CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10780|Reply: 91

[Dunia] Penantian 19 tahun gadis Indonesia untuk berjumpa ayah kandung dari Kulim berakh

  [Copy link]
Post time 12-7-2020 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Penantian 19 tahun berakhir...
SYAIRAH ABDUL LAJIS | | 11 Julai 2020


Nur Lyana Aqilah, Paparan Twitter Lyana menarik perhatian umum.

GOMBAK - Penantian selama 19 tahun seorang gadis warga Indonesia untuk bertemu bapanya akhirnya tercapai selepas dibantu pelayar Twitter, Nur Lyana Aqilah, 22,

Nurul Happy Zalindra atau dikenali sebagai Iza, 19, yang mencari bapanya di Malaysia menerima khabar gembira selepas Nur Lyana yang juga pelajar tahun ketiga Jurusan Pendidikan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak berkongsi hasrat gadis berkenaan.

Menurut Nur Lyana, Iza terpisah selepas ibunya pulang ke Indonesia dan melahirkannya di sana. Sejak itu, Iza dan keluarganya hilang jejak manakala dia dimaklumkan alamat terakhir bapa gadis itu, Rahim Said, di Simpang 3 Keladi, Kulim, Kedah.

"Iza menghubungi saya menerusi 'direct message' (DM) di Instagram. Sejujurnya saya tidak kenal langsung dengan Iza dan sebelum saya membuka mesej di Instagram, saya mengambil langkah berhati-hati kerana bimbang scammer. Ternyata Iza bukan scammer dan saya membalas mesejnya.

"Iza bertanya saya tinggal di mana dan sebaik mengetahui saya tinggal di Kedah, dia mula memperkenalkan diri menerangkan tujuannya mahu mencari bapanya di Malaysia sebagai wali akad nikahnya," katanya kepada Sinar Harian.

Pada awalnya, Lyana meminta gadis itu berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia namun disebabkan wabak koronavirus (Covid-19), dia terpaksa membatalkan hasratnya.


Rahim Said, Nurul Happy Zalindra

"Atas kekangan itu, saya meminta maklumat terperinci seperti, nama, alamat, dan gambar bagi memudahkan saya mencari bapanya.

"Sebelum pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara, saya memuat naik beberapa maklumat peribadi bapa Iza di Twitter sekitar jam 12.20 tengah hari pada 6 Julai lalu.

"Selang tiga jam kemudian, saya menerima mesej dari warga Twitter dan memberi nombor telefon dipercayai bapa Iza. Saya terus menghubungi nombor itu dan ternyata benar, pemilik nombor telefon itu ialah bapa Iza yang selama ini dicari," jelasnya.

Anak sulung daripada dua beradik ini memberitahu, gadis berkenaan dan bapanya telah berhubung menerusi telefon bagi melepaskan rindu mereka.

"Saya gembira bercampur hiba melihat mereka. Saya langsung tidak menyangka walaupun tidak kenal Iza namun ALLAH menggerakkan hati saya untuk membalas DM di Instagram selain bantuan warga Twitter yang mengulang kongsi di media sosial," ujarnya.

Terdahulu, perkongsian Lyana tular di media sosial menarik perhatian umum yang turut membantu usahanya mencari lelaki bernama Rahim.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... n-19-tahun-berakhir
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2020 11:44 AM | Show all posts
'Ku sangka anak, isteri ditelan tsunami'
MyMetro Utama


(FOTO KANAN) RAHIM dan isteri keduanya, Suryati yang disangkanya terkorban dalam tragedi tsunami Aceh. (TENGAH) Nurul Happy Zalindra tidak pernah berjumpa bapanya. (KIRI) Rahim Said.

Oleh Mahaizura Abd Malik
mahaizura@hmetro.com.my

UMPAMA mati hidup semula. Itu yang dirasakan Rahim Said, 52, sebaik mengetahui anak dan isteri yang disangka terkorban dalam tragedi tsunami di wilayah Aceh, Indonesia pada 2004 sebenarnya masih hidup.

Biarpun hanya bersua muka menerusi panggilan video WhatsApp pada Isnin lalu, peluang berkenaan mengubat kerinduan dan merungkai sebuah rahsia yang tersimpan selama belasan tahun.

Menariknya, pertemuan secara maya itu berlaku hasil kuasa tular dalam tempoh tiga jam selepas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nur Lyana Aqilah Ahmad Nasir, 22, memuat naik ciapan berkaitan usaha pencarian seorang gadis Aceh menjejaki bapanya, rakyat Malaysia menetap di Kedah.

Menceritakan kisah sedih itu, Rahim yang menetap di Kulim mengakui terpisah dengan isteri keduanya, Suryati Ahmad Badawi,49, dan anaknya yang belum lahir ketika itu, Nurul Happy Zalindraa,19, pada 2000 ketika wanita itu pulang ke kampung halamannya di Aceh bagi menghadiri kenduri pernikahan adiknya.

Menurutnya, dia tidak dapat menemani isteri yang hamil empat bulan ketika itu berikutan masalah dokumentasi.

"Sejak kepulangannya ke Aceh termasuk bersalin anak kami (Nurul Happy Zalindraa) sehingga sebelum tragedi tsunami pada Disember 2004, kami sentiasa berhubung seperti biasa.

"Namun, selepas tragedi itu kami terputus terus hubungan. Saya di sini tidak pernah putus asa beberapa tahun cuba menjejaki anak dan isteri menerusi kenalan dan saudaranya di Aceh.

"Malangnya, banyak khabar berita yang saya terima mendakwa anak dan isteri sudah terkorban dalam tragedi itu," katanya kepada Metro Ahad.

Katanya, selepas menerima jawapan sama berulang kali selain ramai mengesahkan Suryati dan anak terkorban dalam tragedi itu, dia pasrah dan reda dengan ketentuan Allah SWT.

"Saya reda...sesekali jauh di sudut hati terbit jua rasa ralat dan bersalah selepas 'pemergian' mereka.

"Malah, hampir setiap tahun jika ada rezeki lebih kami sekeluarga di sini tidak pernah lupa mengadakan kenduri tahlil untuk mereka," katanya.

Rahim berkata, keajaiban tiba-tiba muncul Isnin lalu apabila Nur Lyana Aqilah menghubunginya memaklumkan anak dan isterinya di Aceh masih hidup.

"Saya rasa macam tak percaya apabila ada individu memberitahu anak dan isteri saya itu masih hidup menyebabkan terduduk seolah-olah tidak percaya mendengar berita itu.

"Antara seronok dan pilu pelbagai perasaan timbul, rasa macam mati hidup semula pun ada," katanya.

Rahim yang memiliki 13 anak termasuk anak tunggal hasil perkongsian hidup dengan Suryati berterima kasih kepada warganet terutama Nur Lyana Aqilah yang menjadi orang tengah kepada pertemuan mereka sekeluarga.

"Sejak Isnin lalu, setiap hari kami sekeluarga di sini sentiasa berhubung dengan keluarga di sana menerusi panggilan video.

"Saya juga berterima kasih kepada keluarga isteri saya di Aceh kerana menjaga anak dan isteri saya selama ini.

"Kami merancang akan bertemu selepas pasca Covid-19 ini berakhir," katanya sebak.

Sementara itu, Nurul Happy Zalindraa berkata, pertemuan dengan bapanya di platform maya itu bagaikan mimpi selepas usaha mereka sekeluarga menjejaki lelaki itu di Malaysia tidak pernah berhasil selama ini.

"Ibu dan saya di sini sudah puas mencari abah, kami juga dimaklumkan abah sudah tiada (meninggal dunia).

"Hendak pergi Malaysia kami tiada wang, malah nombor telefon keluarga di Malaysia juga tiada.

"Tahun lalu, saya tergerak hati memberanikan diri mencari abah di media sosial kebetulan untuk urusan dokumen pernikahan saya yang akan berlangsung penghujung tahun ini.

"Saya cuba menghantar direct message (DM) secara rambang kepada mana-mana orang di Malaysia, namun tidak pernah berjaya sebelum mesej saya akhirnya dibalas Nur Lyana Aqilah yang sudi menawarkan diri membantu saya.

"Rasa macam mimpi pertama kali dapat mendengar suara dan melihat abah melalui panggilan video, saya terharu, gementar...tetapi rasa bahagia sungguh," katanya yang menuntut di sebuah institusi jururawat di Lhokseumawe, Aceh.

Bagi Nur Lyana Aqilah, dia tidak menyangka bantuan kecilnya itu memberi impak besar dalam keluarga Rahim yang terputus hubungan sejak 16 tahun lalu.

"Saya sangat berbesar hati, malah tak pernah terfikir akan dapat bantu keluarga ini sedangkan kami tidak kenal antara satu sama lain.

"Saya percaya semua ini sudah diatur cantik Allah SWT yang menggerakkan hati saya untuk membalas DM Nurul Happy Zalindraa sebelum bersetuju membantunya.

"Saya tergerak hati membantu gadis ini kerana percaya dia memang dalam kesusahan sebelum meminta izin daripadanya untuk membuat ciapan pencarian bapanya di Twitter pada Isnin lalu.

"Alhamdulillah, dalam tempoh tiga jam saya memuat naik ciapan itu, ada seseorang menghantar mesej memberikan nombor telefon Pak Cik Rahim sebelum saya memberanikan diri menghubunginya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 8:01 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
I pun pernah msg fb random person nk cr long lost friend. Berhasil..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..bagus la..tp bagus jgk ank ppuan dia xberhenti try dm sape2..ada jgk org tlg akhirnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:59 AM | Show all posts
Syukurlah bertemu juga akhirnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 12:04 PM | Show all posts
Besar jasa Nur Lyana
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah... Iols sebak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 12:36 PM | Show all posts
Kisah ini terlalu heart warming kan sampai aku tak mau fikir selainnya.

Tumpang gembira sahaja lah.

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Aku tumpang happy
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:43 PM | Show all posts
Nahnukutu replied at 12-7-2020 12:36 PM
Kisah ini terlalu heart warming kan sampai aku tak mau fikir selainnya.

Tumpang gembira sahaja la ...

kau nak ckp mcm bau ikan kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 12:45 PM | Show all posts
salamon replied at 12-7-2020 12:43 PM
kau nak ckp mcm bau ikan kan

Tak nak!

Tak nak!




Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:55 PM | Show all posts
cantik nurul happy..
mudah2 an happy2 selalu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 01:00 PM | Show all posts

nak!  nak!


bole tahan gk pcik ni smpai 13 anak ..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian Nurul and maknya..pakcik ni? Hmmm jela
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
bapak nye memang warga Malaysia dari lahir ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 01:56 PM | Show all posts

"Sejak kepulangannya ke Aceh termasuk bersalin anak kami (Nurul Happy Zalindraa) sehingga sebelum tragedi tsunami pada Disember 2004, kami sentiasa berhubung seperti biasa.

"Namun, selepas tragedi itu kami terputus terus hubungan. Saya di sini tidak pernah putus asa beberapa tahun cuba menjejaki anak dan isteri menerusi kenalan dan saudaranya di Aceh.

"Malangnya, banyak khabar berita yang saya terima mendakwa anak dan isteri sudah terkorban dalam tragedi itu," katanya kepada Metro Ahad.

mungkin ramai antara kita dah lupa (kot belum lahir) akan tragedi tsunami yang maha dahsyat sehingga ramai yang hilang saudara mara dan terputus hubungan.

kita sangka baik sahaja lah ya kawan2


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok ki kena baca kisah ni..
Bapak kalau baik anak akan cari walau tak tahu masih hidup atau mati....
Tq Nur Lyana..byk pahala awak dpt  sambung kn kembali ukhwah antara ayah dan anak..
Kira mak Happy tu masih wife pocik Rahim ni la kannnn..
Hmm sonok la pocik jumpa balik bini tu...hmmm..hmmm

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.081021 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list