CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2326|Reply: 26

[Dunia] China berdepan masalah lain pulak. Banjir. Amaran banjir di seluruh negara dikel

  [Copy link]
Post time 12-7-2020 06:53 PM | Show all posts |Read mode
China tingkatkan amaran banjir di seluruh negara


BEIJING : Kementerian Sumber Air China (MWR) hari ini menaikkan tahap amaran untuk banjir kepada Aras II, iaitu peringkat kedua tertinggi, selepas hujan lebat berterusan melanda negara itu.

Sejak 4 Julai lalu, agensi amaran banjir negara itu memantau keadaan 212 sungai seluruh negara, termasuk 19 yang melepasi rekod paras air terdahulu.

Menurut MWR, paras air di Tasik Taihu, iaitu tasik air tawar kedua terbesar China, meningkat melepasi paras amaran selama 15 hari berturut-turut.

China memiliki sistem amaran banjir empat peringkat, dengan Tahap I merujuk kepada yang paling buruk dan negara itu menaikkan sistem amaran dari Tahap IV ke tahap III Selasa lalu.

Dalam perkembangan lain, Tasik Poyang iaitu tasik air tawar terbesar China di wilayah Jiangxi, menyaksikan peningkatan paras air pada tengah malam tadi.

Kira-kira jam 12 malam tadi, paras air di stesen hidrologi tasik Xingzi meningkat kepada 22.53 meter, iaitu 0.01 meter lebih tinggi berbanding rekod tertinggi sebelum ini yang dicatatkan pada 1998.

Satu penemuan dibuat baru-baru ini mendapati taburan hujan dan aliran air menyumbang kepada peningkatan mendadak paras sungai di Jiangxi.

Hujan lebat berterusan sejak 5 Julai lalu turut meningkatkan paras air tasik melepasi aras bahaya.

Setakat ini, 34 stesen hidrologi di wilayah serata China menyaksikan peningkatan paras air atau arus deras melepasi tahap bahaya.

Banjir sejak 6 Julai lalu menjejaskan kehidupan lebih 5.2 juta penduduk dengan 432,000 orang terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat selain 67,000 orang memerlukan bantuan segera.

Limpahan air turut memusnahkan tanaman pertanian seluas lebih 455,700 hektar, yang mengakibatkan kerugian 6.49 bilion yuan (RM3.96 bilion). - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 06:55 PM | Show all posts
banjir teruk kali ni
hubei kena kena gempa lagi hari ni
tak ker #pray4china
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi nak aku kesian? Maaf aku tak kesian. Sebab perangai penting diri angpa seluruh dunia kena covid-19.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakalan mengkuatkan lagi kepercayaan theyols yg thn tikus tahun bencana dan wabak
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ka.. Depa ada kacau tapak kubur2 maharaja china kuno? Semua pemakaman diraja adalah feng shui cantik utk kekalkan kemakmuran negara china.. Korang korek apa ni?


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-7-2020 06:57 PM
Jadi nak aku kesian? Maaf aku tak kesian. Sebab perangai penting diri angpa seluruh dunia kena covid ...


Sarah ....
Kita tak blh padan muka kan dorang.....
Ingt dulu masa memula dorang kena covid,  kita kutuk dorang berjemaah ...sampai cina msia pun ckp b.msia sesama dorang.....tak lama pastu kes kluster tabligh....org cina pulak dah jauhkn diri dari kita.....

Karma gitu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2020 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 12-7-2020 08:31 PM
Sarah ....
Kita tak blh padan muka kan dorang.....
Ingt dulu masa memula dorang kena covid,  k ...

Hahaha. Tak kira nak kutuk..

Based on suasana kat China.. Makna kata Maharaja Jed tengah marah.. Kombo wabak + bencana alam.. Kalau 100 tahun dulu.. Maknanya Kerajaan Langit dah tarik kerahmatan ke atas Maharaja China..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas aku nak kesian kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ku pikir blk dgn jd pencetus covidnya, dgn nk tuntut laut china selatan lagi pulak tu, x jd nak kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
hasil pertanian rosak.bawang putih,gandum ,kentang, soya mesti jadi mahal.macam kes bawang India hari tu.kalau gandung dengan soya harga naik.makanan haiwan Pon Naik harga
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:13 PM | Show all posts
julai              : china banjir hahaha mampus kau cash dari Elo
November : Kelantan Johor Terengganu Pahang Sarawak Sabah banjir.... ini semua ujiehhh bertabah la


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 12-7-2020 09:13 PM
julai              : china banjir hahaha mampus kau cash dari Elo
November : Kelantan Johor ...

Ko sentap meh? Aku yg sah2 ada dna leluhur PRC tak sentap pun.. Mmg dah patut kena.. Kalau bukan sebab perangai busuk hati depa.. Ang ingat covid-19 boleh terlepas ke serata dunia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm mana la spesies yg ada sini nak balik kampung
dah nak banjir
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak padankan muka...tp aku teringat bdk2 kecil...kesian plk...hrp hujan bhenti..yg btani tu kesiannya...penat lelah selama ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahla China. Back to back kena uji.

Sidenote : Transaksi Shopee bakal terjejas la khen?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 12-7-2020 07:05 PM
Bakalan mengkuatkan lagi kepercayaan theyols yg thn tikus tahun bencana dan wabak

Tu lah percaya sgt dgn tikus dari tuhan. Kominis xpercaya tuhan kan? Siapa ckp besar kata xder kuasa boleh kalahkan China.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat kita nie pun dah lama dok hujan ..tanaman kita pun dah terjejas ..Kalau x takkan brg dah naik harga tomato 7.40,cili akar $12,terung $5.50 etc.Ada lah barangan yg dulu pack 1kg dah jadi 800gm so harga nampak sama tapi qty berkurang .asas tiada kenaikan harga. Realiti nya kena kerja keras utk brg keperluan esp makanan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 10:41 PM | Show all posts
masa Kelantan banjir
cina DAP kutuk kata salah pentadbiran

bila kena Pulau Pinang banjir
salahkan hujan melebihi kebiasaan la
pura-pura menangis berlakon minta bantuan la
tak salahkan pentadbiran sendiri pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nefnefnef replied at 12-7-2020 10:21 PM
Bertabahla China. Back to back kena uji.

Sidenote : Transaksi Shopee bakal terjejas la khen?

Nmpk gayanya shopping di shoppee slow down dulu lh

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 12-7-2020 10:36 PM
Tempat kita nie pun dah lama dok hujan ..tanaman kita pun dah terjejas ..Kalau x takkan brg dah naik ...

Cili akar sedap
Mcm aku xkuat mkn pedas tp nk ada rs2 pedas sikit sgt sesuai guna cili ni
Kt kg panggil cabai burung
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.106805 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list