CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42060|Reply: 139

[Politik] Twitter Pemuda UMNO tak konfiden dengan PN #1: Nyawa PN di hujung tanduk dan sok

  [Copy link]
Post time 12-7-2020 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 14-7-2020 02:04 AM

Dr Asyraf Wajdi
@drasyrafwajdi
USUL TUKAR SPEAKER LULUS DENGAN MAJORITI TIPIS

SOKONG = 111
TOLAK = 109
BERKECUALI = 1
TIDAK HADIR = 1

Mampukah Kerajaan PN ini bertahan?

[twitter]https://twitter.com/drasyrafwajdi/status/1282550407235952640[/twitter]
Keputusan usul tukar Speaker: 111 sokong dan 109 tidak sokong

Setuju: 111
Tidak Setuju: 109
Tidak Hadir: 1
Tidak Undi: 1

[youtube]xFSML4Khdpk[/youtube]
Kadir: Guna usul PM singkir speaker sebagai 'undi tak percaya PM'
Diterbitkan Hari ini 12:33 pm



Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin mencadangkan supaya usul penggantian speaker parlimen pada sidang Dewan Rakyat esok dapat digunakan sebagai kaedah tidak langsung untuk mengukur sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

"Usul itu dapat digunakan untuk menunjukkan keyakinan kepada perdana menteri atau secara tidak langsung sebagai undi tidak percaya (ahli parlimen) terhadapnya," kata wartawan veteran itu dalam catatan blognya hari ini .

Ini berlaku selepas Muhyiddin, yang mengetuai pemerintahan Perikatan Nasional (PN) yang baru dibentuk, bulan lalu mengemukakan beberapa usul untuk menyingkirkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya Nga Kor Ming.

Usul itu, yang telah diterima oleh Ariff untuk dibahaskan, akan menjadi usul pertama yang bakal dibentangkan ketika Dewan Rakyat bersidang esok. Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung dari 13 Julai hingga 27 Ogos.

Dilaporkan Muhyiddin berhasrat mencalonkan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun sebagai speaker dan Ahli Parlimen BN Pengerang, Azalina Othman Said sebagai timbalan speaker.



Menurut Kadir hari ini, Muhyiddin barangkali berharap mendapat layanan yang lebih baik daripada speaker baru yang mana beliau berperanan dalam pelantikannya.

"Tapi mungkin tidak semudah itu. Beliau mungkin berhadapan penentangan daripada anggota Dewan Rakyat. Mereka mungkin tidak setuju dengan usahanya untuk menyingkirkan Mohd Ariff dan melantik Azhar.

"Sekiranya ini terjadi, kedudukan beliau sebagai perdana menteri akan terjejas kerana keadaan sebegitu dapat ditafsirkan secara tidak langsung sebagai undi tidak percaya terhadapnya," tulis Kadir.

Dalam catatan blognya, Kadir, yang merupakan penasihat media kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, menunjukkan ini pertama kalinya dalam sejarah negara bahawa seorang perdana menteri telah mencadangkan untuk membuang speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat.



Kadir bagaimanapun mencadangkan kemungkinan Azhar dipilih menjadi speaker Dewan Rakyat akan dapat meneruskan kebebasan penyandang jawatan parlimen itu. Azhar telah meletak jawatan sebagai pengerusi SPR pada 29 Jun lalu.

Tetapi timbul kebimbangan mengenai hal ini, memendangkan empat bulan lalu Muhyiddin telah melantik abangnya, bekas hakim mahkamah persekutuan Idrus Harun, sebagai peguam negara.

Ariff, bekas hakim, telah berhenti daripada jawatan parti dalan Amanah sebelum usul melantiknya sebagai speaker, manakala Nga, yang merupakan ahli parlimen Teluk Intan, masih bersama DAP.

Timbalan speaker Mohd Rashid Hasnon, yang merupakan ahli parlimen Batu Pahat yang berpihak kepada kerajaan PN, tidak terpengaruh dengan usul tersebut.

Setujukah?

Single Polls, Total 28 Users voted
71.43% (20)
28.57% (8)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2020 02:56 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 12-7-2020 07:15 AM

Apa terjadi jika Muhyiddin gagal singkir Ariff?
Wong Chin Huat Diterbitkan Hari ini 10:32 am



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan membawa usul untuk menukar Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof. Tindakan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen ini dikecam kuat oleh masyarakat sivil dan pihak pembangkang.

Muhyiddin dijangka akan berjaya tetapi apa yang akan terjadi jika berlakunya keajaiban - usul itu dikalahkan dengan tipis?

Adakah kegagalan menukar YDP akan memendekkan hayat pentadbiran Muhyiddin atau memaksa beliau membubarkan Parlimen? Adakah ia akan membawa bala kepada beliau sepertimana usaha Dr Mahathir Mohamad untuk mengelakkan transisi kepada Anwar Ibrahim berakhir dengan kejatuhannya sendiri sebagai perdana menteri?

Kalah tak bermakna hilang keyakinan

Pada masa lalu, sememangnya apabila usul atau rang undang-undang kerajaan ditolak oleh Parlimen, ia dianggap seolah-olah kerajaan sudah hilang keyakinan Parlimen. Sama seperti apabila belanjawan ditolak, kekalahan dalam perundangan bermakna perdana menteri perlu letak jawatan atau memohon perkenan untuk pilihan raya baru.

Sejarah merekodkan bahawa peletakan jawatan perdana menteri yang pertama di Britain berlaku pada tahun 1742. Setahun sebelum itu, pembangkang membawa usul tidak percaya yang julung kali dalam sejarah terhadap perdana menteri Britain yang pertama, Robert Walpole tetapi beliau berjaya mempertahankan kedudukannya.

Apabila usul kerajaan untuk mensahihkan satu pilihan raya kecil ditewaskan, Walpole menerima kekalahan itu sebagai kehilangan kepercayaan oleh Dewan dan mengundur diri.

Pada tahun 1944, di tengah-tengah Perang Dunia Kedua, Winston Churchill memberitahu Parlimen bahawa dia akan letak jawatan kalau posisi kerajaan terhadap satu pindaan rang undang-undang tidak disokong kerana ia samalah seperti usul percaya kepadanya. Dan Churchill menang pertaruhan tersebut.

Oleh kerana politik menjadi semakin kompleks, berpecah-pecah (fragmented), dan ahli parlimen penyokong kerajaan makin berani untuk mengingkari arahan parti, ia tidak masuk akal bagi sesebuah kerajaan zaman sekarang untuk mengundur diri setiap kali mereka kalah suatu undian.

Mengambil contoh dari Britain sekali lagi: Theresa May tidak letak jawatan sejurus selepas gagal mendapat undian majoriti di Parlimen untuk menyokong pelan Brexit yang dirunding pasukannya. Beliau hanya mengundur diri selepas kalah buat kali ke-4.

Oleh itu, jika Muhyiddin gagal menyingkirkan YDP Dewan Rakyat, beliau tidak perlu dilihat sebagai hilang kepercayaan Dewan Rakyat. Bagaimanapun, jika beliau berani membawa usul percaya terhadap dirinya dan berjaya mendapat undian majoriti, beliau akan dapat mengabsahkan kerajaannya dari segi prosedur dan membungkam pengkritiknya.

Seperti yang ditunjukkan oleh ahli parlimen PKR Hassan Karim, Muhyiddin bahkan mempunyai duluan yang ditinggalkan oleh Mahathir yang tidak letak jawatan apabila rang undang-undang untuk pindaan perlembagaan kerajaannya ditewaskan pada April 2019, juga julung kali di sejarah Malaysia.

Buat apa tukar YDP Dewan Rakyat?

Sebenarnya, apa manfaat yang akan diperolehi Muhyiddin dengan menyingkirkan Ariff?

Sekiranya motivasi Muhyiddin adalah untuk membalas dendam kerana keputusan YDP untuk menerima usul tidak percaya yang dibawa Mahathir terhadapnya (dalam aturan mesyuarat asal sesi parlimen pada 18 Mei), mungkin ia tindakan yang masuk akal.

Akan tetapi, jika pertukaran YDP didorong oleh perhitungan politik agar Muhyiddin tetap berkuasa, saya khuatir perdana menteri mungkin tidak diberi nasihat yang tepat.

Pembangkang mempunyai dua cara untuk menjatuhkan kerajaan. Undi tidak percaya secara formal dapat dielakkan jika kedudukannya terlalu belakang dalam aturan Dewan sehingga tiada peluang untuk berlaku. Usul tidak percaya atas Muhyiddin oleh Mahathir kini menjadi perkara ke-27 dalam aturan mesyuarat, jauh ke bawah. Seseorang YDP yang bersikap kepartian dan berat sebelah berguna untuk memastikan usul itu tidak dicepatkan.

Cara kedua adalah dengan tidak meluluskan Belanjawan (“rang undang-undang perbekalan”). Ini tidak dapat dielakkan oleh mana-mana YDP, sekalipun jika sikap kepartiannya setinggi awan.

Analoginya begini: Setiap tahun ketika Belanjawan dibentangkan, kepala kerajaan berada di atas papan pemotong Parlimen. Apabila Belanjawan diluluskan, kapak Parlimen tetap di udara dan kepala kerajaan selamat melepasinya tanpa dipancung.

Tidak ada YDP di dunia ini yang dapat menghentikan kapak Parlimen jatuh ke bawah apabila Belanjawan diusulkan. Apa yang membuatkan kapak itu tetap berada di udara (dan tidak jatuh dan memancung kepala kerajaan) adalah majoriti yang dipegang oleh kerajaan.

Oleh itu, jika Muhyiddin tiada majoriti, pemerintahannya akan berakhir selewat-lewatnya pada awal Disember apabila Belanjawan mesti diusulkan untuk undian. Jika pembangkang mempunyai majoriti, mereka boleh memalukan pihak kerajaan dengan menolak setiap usul dalam proses tujuh minggu selepas Hari Belanjawan (6 Nov).

Dari segi strategi, pengagihan jawatan-jawatan kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) demi memastikan kesetiaan anggota Parlimen kerajaan adalah satu langkah rasional dalam "scheme of things", tetapi bukan penukaran YDP.

Sebenarnya kalau Muhyiddin memiliki majoriti yang boleh menukar Speaker, lebih baik beliau menggunakannya untuk mengalahkan usul tidak percaya pembangkang. Ia sekaligus mematahkan semangat pembangkang dan memberikan kerajaannya keabsahan dari segi prosedur.

Manfaat kecil untuk kerajaan, rugi besar buat demokrasi?

Mungkin ada pembaca yang bertanya sekarang, “sekiranya penyingkiran YDP hanya membawa manfaat kecil kepada kerajaan, bagaimana ia pada masa sama boleh menjadi satu kerugian besar bagi demokrasi kita sehingga masyarakat sivil dan pembangkang membantahnya dengan lantang?”

Jawapannya: Ya, kerana fungsi Parlimen jauh lebih besar daripada sekadar sebuah badan pemilih (electoral college) yang menentukan perdana menteri.

Selain mengekalkan atau menarik balik kepercayaan kepada kerajaan dan meluluskan belanjawan, Parlimen yang kita bayar RM145 juta pada tahun 2019 (di mana RM44 juta digunakan hanya untuk membayar elaun bulanan anggota Parlimen) juga mempunyai dua fungsi yang lain: membuat undang-undang dan memantau pentadbiran kerajaan.

Dewan Rakyat kita memerlukan seorang YDP yang tidak berat sebelah dan berwawasan untuk menyatukan ahli-ahli parlimen dari pelbagai parti dan meneruskan reformasi parlimen. Antara perubahan penting yang masih diusahakan dan dinanti-nantikan: lebih banyak jawatankuasa parlimen, slot untuk urusan bukan kerajaan , cabutan undi untuk usul rang undang-undang persendirian, pengiktirafan kabinet bayangan  dan suruhanjaya perkhidmatan parlimen.

Sebenarya, mutu paling utama yang perlu ada dalam seorang YDP ialah sikap tidak memihak sehingga beliau dapat memimpin seluruh Dewan dan berupaya mengingkari kuasa Eksekutif bila perlu.

YDP Parlimen England yang paling masyhur, William Lanthell mengingkari perintah Raja Charles I yang masuk bangunan Parlimen dengan askar untuk menahan lima orang ahli parlimen yang mengkritik kerajaan (Istana pada zaman itu).

William Lanthell menjawab, “Ampun Tuanku. Patik tidak ada mata untuk melihat dan lidah untuk bersuara di sini kecuali menurut perintah Dewan yang patik bertugas sebagai hambanya.”

YDP Ariff bukan setia kepada Mahathir atau PH yang melantiknya. Beliau setia kepada, dan menjunjung, demokrasi berparlimen.

Mengapa saya berkata demikian? Apa bukti yang saya ada? Buktinya, YDP Ariff pernah “mengingkari” arahan dari dua perdana menteri. Sebelum mengingkari Muhyiddin pada bulan Mei (dengan menerima usul Mahathir), beliau pernah menolak permintaan Mahathir untuk mengadakan sesi parlimen khas pada 2 Mac. Sekiranya beliau setia kepada Mahathir, Muhyiddin mungkin bukan perdana menteri hari ini.

Tidak banyak YDP yang pernah diuji dua kali untuk mempertahankan kebebasan, autonomi dan kewibawaan Parlimen dari perdana menteri. Dalam dua ujian tersebut, Ariff bukan sekadar meninggalkan legasi dirinya, tetapi beliau juga mencipta halaman baru dalam sejarah Parlimen kita.

Apa pula alasan sekarang untuk menyingkirkan Ariff? Usul itu tidak menawarkan apa-apa penjelasan kecuali menyatakan "terdapat pencalonan lain."

Ini adalah satu penghinaan kepada Ariff, calon YDP baru Azhar Harun, dan kedudukan YDP itu sendiri. Parlimen yang kita biaya sebanyak RM145 juta setahun ini bukan bangunan gajah putih (white elephant) yang mewah tetapi tidak berguna, dan YDP pula bukanlah objek hiasan mewah yang kita boleh beli dan tukar sewenang-wenangnya.

Saya mengagumi visi, kecekapan dan integriti Azhar. Beliau boleh menjadi YDP yang hebat, mungkin tidak kurang berbanding Ariff dalam keadaan yang lain. Beliau juga pastinya seorang calon yang hebat untuk memegang kerusi YDP Dewan Negara.

Adalah tragis sekarang bahawa Azhar dijadikan untuk mengisi kasut besar yang ditinggalkan Ariff, yang mesti dipecat kerana telah lulus “ujian” sejarah dengan mengingkari dua orang perdana menteri.

Ada kemungkinan usul singkir Ariff gagal?

Sekiranya semua 222 ahli Parlimen hadir dan mematuhi arahan parti (party whip), kebarangkalian usul itu akan lulus dengan majoriti tipis (113 menyokong, 109 membantah). Akan tetapi, jumlah akhir masih mungkin berbeza bergantung pada keadaan.

Mana-mana ahli-ahli parlimen pembangkang yang tidak hadir untuk membantah usul ini boleh menimbulkan kecurigaan bahawa mereka bersekongkol dengan pihak kerajaan dan mungkin ‘melompat’ tidak lama lagi.

Sebaliknya, ahli-ahli parlimen kerajaan yang tidak hadir dengan apa alasan pun (keracunan makanan, batuk, demam atau apa-apa sebab bukan kesihatan) bukan sahaja akan membantu mengekalkan seorang YDP yang bagus, tetapi juga boleh mengingatkan Muhyiddin tentang nilai sokongan mereka. Malah, mereka yang belum mendapat tawaran jawatan syarikat milik kerajaan (GLC) mungkin akan mendapatnya sebelum Parlimen ditangguhkan pada Ogos nanti.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 02:58 PM | Show all posts
Kekalkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Bagi Meneruskan dan Mengukuhkan Reformasi Parlimen
https://www.change.org/p/malaysi ... arliamentary-reform



Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 02:58 PM | Show all posts
oh adakah Datuk A Kadir Jasin ni - dah jawab pelawaan DSN untuk lunch date?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 03:00 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 12-7-2020 07:15 AM

Awas Muhyiddin, sesuatu yang dahsyat dalam perjalanannya
Howard Lee Diterbitkan Hari ini 2:34 pm



Pengumuman Muafakat Nasional untuk menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri pada PRU15 telah menghantar satu gelombang kejutan kepada kumpulan pengamat politik tanah air.

Sudah tentu, berita tersebut disambut dengan rentetan kenyataan yang bertentangan untuk meredakan kembali rasa tidak puas hati di peringkat akar umbi.

Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah antara yang terawal lantang bersuara. Retak yang bermula halus kini makin jelas selepas Setiausaha Agung BN Annuar Musa pula mengumumkan kerusi-kerusi tradisi Umno akan terus kekal dipertahankan oleh parti itu.

Muhyiddin sebenarnya telah lama mengumumkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang beliau telah dijanjikan dengan komitmen oleh Umno dan PAS sebagai calon perdana menteri untuk PRU akan datang. Alasannya, beliau memiliki rating sokongan yang tinggi dari rakyat, selain Umno dan PAS dikatakan tidak mempunyai calon yang berkaliber untuk diketengahkan.

Ini sebenarnya jelas bertentangan dengan pandangan umum PAS apabila Tuan Ibrahim Tuan Man tanpa segan silu berkata bahawa mereka mempunyai ‘ramai calon perdana menteri yang berkelayakan’. Apa keperluan mereka untuk terus menyokong ‘kingmaker minoriti’ yang menjadikan dirinya sebagai perdana menteri lantas menafikan Muafakat Nasional mahkota kuasa sebagai perdana menteri?

Bagaimanapun tidaklah pelik untuk PAS berterusan menjadi pengikut yang hanya tunduk kepada Umno; mereka pada akhirnya masih menikmati bulan madu di dalam kuasa atas budi Umno. Namun untuk Umno tunduk dan menerima Muhyiddin menidakkan logik DNA parti itu sendiri.

Benih tak puas hati

Adakah Muafakat Nasional telah meninggalkan hasrat mereka - yang merupakan satu rahsia umum - untuk menghapuskan Bersatu? Mengapa tidak menjarah apa sahaja sumber yang ada dan tinggalkan sahaja Bersatu? Mengapa tidak lengkapkan sahaja persediaan untuk pilihan raya mengejut dan mengembalikan mahkota kuasa kepada pemilik yang paling berhak, iaitu Umno?

Yakinlah bahawa rancangan tersebut masih lagi berjalan. Namun bola lencong kononnya sokongan terhadap Muhyiddin ini hanyalah untuk memaparkan kesatuan dalam kalangan parti-parti Melayu dan tidak lebih daripada ilusi untuk pengundi atas pagar Melayu, selain daripada jalan untuk memperdaya Muhyiddin semata-mata.

Ironinya, Umno dilihat teragak-agak untuk kembali berkuasa secara terang-terangan dan sebenarnya tersekat dek naratif mereka sendiri untuk bersatu di bawah penyatuan tidak sah mereka iaitu Perikatan Nasional (PN).

Umno kini tidak mahu dilihat sebagai parti yang menjadi asbab untuk memecahkan penyatuan parti-parti Melayu. Sekiranya Umno terus menerus bergocoh dengan Bersatu, sudah tentu ini akan menyebabkan mereka dilihat sebagai antagonis dalam penyatuan palsu ini.

Jadi, adakah Muafakat Nasional akan kembali membuat pusingan-U atau memutuskan hubungan dengan Bersatu tanpa menjadi antagonis di kalangan sokongan golongan atas pagar yang sangat mereka perlukan untuk merebut Putrajaya?

Ketidakselesaan, sikap dabik dada yang dilihat dari Puad Zarkasi, Tengku Razaleigh, Lokman Adam, Nazri Aziz, Mohamad Hasan dan ramai lagi panglima Umno adalah benih-benih rasa tidak puas hati yang disemai awal, dan akhirnya akan dituai sebagai naratif pengkhianatan.

Ia akan membawa naratif Bersatu meminta lebih dari nilai mereka, kononnya parti itu mendapat habuan yang lebih dan akhirnya telah mengkhianati perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Keadaan ini kelak akan dilihat begitu tersusun rapi sebagai perbezaan dasar dan ideologi di antara Muafakat Nasional dan Bersatu yang muncul entah dari mana, yang akhirnya akan membawa kepada pengakhiran kepada penyatuan yang tidak lagi mampu dipertahankan.

Kembali kepada Umno

Apabila kisah ini dicorak dengan keretakan antara Muafakat Nasional dan Bersatu, rasa tidak puas hati di peringkat akar umbi Melayu akan mencapai takat didihnya dan Umno sudah pasti akan mengambil langkah untuk memutuskan penyatuan ini.

Mungkin mereka akan sedekahkan beberapa kerusi Parlimen kepada Bersatu sebagai tanda belas kasihan namun ia tidak bermakna lagi. Mereka juga mungkin akan menghulurkan talian hayat dalam bentuk jemputan untuk kembali menyertai Umno; yang mana faktanya hal ini telah pun ditayangkan kepada khalayak secara terang-terangan.

Kita mungkin tertanya-tanya bagaimanakah Muafakat Nasional mahu menyampaikan propaganda mereka agar sampai kepada khalayak. Telah terbukti, Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah sesuai sebagai operator utama apabila kita berbicara tentang kesetiaan.

Beliau sudah pasti tiada masalah untuk memilih kembali ke dalam kancah kuasa pastinya sebagai galang ganti terhadap kerjasama ini malah terhadap ‘ketua’ beliau sendiri, Azmin Ali, yang sudah pasti akan dihumban pada waktu tersebut.

Sama ada beliau tahu atau beliau menafikannya, atau sibuk menyusun strategi, atau sudah mabuk dengan kuasa sehingga tidak jelas tentang gempa yang sedang berlangsung, atau semuanya sekali, semuanya serba tidak kena buat Muhyiddin di Seri Perdana.

Yang pasti Tan Sri, sesuatu yang dahsyat sedang dalam perjalanannya.

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai.. gigih sgt.. takde sapa nak ph haha
bubar je parlimen.. sibuk nak decide sapa pm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2020 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 12-7-2020 03:03 PM
alahai.. gigih sgt.. takde sapa nak ph haha
bubar je parlimen.. sibuk nak decide sapa pm

Tu yg dok menyalak sangat tu Dino.. Sebab nak cover perpecahan PH.. Jadi nak alih perhatian.. Menyalak la bukit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 03:12 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-7-2020 07:07 AM
Tu yg dok menyalak sangat tu Dino.. Sebab nak cover perpecahan PH.. Jadi nak alih perhatian.. Meny ...

Sementara itu UMNO dan Bersatu sedang perang sivil, PAS, MCA dan MIC hanya menonton, boleh baca di thread berkualiti di bawah ini:

Saudara dan saudari, YB Puan Hannah Yeoh bertanya ni... adakah berlaku perang terbuka antara UMNO, Bersatu? Boleh tolong jawabkah?
https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1207136


Pada masa sama, Maufakat Nasional telah terkantoi menyebar fitnah dan menunggu untuk didakwa, setelah itu akan disaman...

Update #29 - KANTOI big time: KPN - poster fitnah datang dari website Maufakat Nasional, polis akan dakwa individu di balik 'hantaran menghasut' kaitkan MP Segambut ini
https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1207127

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 12-7-2020 03:12 PM
Sementara itu UMNO dan Bersatu sedang perang sivil, PAS, MCA dan MIC hanya menonton, boleh baca di ...

Sembang.. Babi pun boleh terbang kalau dgn anjing2 belaan PH ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:27 PM | Show all posts
X abis2 ayam bodoh ni la
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:29 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-7-2020 03:07 PM
Tu yg dok menyalak sangat tu Dino.. Sebab nak cover perpecahan PH.. Jadi nak alih perhatian.. Meny ...

ooo i see patutlah dok kempen sakan 2,3 menjak ni i see haaaa....okay hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 12-7-2020 03:29 PM
ooo i see patutlah dok kempen sakan 2,3 menjak ni i see haaaa....okay hahaha

Isu besar yg depa cuba cover skrg ni :
1. Kes RASUAH TEROWONG AJAIB GUAN ENG SPRM siasat semula

2. DAP TAK BOLEH DIPERCAYAI. Bulan lepas sokong Tun M jadi PM.. Bulan ni kata anwar pulak depa sokong.. Sokongan berdasarkan sapa boleh bagi keuntungan utk DAP.

3.Dato Ayub dedahkan yg DAP MASUK CAMPUR dalam siasatan LTTE.

4. 2 DUN dap keluar parti.. Menarik kan?

5. Imigresen mula raid pati. Harus la semua medium digunakan utk burukkan PN. Jadi bila kononnya PATI tersesak di media sosial tersebar.. Rakyat akan tekan kerajaan jgn raid pati.. Sekali hambik kau.. Rakyat MAJORITI bagi sokongan tak berbelah bagi.. Jadi DAP takut cina2 PRC & Tamil India yg masuk malaysia dan hilang ditemui oleh imig..

6. DADAH.. Megalodon dadah terbesar Asia Tenggara adalah org DAP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 03:51 PM | Show all posts
Ada yang ketaq lutut tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:54 PM | Show all posts
syukur ph roboh dgn jayanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat akhirnya kena teruskan hidup cari makan juga
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 05:23 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-7-2020 03:39 PM
Isu besar yg depa cuba cover skrg ni :
1. Kes RASUAH TEROWONG AJAIB GUAN ENG SPRM siasat semula
...

wah macam soalan MCQ hahaha...cool.
yg 3,4 and 6 tu menarik sangat ....yups
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 12-7-2020 05:23 PM
wah macam soalan MCQ hahaha...cool.
yg 3,4 and 6 tu menarik sangat ....yups

Sangat menarik skrg.. Sbb tu ubah perhatian tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ade jugak ah cai yg pcaye lg pakcik kadir ni..mungkin upahnye sebijik drone CIA?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 05:52 PM | Show all posts
Usul pengosongan speaker parlimen di aturan sidang Dewan Rakyat esok
Nik Nurfaqih Nik Wil Diterbitkan Hari ini 5:09 pm



Kelancaran sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula esok akan bergantung kepada sokongan Ahli Parlimen terhadap usul pengosongan jawatan Yang Dipertua dewan itu.

Berdasarkan Aturan Mesyuarat dan Usul-usul Dewan Rakyat, usul berkenaan yang akan dibawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di aturan kedua, esok.

Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sekiranya usul supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya itu mendapat sokongan majoriti, sebarang aturan mesyuarat lain tidak boleh diteruskan sehingga Yang Dipertua baru dilantik.

“Kalau menang (dipersetujui), maksudnya Dewan Rakyat itu kosong, tak ada speaker (Yang Dipertua), mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, bila tak ada speaker, tak boleh teruskan urusan sidang yang lain, kecuali hanya untuk memilih speaker,” katanya kepada Bernama.

Selain usul berkenaan, menurut Aturan Mesyuarat, perdana menteri turut akan mengusulkan supaya bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Azhar Azizan Harun dipilih menggantikan Mohamad Ariff.

Muhyiddin juga akan mengusulkan supaya Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming mengosongkan jawatannya, sebelum membawa usul supaya Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said menggantikan Nga.

Sekiranya mendapat undian majoriti Ahli Parlimen, Azhar akan menjadi Speaker ke-10, manakala Azalina akan mencipta sejarah sebagai wanita pertama dipilih untuk mempengerusikan sidang Dewan Rakyat.

Manakala, dalam hal mencalonkan nama bagi jawatan Yang Dipertua atau Speaker Dewan Rakyat, ia boleh diusulkan mana-mana Ahli Parlimen, namun perlu dilakukan dalam tempoh tidak kurang 14 hari sebelum Dewan Rakyat bersidang.

Dalam erti kata lain, Wan Junaidi berkata, cadangan nama ‘pada masa itu juga’ tidak boleh dilakukan mana-mana Ahli Parlimen untuk mengisi jawatan speaker mahupun timbalan speaker.

Wan Junaidi yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata sekiranya terdapat lebih daripada satu calon, maka undian akan dilakukan secara undi "belah bahagian" atau bersurat sepertimana Peraturan Mesyuarat 4(3).

Manakala, berdasarkan Peraturan Mesyuarat (6) (a), jika lebih daripada dua calon dicadangkan dan tidak ada calon mendapat undi lebih daripada jumlah undi didapati calon-calon lain dalam undi pertama, maka calon yang mendapat undian paling rendah perlu dikeluarkan daripada pilihan.

Undian perlu dijalankan sekali lagi dan dikeluarkan calon yang mendapat undian terendah seterusnya. Ia dijalankan berturut-turut sehingga hanya seorang calon mendapat undi lebih daripada calon atau jumlah undi calon-calon yang tinggal.

Wan Junaidi berkata ketika kekosongan jawatan Yang Dipertua, segala urusan di dalam Dewan Rakyat akan dilaksanakan Setiausaha Dewan Rakyat, namun beliau boleh memohon seorang lagi Timbalan Yang Dipertua yang namanya tidak diusul untuk dikosongkan iaitu Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk membantu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 06:18 PM | Show all posts
Jika tukar speaker ’sangkut’ esok, Muhyiddin menghadap Agong?
Belang Bertempat 2 hours ago



TUGAS pertama kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat esok 13 Julai, sudah tentu tanggungjawab menukar Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya.

Jika gagal menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof dan Nga Kor Ming menerusi undi belah bahagi – hakikat sebenar perjalanan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia – mungkinkah Perdana Menteri yang mengetuai PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Parlimen?

Undi belah bahagi merupakan pendekatan dalam Dewan Rakyat untuk mengundi sesuatu dasar yang dibentang. Berbeza dengan undi suara, pendekatan itu memerlukan kiraan undi setiap wakil rakyat secara individu.

Bagaimana jika Muhyiddin Yassin gagal memenangi undi belah bahagi ini?

Menurut sumber kepada SUARA MERDEKA, sekiranya berlaku, ia bermakna Muhyiddin perlu menasihatkan Agong agar Parlimen dibubarkan, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15.

Bercakap pasal undi belah bahagi ini, bekas Perdana Menteri Britain, David Cameron pernah mengalami sembilan kali kekalahan di House of Commons semasa kepimpinannya.

Usul yang dibawa Cameron pada 2011 untuk membahaskan isu ekonomi dengan Kesatuan Eropah ditolak oleh 213 ahli parlimen yang diketuai parti Buruh. Ini berbanding 79 orang yang menyokong menerusi undi belah bahagi, menyebabkan kerajaan Britain gagal meneruskan agendanya.

Kerajaan Cameron tewas sekali lagi di parlimen pada 2016 ketika membawa dasar membenarkan kerajaan tempatan England dan Wales menambah waktu operasi berniaga setiap hari Ahad, dengan undi belah bahagi iaitu 317 undi menolak berbanding 286 undi menyokong. Lebih buruk lagi usul kerajaan Cameron ditolak oleh 27 ahli parlimen partinya sendiri.

Timor Leste, sebuah negara muda membuktikan peranan ahli parlimen pembangkang dalam menolak dasar kerajaan melalui pimpinan Mari Alektri. Pakatan ahli parlimen pembangkang secara majoriti menolak perancangan lima tahun kerajaan untuk Timor Leste di parlimen pada 20 Oktober 2017.

Ini menyebabkan kerajaan tidak dapat meneruskan insentif dalam sektor kesihatan serta pembangunan dengan undi belah bahagi 35 menolak dan 30 ahli parlimen parti memerintah menyokong.

Jelas undi belah bahagi secara asasnya memberi tekanan kepada kerajaan yang memerintah. Sebarang penolakan ahli parlimen ke atas dasar dan perancangan kerajaan di parlimen menyebabkan kerajaan hilang mandat dan kepercayaan untuk terus mentadbir negara.

Itulah salah satu nilai kuasa undi belah bahagi yang mampu memberi tekanan kepada kerajaan supaya melaksanakan dasar yang menguntungkan rakyat.

Meskipun negara kini diuruskan dengan baik oleh Muhyiddin namun kedudukan kerajaan dilihat masih lagi tidak stabil.

Ini kerana Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh dipercayai mempunyai sokongan majoriti yang sangat tipis, iaitu antara satu hingga dua Ahli Parlimen sahaja.

Ditambah pula dengan fenomena pemimpin-pemimpin politik kini yang sering melompat parti, maka kedudukan majoriti mana-mana individu sedang bersaing untuk menduduki jawatan Perdana Menteri semakin kurang jelas dan samar.

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini membentuk blok bersama Parti Warisan Sabah diketuai Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Muhyiddin kerana berang dengan Perdana Menteri yang memberi peluang kepada parti dicemari rasuah yang ditolak pengundi dalam pilihan raya umum dua tahun lalu kembali berkuasa.

Bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu juga mendakwa, pakatan Muhyiddin hanya meraih kelebihan dua kerusi daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan menegaskan akan meneruskan kerjasama dengan blok pembangkang untuk menggulingkan kerajaan PN.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.076455 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list