CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 984|Reply: 4

[Dunia] Lebih 800,000 dijangkiti COVID-19 di India

[Copy link]
Post time 11-7-2020 11:06 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 800,000 dijangkiti COVID-19 di India

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/07/709652/lebih-800000-dijangkiti-covid-19-di-india

Sabtu, 11 Julai 2020 | 5:08pm


Anggota polis mengawal setelah penutupan jalan baru-baru ini laksanakan kawalan pergerakan di bawah kawasan Perbandaran Siliguri sebagai langkah pencegahan terhadap coronavirus COVID-19 di Siliguri, India. - Foto AFP

NEW DELHI: Kes COVID-19 di India menjangkiti 822,603 mangsa setakat ini dengan lonjakan tertinggi 27,144 kes dalam tempoh 24 jam, menyebabkan hampir semua negeri melaksanakan sekatan pergerakan di kawasan berisiko tinggi.

Kes terbaru itu adalah antara lonjakan tertinggi dalam tempoh sehari di India selaku negara ketiga paling terjejas di dunia akibat virus terbabit, yang turut mengorbankan 22,144 mangsa setakat ini, dengan 519 kematian dalam tempoh 24 jam.

Menteri Kesihatan turut melaporkan, peningkatan jangkitan itu menyaksikan kes meningkat daripada 600,000 kepada lebih 800,000 dalam tempoh sembilan hari.

Dalam pada itu, kadar pemulihan juga dilaporkan terus meningkat pada kadar lebih 62 peratus.

Sementara itu, lapan daripada 28 negeri di India, termasuk Maharashtra, Tamil Nadu dan New Delhi yang paling terjejas teruk, menyumbang hampir 90 peratus daripada semua jangkitan.

Negeri paling popular, Uttar Pradesh dengan hampir 230 juta penduduk, mengenakan sekatan pergerakan pada hujung minggu manakala negeri lain menguatkuasa larangan ketat bagi daerah dengan kes yang tinggi.

Negara paling terjejas di dunia, Amerika Syarikat (AS), merekodkan 63,643 kes baharu semalam, menjadikan jumlah kumulatif 3,291,786 kes jangkitan termasuk 136,671 kematian setakat ini.

Brazil, selaku negara kedua paling terjejas di dunia, mencatatkan 1,804,338 kes jangkitan termasuk 70,524 kematian setakat ini.

Secara keseluruhan, wabak yang bermula di Wuhan China pada hujung tahun lalu itu sudah menjangkiti 12,631,066 mangsa termasuk mengakibatkan 562,894 kematian manakala 7,366,517 lagi disahkan sembuh. - AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihannyaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by slavehunter at 11-7-2020 11:24 PM

Tapi kalau kena perogol2 sana i ok jer.....pupus skit penjenayah. Uttar pradesh tu banyak kes rogol.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:26 PM | Show all posts
slavehunter replied at 11-7-2020 11:22 PM
Tapi kalau kena perogol2 sana i ok jer.....pupus skit penjenayah. Uttar pradesh tu banyak kes rogol.

bukan tu je chuols.. rakyat sana kan berbillion... 800,000 ni tak sampai 1 percent pun kalau 1 juta kematian pun takde efek besar
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 11-7-2020 11:26 PM
bukan tu je chuols.. rakyat sana kan berbillion... 800,000 ni tak sampai 1 percent pun  kalau 1  ...

Ala ala setakat angin lalu jer la 1 juta kena kannn? Hehehee.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.118320 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list