CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1228|Reply: 10

[Tempatan] Kereta terjunam dalam sungai di Jalan Kuching, KL. Update #8, Polis cari pemand

[Copy link]
Post time 12-7-2020 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 12-7-2020 05:12 AM

Kereta terjunam dalam sungai

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/598978/kereta-terjunam-dalam-sungai

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 11:27 AM

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


ANGGOTA bomba melakukan operasi menaikkan Toyota Corolla yang terjunam ke dalam sungai.  FOTO ihsan bomba.

SEBUAH Toyota Corolla terjunam ke dalam sungai selepas terbabas berhampiran pusat beli-belah Sogo di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 8.24 pagi seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Komander Operasi Kanan Mohd Azizi Abdullah berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dan bantuan daripada BBP Jalan Hang Tuah dengan kekuatan 15 orang anggota dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, terdapat sebuah kereta dipercayai terbabas dan terjatuh ke dalam sungai.

"Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan persediaan rapi dengan mengekalkan tahap keselamatan yang tinggi kerana arus sungai semasa hujan boleh menyebabkan sebarang kegagalan operasi menyelamat.

"Selepas membuat pemeriksaan, tiada mangsa di dalam kereta yang tenggelam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, difahamkan mangsa sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

"Anggota menjalankan operasi menaikkan kereta bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tamat sepenuhnya pada jam 10.47 pagi," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 11:37 AM | Show all posts
Kemek habis kereta tu, mujur masih selamat
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:52 AM | Show all posts
tiada mangsa dalam kereta..

mangsa sudah dihantar ke HKL...

apa cerita ni?

mangsa sempat keluar dari kereta ke waktu terbabas tu? apa cerita wartawan tak pandai menulis ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:54 AM | Show all posts
Teruk juga keadaaan keretanya tu.  Ni kes nak tekan break tertekan minyak ke macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
pemandu sempat keluar sblm kereta tu jatuh tebing tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita tak habis pon boleh masuk berita?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah nasib baik sempat keluar kete
Kalau dah terjun skali dgn kete dlm sungai tu, susah dah nak keluar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 01:11 PM | Show all posts
Polis cari pemandu

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -polis-cari-pemandu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 12:56 PM

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my



PEMANDU Toyota Corolla Dx hanya mengalami kecederaan ringan selepas terselamat apabila keretanya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai berhampiran pusat beli-belah Sogo di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, berdasarkan maklumat orang awam, kereta dipandu seorang lelaki.

"Makluman daripada orang awam mendapati pemandu berkenaan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan dan beredar dari tempat kejadian menghala ke klinik tidak pasti.

"Kita sedang mengesan pemandu terbabit," katanya

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dalam perjalanan dari arah Jalan Kuching menghala ke Bulatan Dato Onn.

"Apabila sampai di selekoh lokasi kejadian (di Jalan Kuching) kereta dipandunya hilang kawalan ke kiri jalan dan jatuh menjunam ke dalam sungai bersebelahan dengan Jalan Kuching," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, polis kemudian memohon bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik naik kereta terbabit ke tebing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya lepas selamatkan diri dr tenggelam tu mangsa malas nak fikir psl kereta. Biar la org lain yg settle kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 01:18 PM | Show all posts
lasagnaklcc replied at 12-7-2020 05:14 AM
Agaknya lepas selamatkan diri dr tenggelam tu mangsa malas nak fikir psl kereta. Biar la org lain yg ...

Salah satu kemungkinan, pemandu mungkin PATI.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 12-7-2020 11:52 AM
tiada mangsa dalam kereta..

mangsa sudah dihantar ke HKL...

Wartawan sek jenis keb kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.071084 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list