CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10302|Reply: 59

[Tempatan] Biadap atau tidak - Sos cili, kicap, serbuk kari jadi potret PM, DG-Health

  [Copy link]
Post time 13-7-2020 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Sos cili, kicap, serbuk kari jadi potret
MyMetro Utama


Lakaran potret Perdana Menteri oleh Mohd Shah menggunakan kicap dan Dr Noor Hisham (kanan) daripada sos cili. Foto Ihsan Mohd Shah Tumin

Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

HANYA menggunakan sos cili, kicap dan serbuk kari seorang pelukis kaligrafi mampu menghasilkan potret pemimpin dan selebriti terkemuka tanah air.

Itu kelainan ditampilkan Mohd Shah Tumin, 36, apabila niat sekadar suka-suka menghasilkan potret berkenaan mendapat perhatian dan pujian warganet.

Menurutnya, idea untuk melakar potret itu bermula sejak tiga tahun lalu ketika dia sengaja 'menconteng' permukaan pinggan menggunakan bahan makanan sehingga terhasilnya potret pemimpin negara.

"Saya mula melakar potret Datuk Seri Najib Razak dan beberapa tokoh terkenal tanah air sebelum dimuat naik di laman sosial sekadar untuk berkongsi hasil seni.

"Kini, saya sekali lagi melakar potret pemimpin dan individu yang terkenal dan banyak berkorban ketika negara menghadapi pandemik Covid-19 sebagai tanda terima kasih atas pengorbanan mereka," katanya kepada Harian Metro.

Mohd Shah berkata, dia mengambil masa antara 60 hingga 90 minit untuk melakar potret Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan terkini selebriti Youtube, Sugu Pavithra.

Menurutnya, dia menggunakan kicap sebagai bahan utama untuk melakar potret Muhyiddin manakala sos cili bagi potret Dr Noor Hisham.

"Bagi Sugu Pavithra, saya menggunakan serbuk kari kerana dia kini semakin mendapat tempat dalam kalangan warganet kerana memiliki saluran Youtube sendiri.

"Lakaran potret ini juga saya jadikan antara kandungan terbaru saluran Youtube sendiri kerana mahu mencari kelainan selain berasakan masih belum ada lakaran sedemikian dibuat di Malaysia," katanya.


Mohd Shah berkata, dia tidak menyangka hasil seninya itu menerima sambutan yang hangat daripada orang ramai dan ia menjadi dorongan untuk menghasilkan lebih banyak lagi potret selepas ini.

Dia berkata, dia merancang melakar wajah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sebagai tanda sokongan keputusan menetapkan Hari Jawi pada setiap Jumaat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 8:30 PM

Single Polls, Total 74 Users voted

Poll is finished

6.76% (5)
93.24% (69)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 11:24 AM | Show all posts
creative..  dari sudut seni..

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu pn nk persoalkan??adehh....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:24 AM | Show all posts
Kreatif.........
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ha...ha....sugupavitha pun dia lukis.....

Berbakat sungguh dia ni....m
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:28 AM | Show all posts
apa biadapnye??
bukan guna najis pun....
guna sos makanan..ok la..kreatif kot..

pool
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2020 11:29 AM | Show all posts
kreatif jer aku rasa. celah mana biadap nyer
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:31 AM | Show all posts
creative...


tapi klu lepas lukis dia jilat dengan lidah...itu akan jadi biadap...huhu..lagi bidap klu up kat FB or IG or twitter..
tak pun lepas lukis dgn sos amik keropok lekor tonyoh2 dekat gmbar tu pastu rekod video..upload kat soc med. tu kurang ajarqq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.. Gigih bebenar TT nak batu apikan forumer.. Hailah.. Ingat org2 yg mengaku terpelajar terbuka menerima hasil karya org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kreatif, lukisan wajah paling susah kot..Nak ikut every lines yg ada tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok je kot. Apa yg biadapnya. Ingat senang ke nak lukis potret org...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sentap ngan kicap ke TT?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg Dr Norhisham tu ada persamaan tp yg Abah Mahiaddin apsal muka nmpk asymetri? Agenda nk menghina Abah ke ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2020 11:42 AM | Show all posts
Korang suka ek muka korang kena lukis dengan kicap?

Hmmm...

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:47 AM | Show all posts
ape ni incik kutu?!!

ok ja lukisan heols..nmpak kreatif..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa benda yang biadapnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 11:51 AM | Show all posts
Kreatif ramai ahli seni guna teknik macam ni dan hasilnya amat menarik seperti menggunakan cat warna biasa
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:52 AM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 13-7-2020 05:05 PM
Xim replied at 13-7-2020 11:24 AM
Tu pn nk persoalkan??adehh....

tu namanya dah bodoh jadi bendol
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
motip? kalau hasil rekaan takat syok sendiri campak campak jah atas meja macam pazli tu selayaknya dihumban ke kandang babi jah buat lauk melahap. elok kedai makan ko tu sekali tutup terus jah kalau menu pun super hauk takat bagi anjing dah melepas tepi tiang letrik makan
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 12:05 PM | Show all posts
nope..no issue for me...takde unsur2 penghinaan...bkn bahan2 kotor/jijik pon yang dia pakai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.508235 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list