dah kenyang dapat habuan boleh lah kata itu ini
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 08:56 AM | Show all posts
Edited by gekkou at 11-7-2020 08:57 AM

semoga pihak yang bertanggungjawab masukkan lah kemudahan yang perlu
bukan dekat sekolah saja
di rumah-rumah juga
sanggup panjat pokok, panjat bukit, masuk hutan
demi laksanakan tanggungjawab


kat kampung orang asli cameron tu
tak masuk elektrik atas alasan kos tinggi
harapkan lampu solar dan bateri saja
kata tok penghulu
kalau disuruh bayar bil, diaorg mahu saja
kerana di situ ada jua tadika untuk anak-anak orang asli
dan penduduk situ kerja pun elok
bukan p cari kayu or herba dalam hutan pun
nak kata tak mampu bayarpermohonan sudah dibuat banyak kali
katanya YB sudah luluskan
tapi setakat lulus lepas itu senyap
-ini kisah tahun lepas during company visit there-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2020 09:45 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 10-7-2020 04:54 PM
Mandi pakai air graviti. Bila hujan, air jadik milo. Nak minum air bersih, wajib pasang filter or  ...

Saya pernah ikut serta NGO Center for Orang Asli Concerns (COAC) kawan Puan Siti Kassim ke Kampung Orang Asli di Cameron Highland - Gua Musang, 3 jam perjalanan off road.

Tiada letrik, tiada talian telefon dan guna air graviti tapi tidak ada nyamuk.

Tandas pun makeshift toilet.

Betul sangat, air graviti ini jika hujan jadi berkeladak dan jika hujan lebat paip akan tersumbat dengan daun dan batang kayu. Orang Asli terpaksa berjalan kaki dalam hutan sejauh 1 KM untuk bersihkah tempat takungan sumber air graviti tersebut supaya berfungsi balik.

Hari pertama seronok, hari ke dua enjoy, hari ke tiga mula boring, hari ke empat tak sabar nak balik ke KL.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2020 11:11 AM | Show all posts
Kalau guna filter, boleh dapat macam gambar di Ubud, Bali


Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 12:20 PM | Show all posts
nti dpt la tu fiber optik terus
sgt digalakkan skrg ni siapa yg ibnternet kaput utk duduk atas pokok/bangunan dan viral
untung sabut TM pasang fiber optik
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 11-7-2020 12:22 PM
ultra78 replied at 11-7-2020 07:07 AM
Tenangnya kehidupan. Boleh ternak ayam itik sendiri la kawasan gitu.


Aiol kalau tak kuar dari kuarters, memang save gila iya. Bil letrik kuarters aiol pun takat 20-25 hengget ja sebulan. Air free. Nak tau cikgu2 tinggal ngan ngaja pedalaman ni, senang saja. Kriteria first, keta besar. Kriteria second, bila pi bandar, belanja macam orang gila.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 11-7-2020 09:45 AM
Saya pernah ikut serta NGO Center for Orang Asli Concerns (COAC) kawan Puan Siti Kassim ke Kampung ...

Yeap, gitulah rasanya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.068580 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list