CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1357|Reply: 9

[Tempatan] Lelaki ditemui mati bersama nota agar pemiutang tidak menuntut hutang daripada a

[Copy link]
Post time 12-7-2020 11:37 PM | Show all posts |Read mode
Ditemui mati bersama nota
MyMetro Mutakhir


Gambar hiasan

Audrey Dermawan
audreymd@nst.com.my


LELAKI ditemui mati dalam bilik air di sebuah hotel di Taman Sri Jaya, Bukit Mertajam, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, satu nota meminta pemiutang agar tidak menuntut hutang daripada ahli keluarganya turut ditemui dalam bilik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, pihaknya sebelum itu menerima maklumat terdapat seorang lelaki mengunci diri dalam bilik.

Menurutnya, sepasukan polis yang tiba di lokasi mendapati mangsa melemaskan diri dengan membakar lilin yang digunakan untuk perkhemahan dalam sebuah pasu di dalam bilik air.

"Mangsa juga didapati menutup semua lubang pengudaraan dengan menggunakan pita pelekat.

"Lelaki terbabit ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik air dan meninggalkan satu nota meminta pemberi hutang agar tidak menuntut hutang daripada ahli keluarganya," katanya.

Menurutnya, pasukan perubatan Hospital Bukit Mertajam (HBM) kemudian mengesahkan mangsa mati akibat sesak nafas.

Katanya, siasatan awal polis mendapati kejadian tiada unsur jenayah dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 8:32 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 11:40 PM | Show all posts
alahai

kalau dah komited sangat nak bunuh diri tu, cer ambik upah bunuh orang ke

takpon rompak bank ke

kalau kena tangkap, baru bunuh diri

kalau tak kena tangkap, kan dapat hasil
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Org mcm ni.. Pentingkan diri sendiri. Kesian kat keluarga dia. No rip...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 08:17 AM | Show all posts
ingat semudah tu ka nak lari dari utang..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:25 AM | Show all posts
ape ingat pengutip hutang takkan cari ahli keluarga utk tuntut hutang??

senang ye settlekan masalah
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
eh babi. ko ni memang sejenis oggy kan dah buat hutang lepastu tak mau bayar? dah nak bunuh diri pun sempat lagi buat nota jangan tuntut hutang? senang keja kau kan orang lain pulak yang bersusah payah nak kena settlekan hutang kau macam senibabi tersohor tu hah babi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2020 12:59 PM | Show all posts
Benda macam ni bukan saja menyusahkan keluarga sendiri malah pihak hotel yang dia pilih untuk menamatkan nyawanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 01:39 PM | Show all posts
alahai...dah tu nak kira burn ke mcmana?pinjam dgn ah long ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 01:47 PM | Show all posts
heh depa tetap akan cri jugak laaaa...cri smpai dpt..

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi senyum la pemiutang
Takkan mau kasi burn
Hidup.mesti mau guna duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.066010 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list