Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
2392
View
56
Reply

[Tempatan] Nak tengok 'Totey' sebenar? tunggu filem ini…

[Copy link]

Author: Nahnukutu       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-7-2020 09:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nahnukutu at 12-7-2020 12:54 PM

Nak tahu apa itu 'Totey', tunggu…
MyMetro Rap


SYAHMI akan menjelaskan maksud 'Totey' dalam fil;em Mael Totey. FOTO SYAHMI

Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

"SAYA tak akan jelaskan maksud 'Totey' sekarang kerana ia hanya akan dijawab dalam filem ini. Maksud sebenar 'Totey' akan diketahui jawapannya dalam filem Mael Totey nanti," kata Youtuber dan pelakon, Syahmi Sazli berkenaan judul filem sulungnya itu yang dikatakan berbunyi lucah.

Esok akan membuka cabaran baru buat Syahmi, 25, atau nama sebenarnya Muhd Syahmi Sazli kerana penggambaran Mael Totey akan bermula.

"Penggambaran dibuat sekitar negeri Kelantan iaitu Kota Bharu, Tok Bali dan Tumpat. Perasaan saya sangat gementar kerana ini kali pertama saya arahkan filem dan berlakon sekali.

"50 peratus kru saya terdiri dari sanak saudara dan sepupu saya yang tiada pengalaman buat kerja-kerja begini," katanya kepada Harian Metro.

Dia bagaimanapun mengambil langkah bijak apabila selebihnya mengambil kru yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman untuk bekerja dengannya.

"Mereka dah terbabit dalam ratusan filem. Merekalah yang bagi ilmu dan banyak tunjuk ajar.   

"Alhamdulillah mereka sudi nak bekerjasama dengan kami yang memang tiada pengalaman langsung buat filem," katanya.

Syahmi mengambil keputusan membawa Mael Totey daripada YouTube ke filem selepas menerima reaksi hebat daripada peminat.

"Drama ini dihasilkan sebanyak lapan episod dan dah setahun menyepi. Jumlah tontonan dari episod satu hingga lapan pula lebih 17 juta. Ia tergantung pada episod lapan dan peminat minta sambung di YouTube.

"Tapi saya pilih untuk buat filem dengan perbaharui plot dan suntik idea yang segar. Ia turut diselit dengan unsur spontan," katanya.

Mael Totey dianggarkan menelan kos antara RM300,000 sehingga RM400,000 menampilkan pelakon daripada golongan istimewa iaitu Asif Suhaimi, Yoe Parey, Bedul dan Pak Abu.

Menurut Syahmi, dia perlu memastikan mereka berada dalam mood terbaik supaya penggambaran yang dijangka memakan masa selama 12 hingga 14 hari berjalan lancar.

"Saya kena jaga mereka, tak boleh dedahkan dengan panas melampau kerana nanti tiada 'mood'.

"Saya akan biarkan mereka rehat dulu. Kalau tiada mood juga, saya akan bagi makan dan minum kerana itu penting.

"Perut mereka tak boleh kosong. Jika tidak, mereka tiada mood dan tak boleh berlakon. Saya akan pastikan mereka kenyang dan selepas itu barulah buat satu babak kemudian berehat dan begitulah seterusnya," katanya.

Ditanya berkenaan proses menghafal skrip, Syahmi berkata, dia melakukan sesi uji terlebih dahulu kepada mereka.

"Apabila dalam set tengah 'rolling', saya akan 'que' dan bagi arahan. Kami tiada 'cut' tapi saya akan buang bahagian di mana saya berikan arahan semasa proses suntingan nanti.

"Saya cuma risaukan cuaca yang tidak menentu sahaja sekarang. Kalau panas memang bagus tapi saya risau sekiranya mendung atau hujan.

"Kami banyak shooting 'outdoor' dan perlukan cahaya yang cukup," katanya.  

Filem yang dijangka ditayangkan di saluran Astro First pada Ogos atau September ini turut membariskan bintang YouTube Syahmi iaitu Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Yatin serta barisan pelakon terkenal terdiri daripada Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff.

#kw Syahmi Sazli

#loc Kelantan

End

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 6:03 PM


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 11-7-2020 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bukan taknak optimistic tapi aku rasa confirm flop. Kalau kt youtube maybe viewers tinggi psl free. Tapi kalau berbayar, aku agak skeptical
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat youtube sapa je golongan yg tengok drama bebudak ni....dah la guna loghat yg x semua orang faham. ...yg menonton view juta2 tu gol yg sama....level.yg sama je berkali2. ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:00 PM | Show all posts
aura pprt tu kuat sangat dikkkk....idok lah mengata, tapi hakikatnya begitulah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku serius tak paham jugak content depa ni.. Awal2 dulu ada tgk seminit dua.. Next terus kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:10 PM | Show all posts
aura filem pprt kuat sangat dan sudah tentu iols takkan sanggup menggadai nyawa untuk ke pawagam semata2 nak tengok filem pprt jajahan besut gong pasir penyu di kala covid 19 ini...

tak pasal2 kematian di ingati sebagai "mati katak kena covid19 sebab pergi tengok filem Mael Totey"
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 11-7-2020 09:50 PM
Kat youtube sapa je golongan yg tengok drama bebudak ni....dah la guna loghat yg x semua orang faham ...

Sgt sis....cube la pakai bahasa yg mudah difahami...aiols tgk kwn aiols yg sskjp je yg minat nk tgk video dorg ni....aiols penah try tgk...cam hambar je....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 11-7-2020 10:10 PM
aura filem pprt kuat sangat dan sudah tentu iols takkan sanggup menggadai nyawa untuk ke pawagam sem ...

Tayang kat Astro First.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tote bag.

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tak paham kenapa orang kata dorang ni kelakar. dahla hambar, cakap tak paham (x clear), pprt pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:29 PM | Show all posts
Sskjp mau la tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah rasa lawak.. ntah apa2.. pelik aku view kemain banyak
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sabri yunus yg buat i tgk la jgk sambil baca subtitle. Bkn taknak support tapi diorg ni best ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:17 PM | Show all posts

pun tak hengen iols nak langgan.. tapi so far memang jarang kot langgan astro first
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Totey tu perkataan utk budak2....hmmm jer la.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:57 PM | Show all posts
1. jumlah malaysian 32 jota...  katanya tontonan 17 jota...  separuh rakyat menonton deme?  ataupun 17 jota tu terhasil dari 1 jota rakyat yang tonton sebanyak 17 kali?  atau 2 jota rakyat yang tengok 8/9 kali?

2. serious aku menyampah dengan movie yang cuba melucahkan tajuk filem walau content tak lucah...  euwww sangat okek...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Xkomersial lansung tajuk film pun..10thn lg semua yg terlibat akan malu sendiri..huuu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
totey ni bukan maksud lucah...

aku pun tau totey tu lucah sejak main cari forum ni..umur dah 20an masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
boleh masuk netflix ke mane tau internasional nanti
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
utk org pantai timur, kocak/kopek lagi lucah

org pantai barat tkde rasa apapon

kocak=goncang kuat2 cecair
kopek=buang kulit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list