CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1091|Reply: 5

[Tempatan] Penyeludup ketum rempuh polis pengiring menteri ketika dikejar PGA ditangkap pol

[Copy link]
Post time 11-7-2020 07:27 PM | Show all posts |Read mode
Penyeludup ketum rempuh polis pengiring
MyMetro Mutakhir


PACUAN empat roda milik penyeludup ketum yang merempuh kenderaan polis di Felda Mata Ayer, Padang Besar, hari ini. FOTO Ihsan pembaca

Dziyaul Afnan Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


DUA anggota polis pengiring Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri cedera selepas dilanggar pacuan empat roda dipandu penyeludup ketum di Felda Mata Ayer, Padang Besar, hari ini.

Kejadian berlaku pada 12.30 tengah hari ketika mangsa berusia 52 dan 27 tahun sedang mengiringi menteri terbabit dalam lawatan seharinya.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, ketika kejadian kenderaan dipandu suspek berusia 43 tahun sedang dikejar anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA).

Menurutnya, penyeludup yang membawa lebih 570 kilogram daun ketum dalam kenderaan itu melanggar dua anggota pengiring motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta peronda polis.

"Suspek dipercayai sedang dalam perjalanan ke tembok sempadan (Malaysia/Thailand) sebelum terserempak dengan pasukan keselamatan yang sedang melakukan rondaan.

"Pasukan PGA bertindak mengejarnya sebelum kenderaan itu bertembung dengan rombongan menteri yang melakukan lawatan di Felda Mata Ayer.

"Sejurus pelanggaran itu, suspek ditahan oleh anggota polis yang ketika itu memberhentikan kenderaan bagi memeriksa anggota yang cedera," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, hari ini.

Saifudin berkata, kedua-dua anggota polis terbabit mengalami kecederaan ringan di bahagian kanan badan, dan salah seorang daripadanya mengalami sesak nafas.

"Mereka kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar," katanya.

"Suspek warga tempatan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 108 Kanun Keseksaan serta Seksyen 41(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 5:07 PM


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti terkejut polis pengiring tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul sampai 570 kg daun?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
syadq replied at 11-7-2020 08:45 PM
Biar betul sampai 570 kg daun?

Macamana boleh sumbat setengah tan dalam pacuan empat roda? Penyet2 jadi ketulan mampat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 09:39 PM | Show all posts
Orang klu dah buat salah mesti gelabah nampak polis kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2020 09:56 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 11-7-2020 09:01 PM
Macamana boleh sumbat setengah tan dalam pacuan empat roda? Penyet2 jadi ketulan mampat ke?

Shredded kot?... speku je ni...





Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.711418 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list