CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5570|Reply: 36

Jijik! Tuala Wanita Dicampak Keluar, Memang Perangai Penduduk Flat Macam Ni Ke?

[Copy link]
Post time 12-7-2020 08:28 AM | Show all posts |Read mode




Bayangkan kediaman yang seharusnya menjadi rumahku syurgaku bertukar menjadi neraka?



Itulah yang terpaksa dihadapi segelintir masyarakat Malaysia ketika berhadapan dengan kerenah jiran. Lebih menyedihkan apabila adab berjiran juga semakin hilang dengan tidak menjaga sensitiviti jiran lain.


Pengguna Facebook, Shazlin Nazli meluahkannya apabila pangsapuri yang didudukinya dipenuhi sampah serta bahan buangan yang dicampak merata-rata hingga menyusahkan dirinya dan jiran yang lain.


Antara yang dilemparkan ke luar tingkap adalah tuala wanita yang melekat pada piring Astro, perut ikan dan plastik sampah yang dicampak sesuka hati.






Kredit foto: FB




Menurut Shazlin, masalah ini pernah diadukan kepada Persatuan Penduduk dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun tiada tindakan diambil kerana tiada bukti jelas siapa yang melakukannya.



Patutlah ianya semakin berleluasa kerana tiada tindakan diambil terhadap pesalah ini.





Kredit foto : FB



Tuala wanita yang menjijikkan - FB



Walaupun ianya disebabkan mentaliti individu itu sendiri yang tidak peka dengan keadaan sekeliling, namun ada juga yang menunding kesalahan itu terhadap penduduk angkasapuri semata-mata. Betul ke orang flat macam tu?





Kredit foto : FB



Perut ikan yang dicampak ke luar - FB




Memang menjijikkan dengan pelbagai bahan buangan yang tidak masuk dek akal. Tetapi, adakah wajar menyalahkan kesemua penduduk flat hanya kerana sikap segelintir manusia tidak beradab? Anda rasa bagaimana? - CARI



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
jijikkkkksss
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku duduk rumah flat, memang macam ni dik... Tapi bukan penduduk asal yg buat macam ni, yg menyewa
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Cer check.....selalunya leluhur trisna yg mcm ni...
Kwn aku dok apartment, ada indon tu sewa tingkat brp entah ...selalu buang diapers budak ke bawah....ketua block check, sapa punya keja....ada sekali tu masa raya,org semua balik kg....deret unit dia tu tak de org lah, tapi diapers ada juga. Jd ketua blok ketuk pintu dia lah    .
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Yucks!!!!!!dlm rumah flat kat msia takde rubbish chute buabg sampah ke uolls?
#honestquestion
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:13 AM | Show all posts
pprt low class minded

bkn takat tuala wanita

baby hasil hubungan haram pun di campak nya skali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2020 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu start keje duk flat ppr. Majoriti melayu/india. Tepi lorong gerenti ada cat poops or bau pelik2. Keluar pintu jalan straight je tak sanggup tengok kiri kanan
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Simpati kt penduduk2 flat yg still ada civic conscious. Yg suka campak sampah & pengotor ni patutnya kene denda, name & shame. Jahat sgt smpi x peduli org lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 09:56 AM | Show all posts
pernah duk flat beberapa flat..mmg semua gitu..mostly buang sampah merata xpaham manusia yg bermentaliti camni
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa perangai manusia.. Ada ja dok flat tapi pembersih.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut ambik je pad tu pastu hantar kat bomoh bagi mandrem
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat2 lupa flat mana dulu, baling kerusi kot dr atas, kena kepala sorang budak yg kebetulan lalu kat bawah tu dgn maknya. Meninggal budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:50 AM | Show all posts
Pendidikan sivik perlu diterapkan kepada anak-anak bermula di sekolah tadika lagi, kalau tidak ada pembelajaran ini, maka jadilah perkara seperti ini
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu2 pindah mentari court tu berus gg da kembang diorg campak dr atas. Gituh je ko buang barang
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 01:11 PM | Show all posts
thats why kalu byk duit..duduklah area2 yg semengah sikit..x pelah berkorban sikit duit drpd tinggal dgn manusia2 spesis babi camnih
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:31 PM | Show all posts
Supersirap replied at 12-7-2020 11:50 AM
Pendidikan sivik perlu diterapkan kepada anak-anak bermula di sekolah tadika lagi, kalau tidak ada p ...

belajar moral..agama bagai tu setakat nak lulus exam..ko raserr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 12-7-2020 07:31 AM
belajar moral..agama bagai tu setakat nak lulus exam..ko raserr

Tu la, sedikit pun xde kesedaran, benda basic macam ni kebanyakan orang kita langgar
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku paling tak suka kalau kena panjat tangga flat kalau lif rosak. Mesti bau hanceng
Silap2 jumpa bongkah emas sekali
Dengan bising malam2. Orang lalu lalang depan umah lagi. Terjerit2 bercakap. Dengan bangsa bukak radio kuat2 bg satu blok dengar
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah walaupun dh berbelas tahun dok flat x pernah jumpa lg kes camni. Malahan maintenance sentuasa membersihkan persekitaran flat. Rs berbaloi bayar maintenance bulan2 50hinggit
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
patut la org ckp mentaliti pprt
kalau gini yg ditunjukkan{:freak

pprt pacik aku kat KL aku onh pergi sane rasa serammm
umah kecik aku rasa x bernafas, pastu lif dia hancing rosak sana sini. walaupun miskin tp kalau sama2 pandai jaga kebersihan dll, mesti ok
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.721749 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list