CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4919|Reply: 35

[Jenayah] Update #29 - KANTOI big time: KPN - poster fitnah datang dari website Maufakat N

[Copy link]
Post time 11-7-2020 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 11-7-2020 01:52 PM

Polis akan dakwa individu di balik 'hantaran menghasut' kaitkan MP Segambut
Alyaa Alhadjri & Hariz Mohamad Diterbitkan 10 Jul 2020, 11:12 pm



Polis telah mengenal pasti suspek yang telah memfitnah Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh melalui kenyataan palsu yang dikaitkan dengannya, yang mana beliau telah disiasat di bawah Akta Hasutan kerana hal itu.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata polis telah menemubual Yeoh dan merakam kenyataan dari suspek.

"Orang itu akan didakwa," kata beliau menjelaskan pihak polis akan menegakkan keadilan mangsa sama ada ahli politik atau pun pihak lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed sebelum ini berkata ahli parlimen Segambut itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Ata Komunikasi dan Multimedia 1998.



Yeoh disiasat berhubung satu hantaran di media sosial yang dikaitkan dengannya.

Bagaimanapun, bekas timbalan menteri itu telah menegaskan sejak Mac lagi, iaitu ketika hantaran tersebut mula muncul, bahawa kenyataan yang dikaitkan dengannya itu adalah palsu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2020 10:45 AM | Show all posts
wah sangat pelik sebab manipulasi media?

so bagaimana dengan artikel malaysia kini  yg disiarkan ini

https://www.malaysiakini.com/news/513999

Hannah Yeoh: Timbalan menteri wanita sokong kahwin bawah umur

"Apa akan jadi kepada perjalanan pelan negara kita untuk menentang perkahwinan kanak-kanak dengan pelantikan ahli parlimen dari PAS sebagai timbalan menteri KKWKM?" ciap Hannah Yeoh, semalam.

Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM) itu menyatakan kebimbangannya bahawa Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur yang dilancarkan kerajaan PH sebelum ini akan diketepikan susulan pelantikan Siti Zailah Mohd Yusoff sebagai kepimpinan baru kementerian itu.

Yeoh merujuk kepada rekod Siti Zailah, yang baru dilantik sebagai timbalan menteri KKWM, sebagai merestui perkahwinan kanak-kanak, khususnya dalam perbahasan parlimen pada Julai 2017.

Siti Zailah dilaporkan mempertahankan perkahwinan bawah umur kerana dibenarkan dalam Islam.

Katanya umat Islam tidak pernah mempersoalkan pilihan paderi Buddha dan Katolik untuk tidak berkahwin walaupun ini dianggap sebagai hak asasi.


Siti Zailah Mohd Yusoff
Katanya perkahwinan bawah umur dan kesalahan seksual dalam bentuk keganasan terhadap kanak-kanak adalah berbeza sama sekali.

Januari lalu kerajaan melancarkan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur bagi menangani punca-punca perkahwinan bawah umur di peringkat akar umbi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah, yang melancarkannya di Putrajaya berkata, pelan itu merangkumi tujuh objektif, 17 strategi serta 58 program dan tindakan bagi menangani punca-punca itu dalam tempoh lima tahun akan datang iaitu sehingga 2025.

Yeoh dalam ciapan seterusnya menyifatkan pemergian bekas menteri Wan Azizah Ismail daripada kementerian sebagai tamparan bagi usaha mempertahankan hak-hak wanita.

"Seorang timbalan perdana menteri wanita @drwanazizah tidak boleh diganti, barisan yang baru mengesahkannya," tegasnya.

Yeoh berkata kementerian itu sebelum ini dalam usaha menggubal peruntukan undang-undang berkaitan undang-undang antidiskriminasi gender dan mengekalkan jawatankuasa keganasan rumah tangga.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Zailah dan menteri bertanggungjawab Rina Harun berkaitan perkara itu.

_______


so malaysia kini  kena jawab tak?

sebab apa ARTIKEL di atas ditulis
macam Yb Hannah mengkritik YB Zailah menyokong?

adakah malaysia kini tersalahlapor ? macam kes menteri agama yg dikatakan bagi  musaadah covid9 tu?


ke macam mane?

isu ini menarik?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:51 AM | Show all posts
ni dari  FMT - akhbar portal liberal?   hm apa pendapat TT, bukan satu , tapi 2 portal, adakah manipulasi pihak media?



https://www.freemalaysiatoday.co ... ahwinan-bawah-umur/


Hannah Yeoh dipanggil polis berkait tweet perkahwinan bawah umur
FMT Reporters - June 16, 2020 3:56 PM
PETALING JAYA: Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Hannah Yeoh berkata, beliau dipanggil Bukit Aman berhubung satu catatan di Twitter yang dibuatnya mengenai perkahwinan bawah umur pada Mac lalu.

“Saya telah dipanggil oleh Bukit Aman untuk memberi keterangan bagi siasatan mengenai tweet ini.

“Sekarang ini, tanya soalan pun tak boleh,” katanya dalam catatan Twitter yang disertakan tangkap layar tweet asal itu.

Tiga bulan lalu, Yeoh menyuarakan kebimbangan terhadap pelan strategi kebangsaan untuk menangani perkahwinan bawah umur susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan

Dalam tweetnya pada 9 Mac lalu, beliau mempersoalkan apa yang akan berlaku kepada pelan strategi itu selepas pelantikan penggantinya, Siti Zailah Mohd Yusoff daripada PAS.

Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur dilancarkan pada Januari lalu untuk memastikan peraturan, garis panduan dan undang-undang di peringkat negeri berhubung perkara itu sejajar dasar persekutuan.

Pelan itu mengandungi program dan tindakan untuk menangani 6 faktor yang dikenal pasti sebagai punca perkahwinan kanak-kanak seperti kemiskinan dan kekurangan akses kepada pendidikan.

FMT sudah menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed untuk mendapatkan komennya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:52 AM | Show all posts
apa pendapat TT selaku pembuka thread?

ade 2 sumber yg saya sempat lihat dari beberapa portal  : satu malaysiakini dan satu FMT?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2020 11:03 AM | Show all posts
Saksikan dan dengar molek-molek penjelasan KPN mengenai kes Hannah Yeoh di minit ke 54:55

[youtube]HYJAMeVqKhU[/youtube]
Semoga bermanafaat
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:26 AM | Show all posts
Wah, ketaq lutut dah sy ni
Mcm mana ni?
Kene bukak thread sokong DAP ke untuk sucikan nama?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2020 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Spin la mcm mane sekalipun....dia xkn dpt lg menang hati rayyyykat yg hatinye terluka....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2020 12:06 PM | Show all posts
Xim replied at 11-7-2020 03:31 AM
Spin la mcm mane sekalipun....dia xkn dpt lg menang hati rayyyykat yg hatinye terluka....

Semoga tidak ada warga forum yang ketaq lutut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2020 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 11-7-2020 12:06 PM
Semoga tidak ada warga forum yang ketaq lutut

Ada ja yg ketaq lutut....nk tau pasaipa?pasai dewan parlimen sejuk amat....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 11-7-2020 12:06 PM
Semoga tidak ada warga forum yang ketaq lutut


Btw,selalu melolong memekik mintak kebebasan brsuara....skrg rayyyykat dah xde kebebasan bsuara ke??xkn bile dgn hannah yeoh terus xde kebebasan ittew... tanye je...hikssszzz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2020 12:59 PM | Show all posts
slyfynx replied at 11-7-2020 03:26 AM
Wah, ketaq lutut dah sy ni
Mcm mana ni?
Kene bukak thread sokong DAP ke untuk sucikan nama?

Tidak perlu buka thread
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 01:09 PM | Show all posts

Tapi sy dah ketaq lutut
Kene buktikan yang sy sokong DAP.
Mcm mana ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyway tak kan korang nak bagi anak pompuan korang umur 13 tahun pegi kawin...Dah gila ke haper.. Pegi duduk Afghanistan lah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 01:54 PM | Show all posts
bukan ke si hannah ke yg ketaq lutut masa mula2 polis pggil dia utk siasatan siap nak bersolidariti lgi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2020 03:09 PM | Show all posts
Semoga YB Puan Hannah Yeoh mendapat keadilan
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Si dato huzir ni bapaknye si haze yg keje kt tinker studio..tu je nk ckp. Heh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2020 04:53 PM | Show all posts
biasanya jadi macam nih lah, si A buat satu statement kontroversi. Lalu si polan yg marah meluap2 upkan status pemahaman dia sendiri yg sipi2 dari konteks asal statement si A. Then ada plak puak2 yg terlebih semangat buat ulasan panjang lebar merujuk status si POLAN, bukan statement asal si A, maka isu asal makin menjauh dari konteks sebenar. Ujung2 si B yg semakin merasa ISLAM DIHINA akan up status di FB dia kecam si A....

Bila masuk mahkamah verdict jatuh si B fitnah si A....atau x masuk mahkamah ppun si B akan buat pemohonan maaf terhadap si A sbb fitnah.....

Kenapa susah sgt nak baca sesuatu isu tu merujuk kenyataan asal si pembuat statement....x kisah lah si pembuaty statement tu kafir harbi ke sapa sekalipun, Islam x pernah halalkan kita org2 Islam memfitnah...

Nak kata dorg fitnah bleh xkan kita xleh fitnah, tu bukan hujah Islam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2020 05:40 PM | Show all posts
slyfynx replied at 11-7-2020 05:09 AM
Tapi sy dah ketaq lutut
Kene buktikan yang sy sokong DAP.
Mcm mana ni

Sebaiknya saudari dapatkan pandangan doktor perubatan dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Boleh jadi keadaan lutut saudari itu disebabkan faktor usia dan indeks BMI yang tidak ideal.

Boleh juga mula memakan suplemen kalsium dan banyakkan minum air, boleh juga tukar kasut yang tapaknya lebih lembut.

Semoga bermanafaat
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 05:59 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 11-7-2020 05:40 PM
Sebaiknya saudari dapatkan pandangan doktor perubatan dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.
...

*saudara

Xleh, ni bukan medical problem ni.
Sy dah menggigil2 takut ni.
anxiety terus.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2020 06:31 PM | Show all posts
slyfynx replied at 11-7-2020 09:59 AM
*saudara

Xleh, ni bukan medical problem ni.

Mungkin saudara kena berjumpa kaunselor atau ahli psikologi dahulu untuk dapatkan pendapat mereka
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.167963 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list