CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2220|Reply: 18

[Dunia] Update #17, Dr Phaik sebenarnya profesor madya wanita Malaysia pertama di Oxford

[Copy link]
Post time 11-7-2020 10:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 15-7-2020 01:30 PM

Dr Masliza lakar sejarah

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/598857/dr-masliza-lakar-sejarah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 7:39 PM

BERNAMA


Dr Masliza kini bergelar Profesor Madya di Universiti Oxford.  Foto Arkib NSTP.

DR Masliza Mahmod melakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia yang dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengucapkan tahniah kepada Dr Masliza atas kenaikan pangkat itu serta mengakui kebijaksanaan dan pencapaian hebat beliau sebagai pakar kardiologi.

"Beliau sememangnya seorang pakar kardiologi yang bijak dan meskipun berdepan pelbagai kesulitan serta cabaran, ketabahan dan minat mendalam beliau dalam penyelidikan klinikal menjadikan beliau seorang pakar kardiologi akademik yang ulung.

"Tiada apa yang boleh menghalang beliau untuk terus melangkah ke tahap lebih tinggi. Kita amat berbangga dengan pencapaian beliau... ," menurutnya dalam hantaran di Facebook.

Menurut Jabatan Perubatan Radcliffe di Universiti Oxford, penyelidikan Dr Masliza memfokus kepada penggunaan pengimejan resonans magnetik kardiovaskular (CMR), teknik-teknik spektroskopi bagi pengesanan awal kelainan jantung serta mencari rawatan baharu untuk pesakit kardiomiopati, kegagalan jantung, penyakit injap aorta dan diabetes mellitus.

Doktor berusia 47 tahun dari Batu Pahat, Johor itu kini menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Penyelidikan Kegagalan Jantung British Society of Cardiovascular Magnetic Resonance (BSCMR).

Ahli Royal College of Physicians (MRCP) dari London itu memiliki Ijazah Sarjana Perubatan Dalaman (MMed) dari Malaysia dan ijazah perubatan awal (MBChB) dari Universiti Otago, New Zealand.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2020 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniahhh dan terbaikk
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Tahniah Dr Masliza..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Great news for Malaysia..
Another bukti Malaysian bijak
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:22 PM | Show all posts
excellent - MRCP and then terus ke sini , cool. Bagus. salute.MMed dia kat mana ye Malaysia - wow malaysian specialist trained then dia buat MRCP...wow...cool good.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:24 PM | Show all posts
i salute sebab dia balik malaysia from otago serving the nations and buat MED some more and then buat MRCP balik ke UK, wow itu salute and then oxon. good i suka macam ni
no one akan argue dah, bagus.salute.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2020 11:24 PM | Show all posts
tahniah dr masliza, memang peramah orangnya... tapi doktor iols kenal semua peramah dan pandai bercakap dengan pesakit jenjarang la jumpa yang perangai hauk... selalu muka penjaga kaunter je yang hauk to the max nak senyum pun susah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:38 AM | Show all posts
salute Dr masliza... seorg wanita malaysia yg berjaya dpt tmpt di Oxfod... bukan calang2

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 11-7-2020 11:22 PM
excellent - MRCP and then terus ke sini , cool. Bagus. salute.MMed dia kat mana ye Malaysia - wow ma ...

Motip bangga dgn org tak tutop aurat & besar kemungkinan liberal ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 11-7-2020 11:16 PM
Wow! Great news for Malaysia..
Another bukti Malaysian bijak

Tak pakai tudong tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 05:01 AM | Show all posts
Tahniah!
Semoga menjadi inspirasi kpd generasi muda, contoh a beauty with brains.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Assoc Prof Dr.
Tetapi kenapa yg terbaik2 ni berada diluar negara  dan mendapat pengiktirafan. Tetapi di Malaysia yg ada position sebagai VC, Presiden sebuah U hauk sangat. Sebagai contoh Presiden sebuah GLU (government linked U)...... dah lah takde visi, apa yg kerajaan hendak..... lain dibuatnya, beli awards dan berskandel....... berlagak pulak tu macam terror tapi bengap
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia brain drain
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:47 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 12-7-2020 11:51 AM
pyropura replied at 12-7-2020 03:48 AM
Motip bangga dgn org tak tutop aurat & besar kemungkinan liberal ?

u ni nak ambil alih peranan sapa ni - ee u are so judgemental satu,batu api satu , dosa atas dosa tau.

i tak judge org pun , hukum  syarah hukum lah, tapi kalau dia bagus atas rezeki Allah kepada nya berupa kepandaian, kebaikan dia buat - kita raikan.doakan . itu kita mampu buat.

mana tahu dia bukan liberal dan 1000000000X lebih baik hati dari u ?

who knows...ada ramai kawan i prfessionals yg dlaam family  yg tak practising dan depa suka nak pakai tapi takut but nce depa pakai setelah kahwin, depa bagus, who are you nak buat statement macam tu? jgn dok mainkan hukum acah acah ye, syarak is syarak tapi as muslim sisters kita boleh doakan.
lagipun dia serve the nations, pi buat MMed Lagi then baru pursuing her passions, u tak org macam ni lagi bijak - why? dia tak buang masa dok acah situ ini tapi dia harness, dia honed  her clinical skills dan memang pursuing her interest dan buat exam speciality MMed and MRCP ni memang i salute, depa diam je dan buat keje , now academics, lagi bijak.

u buat ape? dok batu api je.

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 12-7-2020 11:47 AM
u ni nak ambil alih peranan sapa ni - ee u are so judgemental satu,batu api satu , dosa atas dosa  ...

Bila geng lobaicai anda tudoh org lain liberal takpe pulok yer, siap berdegang degung sukung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 05:31 PM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 15-7-2020 05:33 PM
pyropura replied at 13-7-2020 01:05 AM
Bila geng lobaicai anda tudoh org lain liberal takpe pulok yer, siap berdegang degung sukung lagi  ...

Sekali semua kena tipu..bkn yg pertama pun..yg ptama cina DAPig..

Wanita Malaysia dilantik Prof Madya di Universiti Oxford sejak 2016

zanariah_mutalib@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pakar kardiologi, Dr Masliza Mahmod menjelaskan, beliau bukanlah wanita pertama Malaysia yang menjadi Prof Madya di Universiti Oxford, United Kingdom.

Dalam hantaran Facebooknya semalam, Dr Masliza memaklumkan, rakyat Malaysia, Dr Phaik Yeong Cheah dilantik sebagai Prof Madya di universiti itu dalam bidang bioetika sejak 2016.

"Marilah kita mengucapkan tahniah kepada beliau kerana menjadi wanita Malaysia pertama yang mencapai tahap ini di Universiti Oxford.

"Bersama-sama sebagai wanita Malaysia, kami berdua akan terus meletakkan Malaysia di peta dunia. Tahniah buat beliau!" katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, Dr Masliza, 47, yang berasal dari Pulau Pinang melakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia yang dinaikkan pangkat sebagai Prof Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford.

Menurut Jabatan Perubatan Radcliffe di Universiti Oxford, penyelidikan Dr Masliza memfokus kepada penggunaan pengimejan resonans magnetik kardiovaskular (CMR), teknik spektroskopi bagi pengesanan awal kelainan jantung serta mencari rawatan baharu untuk pesakit kardiomiopati, kegagalan jantung, penyakit injap aorta dan diabetes mellitus.

Sementara itu, Dr Yeong Cheah yang juga berasal dari Pulau Pinang kini menjawat jawatan Ketua Jabatan Bioetika dan Libat Urusdi University Oxford.

Jabatan berkenaan memberi fokus kepada isu etika yang timbul daripada penyelidikan yang dijalankan dan bekerja dengan populasi yang terdedah seperti kanak-kanak, wanita hamil, pendatang asing serta mereka yang kurang bernasib baik.

© New Straits Times Press (M) Bhd


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2020 09:29 PM | Show all posts
'Dr Phaik sebenarnya profesor madya wanita Malaysia pertama di Oxford'

https://www.malaysiakini.com/news/534576

Diterbitkan Hari ini 7:04 pm
Dikemaskini Hari ini 7:13 pm



Dr Masliza Mahmod menjelaskan beliau bukan wanita pertama Malaysia yang dilantik sebagai profesor madya di universiti Oxford, United Kingdom.

Beliau berkata, Dr Phaik Yeong Cheah merupakan wanita Malaysia pertama dinaikkan pangkat bagi jawatan berkenaan di universiti berprestij itu.

Kenyataan itu dibuat selepas Masliza dilaporkan dinaikkan pangkat sebagai profesor madya bagi perubatan kardiovaskular di Jabatan Perubatan Radcliffe Oxford.

Sebaliknya, Masliza berkata Phaik dinaikkan pangkat bagi jawatan itu pada tahun 2016.

Phaik kini mengetuai Jabatan Bioetik dan Perhubungan di Unit Penyelidikan Perubatan Tropika Oxford (MORU) Mahidol, yang merupakan kerjasama antara Oxford dan Universiti Mahidol di Thailand.

Masliza menjelaskan perkara itu dalam catatan di media sosial beliau hari ini dan mengucapkan tahniah kepada Phaik serta mengatakan mereka bersama-sama "memastikan Malaysia berada di peta dunia"

"Telah saya ketahui bahawa Dr Phaik Yong Cheah menjadi profesor dalam bidang Bioetika dan Perhubungan di Universiti Oxford sejak 2016.

"Marilah kita mengucapkan tahniah kepadanya kerana menjadi wanita Malaysia pertama yang mencapai (kedudukan) ini di Universiti Oxford.

"Bersama sebagai wanita Malaysia, kami akan terus memastikan Malaysia di peta dunia," katanya dalam catatan di Facebook, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 15-7-2020 09:29 PM
'Dr Phaik sebenarnya profesor madya wanita Malaysia pertama di Oxford'

https://www.malaysiakini.c ...

Tengok, org liberal memang sangat sincere, beretika tinggi, transparent. Ni agenda puak lobai lar ni nak deny kejayaan nyonya Cina selet Dapig & nak promote mulayu jah  
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 15-7-2020 05:31 PM
Sekali semua kena tipu..bkn yg pertama pun..yg ptama cina DAPig..

Wanita Malay ...

Agenda lobai2 nak tenggelamkan kejayaan Cina kuminis Dapig. Sanggup menipu bagi berita tak tepat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.084778 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list