View: 2275|Reply: 20
|
[Tempatan]
LAGI kes bunuh kucing dlm washing machine kedai dobi
[Copy link]
|
|
Kes bunuh kucing di dobi berulang
Oleh Faris Fuad
KUALA LUMPUR: Persatuan Haiwan Malaysia menerima satu laporan berhubung insiden tiga kucing dibunuh dengan dimasukkan ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di Kepong dekat sini, hari ini.
Presidennya, Arie Dwi Andika, berkata seorang saksi wanita dan pemilik kedai dobi yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari tadi, perlu membuat laporan kepada polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk tindakan selanjutnya.
"Ia kes kedua membabitkan insiden kucing dibunuh dengan cara sebegitu di dobi. Kejadian pertama berlaku di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves pada 2018.
"Saksi kejadian di Kepong itu diminta menyimpan bangkai kucing sehingga Unit Regulatori DVS datang ke lokasi kejadian untuk buat siasatan.
"Pembuktian ini amat penting untuk kes yang kukuh dan proses pendakwaan. Hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000 menanti pelaku mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.
Pada 5 Disember tahun lalu, seorang pekerja kontrak yang memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri, dihukum penjara 34 bulan dan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang.
Lelaki itu didakwa dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves, di sini antara jam 12.54 tengah malam dan 1 pagi, pada 11 September 2018. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
manusia yg lahir mental tak cukup...
sakit hti sgt dgn kucing2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak carut.. Babiiiiiiiiiiii lebih baik dari pembunuh kucing ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik ada rakaman CCTV... Harap segera diambil tindakan........
|
|
|
|
|
|
|
|
jahat nya geram jer baca...mudah2an dpt tangkap cpt.. |
|
|
|
|
|
|
|
celaka sampai tiga dibunuh....
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rase org2 cmni ade msalah mental la....aku ni idok le suke kucing pn....tp idok jugak la smpai nk mndera kalau kucing dok gesel2 kat aku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Gila. Org mcmni anggap binatang tu objek bukan nyawa. Moga pelaku mati di langgar keretapi time mabuk todi. |
|
|
|
|
|
|
|
allshares replied at 12-7-2020 07:48 PM
Gila. Org mcmni anggap binatang tu objek bukan nyawa. Moga pelaku mati di langgar keretapi time mabu ...
Aaminnn... digilis lumat hancur punah... |
|
|
|
|
|
|
|
Dari benang satu lagi iols mencarut tak berenti. Memang tak layak jadi manusia mamat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah ditangkap
|
|
|
|
|
|
|
|
'Pembunuh' kucing sudah ditahan
MyMetro Mutakhir
SUSPEK (kanan) yang dipercayai membunuh tiga kucing. FOTO Ihsan Nur Hafizah Mohd Yusof
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
"SEBAIK menyedari kejadian itu tular, saya yang bimbang lelaki kurang siuman terbabit kemungkinan dicederakan terus keluar mencarinya di sekitar kawasan perumahan selepas Maghrib malam tadi," kata Nur Hafizah Mohd Yusof, 38.
Dia individu yang menemui lelaki berusia 30-an yang membunuh tiga kucing secara kejam dengan 'dilemaskan' dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong, semalam.
Nur Hafizah berkata, dia menyedari kejadian itu selepas gambar lelaki terbabit melakukan perbuatan itu tular dan turut dikongsi penduduk di Aman Puri.
Menurutnya, lelaki terbabit sebenarnya kurang siuman dan hidup gelandangan selama ini selepas kematian ibu bapanya.
"Dia kebiasaannya akan merayau dan berjalan kaki dari Aman Puri ke Taman Ehsan Kepong dan selalunya tidur di parkir di kawasan perumahan ini.
"Saya nekad mencarinya malam tadi kerana bimbang jika orang lain yang menemuinya kemungkinan dia akan dipukul dan mujur menemuinya kira-kira 9 malam," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, selepas menemuinya rakan saya, Azhar juga datang membantu dan membawanya ke rumah sebelum menghubungi polis.
"Ketika itu, dia langsung tidak bertindak agresif dan tidak lama kemudian polis datang sebelum empat pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar tiba kira-kira 12 tengah malam.
"Saya juga ada memberitahu kepada pegawai terbabit keadaan lelaki itu dan berharap dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan," katanya.
Menurut Nur Hafizah, dia yang berpurdah dan berada di dalam salah satu gambar yang tular turut dikecam netizen selepas didakwa adalah isteri kepada lelaki berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kes ini disiasat mengikut Akta kebajikan Haiwan 2015.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Zainita Mohd Noor berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan.
Harian Metro semalam melaporkan luluh hati seorang wanita apabila melihat tiga kucing dibunuh kejam dengan 'dilemaskan' dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong.
Tindakan kejam itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia 30-an.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 10:05 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cian akak ni ..
tak memasal dia pula yang kena kecam ...
Menurut Nur Hafizah, dia yang berpurdah dan berada di dalam salah satu gambar yang tular turut dikecam netizen selepas didakwa adalah isteri kepada lelaki berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, lelaki terbabit sebenarnya kurang siuman dan hidup gelandangan selama ini selepas kematian ibu bapanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang bersalah haruslah ditangkap dan dikenakan hukuman |
|
|
|
|
|
|
|
Oh mmg mempunyai masalah mental rupanya.
Auntie ingatkan dia diupah oleh pesaing (competitor) atau org lain yg cemburu dgn perniagaan kedai layandiri dobi tu. Astagfirullah kerana tersalah sangka |
|
|
|
|
|
|
|
Mental my ass. Pandai pula guna machine dobi tu siap letak kucing dlm tu. Kalau jenis yang pakai token lagi lah.. siap tukar token bagai. eh hanat lah.. Selayaknya seret muka hanat ni kat jalan tar panas2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|